KUALA LUMPUR: Berkuatkuasa serta merta, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dipecat daripada Umno ekoran beberapa tindakan beliau, termasuk menghadiri perhimpunan parti pembangkang.
Sementara itu, Ketua Umno bahagian Petaling Jaya Selatan Kapten (B) Zahar Hashim pula digantung keanggotaannya selama tiga tahun kerana membuat beberapa kenyataan mengkritik parti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini malam tadi, Abdullah yang juga Presiden Umno berkata tindakan yang dikenakan ke atas Zaid dibuat kerana Umno perlu konsisten dalam tindakannya dan memastikan tidak wujudnya pilih kasih dalam mengambil tindakan displin terhadap anggotanya yang didapati bersalah. -di petik Berita online
Wednesday, December 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment