Tuesday, December 2, 2008

PPP nak keluar BN?

Nazri: PPP tak perlu ugut...keluar saja dari BN

Lebih baik keluar sekarang… itu adalah kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz kepada Presiden Parti PPP, Datuk Kaveyas yang memberi kata dua bahawa parti itu akan keluar daripada gagasan Barisan Nasional (BN) sekiranya Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA) tidak dihapuskan sebelum pilihan raya umum ke-13 akan datang. Menurut Nazri, berdasarkan kenyataan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, kerajaan tidak berhasrat meminda atau memansuhkan ISA. “Oleh hal yang demikian tidak perlulah PPP menunggu hingga pilihanraya akan datang…kalau tak berhajat bersama BN lagi, maka lebih baik keluar sekarang,” katanya kepada Agendadaily di pejabatnya di Parlimen hari Isnin. - di petik dari Agendadaaily

No comments: