MEKAH - Beratus-ratus ribu jemaah haji berkumpul di sebuah lembah berhampiran bandar Mina bagi melakukan ibadat melontar sebagai tanda merejam syaitan semalam.
Tiada sebarang insiden serius dilaporkan walaupun jumlah jemaah haji pada tahun ini mencatat rekod baru apabila melebihi dua juta orang.
Sejumlah besar anggota keselamatan dikerahkan memantau jemaah ketika mereka berkumpul untuk melontar jamrah selepas menyambut Aidiladha.
Pihak berkuasa turut membina jambatan di tempat jemaah haji melontar dalam usaha mengelakkan tragedi rempuhan yang menyebabkan 264 orang meninggal dunia pada tahun 2006.
Sebanyak 251 orang terbunuh pada dua tahun sebelumnya manakala 1,426 lagi pada 1990.
Kementerian Dalam Negeri mengerahkan sejumlah 100,000 petugas bagi mengawal ketenteraman dan memastikan keselamatan jemaah pada musim haji kali ini.
Dalam satu kenyataan kementerian berkenaan pada Sabtu lepas, hampir 1.73 juta jemaah sudah memasuki Arab Saudi.
Mereka menyertai beratus-ratus ribu warga Arab Saudi dan penduduk lain untuk bersama-sama mengerjakan ibadat haji pada tahun ini. - AFP
Tuesday, December 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment