KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 (SPRM) akan mendapat sokongan penuh daripada kerajaan dan pembangkang dengan syarat perubahan dan penyesuaian penting dilakukan terhadap beberapa peruntukan dalam akta itu.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, walaupun beliau tidak menganggap penubuhan akta baru ini akan menyelesaikan masalah rasuah yang berleluasa dalam negara ini, namun beliau memberikan sokongan bersyarat itu.
Katanya, pengenalan undang-undang itu terlalu sukar kerana melalui pengalamannya terlibat dengan penggubalan Akta Pencegahan Rasuah 1997, beberapa peruntukan gagal diperkenalkan kerana mendapat halangan daripada beberapa pemimpin.Saya lebih mirip untuk mendokong banyak peruntukan ini kerana secara kebetulan, saya terlibat secara langsung mengawasi dan membentang Akta Pencegahan Rasuah pada tahun 1997 yang begitu sukar dan kontroversi keran tidak mendapat cukup sokongan dari rakan-rakan pada ketika itu," katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang SPRM 2008 di Dewan Rakyat hari ini.-mstar
Monday, December 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment