Tuesday, December 23, 2008

Pemuda BN bentang kertas kerja Malaysia Malaysian Feb Depan

KUALA LUMPUR, - Pemuda Barisan Nasional (BN) akan membentangkan kertas kerja bertajuk 'Satu Malaysia' pada Konvensyen Barisan Nasional Februari depan, yang akan mengemukakan pendekatan untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Timbalan Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata Pemuda BN tidak mahu konvensyen itu menjadi "superficial" semata-mata, sebaliknya kertas kerja yang akan dibentangkan Ketua Pemuda MCA yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Wee Ka Siong itu akan mengandungi cadangan yang melibatkan perubahan dalam dasar kerajaan.

"Isu kritikal ialah bagaimana kita nak uruskan hubungan antara kaum dan mencari jalan untuk meredakan keadaan, kerana sejak kebelakangan ini banyak pihak telah menyuarakan isu yang menyentuh perasaan kaum-kaum tertentu," katanya. - BERNAMA

No comments: