Ketika DAP seperti nampak telah mula mengendurkan isu hukum hudud yang cuba dipanaskan semula, sebalikknya Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu mulai kelmarin dan hari ini menyelar PKR dan DAP yang katanya menyokong hudud. Samy Vellu hari ini mendakwa Karpal telah bertukar menjadi "harimau tidak bertaring" apabila menyatakan DAP menyokong PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu bulan depan.
"Harimau (Karpal Singh) kelihatan sudah menyerah kalah kepada PAS," kata Samy Vellu merujuk kepada sokongan Karpal kepada PAS dalam PRK Kuala Terengganu di mana PAS tetap dengan pendirian untuk melaksanakan hukum Hudud.
Kelmarin Samy Vellu mencabar Ketua Pembangkang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyatakan secara terbuka pendiriannya mengenai hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud. Katanya, Anwar, yang merupakan penasihat PKR, tidak sepatutnya berdiam diri dengan isu itu kerana kegagalannya menyatakan pendiriannya berhubung pelaksanaan undang-undang itu boleh menimbulkan bantahan daripada masyarakat India di negara ini.
Yang melucukan kita, mengapa Samy Vellu nampak begitu kecewa apabila suara keras DAP mengenai pelaksanaan hukum hudud semakin lunak? Adakah beliau kecewa kerana semakin ramai orang bukan Islam memahami hudud menjadi berita buruk untuk BN yang bakal berdepan PAS dalam PRK Kuala Teengganu nanti? Dua hari lepas Naib Pengerusi DAP, M.Kulasegaran berkata bahawa pelaksanaan hukum hudud tidak akan menjejaskan kehidupan masyarakat bukan Islam di negara ini. Kenyataaan Naib Presiden DAP itu seolah-olah menunjukkan bahawa parti itu semakin faham dengan hukum hudud.
Namun ketika DAP nampak seperti semakin memahami hudud, mengapa Samy Vellu nampaknya masih senada dengan MCA dan Gerakan yang masih menjadikan hudud sebagai isu? Adakah MIC, MCA dan Gerakan masih bercakap tentang hudud dalam pendekatan yang masih keras kerana dihasut oleh abang sulungnya dalam BN yang bergelar UMNO itu? Jika itulah sebabnya, sepatutnya UMNO sebagai parti Melayu yang mengaku memperjuangkan Islam perlu berani mengeluarkan kenyataan yang senada dengan apa yang Kulasegaran katakan bahawa pelaksanaan hukum hudud tidak akan menjejaskan kehidupan masyarakat bukan Islam di negara ini. Cuma masalahnya sanggupkah UMNO berkata senada dengan M.Kulasegaran di tengah kegentaran pandangan sedemikian akan menimbulkan rasa amarah parti-parti komponen BN lain, khususnya MIC, MCA dan Gerakan?
Sepatutnya UMNO perlu berani menjelaskan kepada parti-parti lain di bawah komponen BN bahawa pelaksanaan hudud hanya melibatkan kalangan yang beragama Islam dan tidak kena mengena dengan orang bukan Islam.
Masyarakat bukan Islam tidak seharusnya berasa bimbang jika hukum hudud dilaksanakan di negara ini sebaliknya boleh memilih undang-undang yang mereka mahu seperti yang telah tertulis dalam Undang-undang Kanun Jenayah Syariah yang telah diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan dan diwartakan di Terengganu.-Marhaen
Tuesday, December 30, 2008
Hudud: Bukan Islam tidak terjejas – DAP
IPOH: Masyarakat bukan Islam di negara ini tidak akan terjejas dengan pelaksanaan hukum hudud.
Menurut Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran, beliau menghormati pendirian PAS dalam pelaksanaan hukum hudud dan yakin bukan Islam di negara ini tidak akan terjejas kehidupan mereka jika ia dilaksanakan.
Mengulas situasi dan suasana pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Kulasegaran menambah bahawa, para pengundi Cina tidak akan terpengaruh dengan isu hudud menjelang pilihan raya kecil di sana.
Menurutnya, mereka matang dan mampu melihat dengan lebih jelas permainan yang cuba dibawa oleh Barisan Nasional (BN).
“Perkara ini telah didebat banyak kali.Tiada yang baru,”katanya kepada wartawan selepas perasmian pusat khidmat masyarakat Adun Jelapang

Zahar masuk PAS anggap PKR tidak perjuang orang Melayu
Ibarat kisah orang baru berkasih atau dapat isteri. Semuanya manis, baik dan indah belaka. Namun, bila berpisah, pasti ada yang dipersalahkan. Budaya menyalahkan orang lain juga bukan baru dalam masyarakat di negara ini termasuk dalam dunia politik. Ada pemimpin yang kecewa kerana tidak dicalonkan pada pilihan raya, tidak dilantik memegang jawatan atau kalah pemilihan parti bertindak keluar parti dengan sebahagian mereka akan menyalahkan parti. Sebelum ini dua pemimpin Gerakan, iaitu Datuk Dr Tan Kwee Kwong menyertai PKR diikuti Datuk Lee Kah Chon di Pulau Pinang. Kemudiannya, Naib ketua wanita MCA, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew juga keluar parti itu dan sertai PKR di Selangor.
Khalid akur perlantikan Pengurus Besar PKNS
Setelah mencetuskan kontroversi dalam soal perlantikan pemangku Pengurus Besar PKNS, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari Selasa, mengumumkan perlantikan Othman Omar sebagai Pengurus Besar PKNS menggantikan pemangku jawatan itu Low Siew Moi berkuatkuasa 1 Februari depan. Othman bekas pengurus besar sebuah syarikat pembinaan difahamkan adalah calon yang dinamakan oleh PAS negeri Selangor. Perlantikan Siew Moi sebagai pemangku Pengurus Besar mendapat bantahan daripada UMNO dan kalangan masyarakat. Komponen pakatan pembangkang, iaitu PAS turut mebantah tindakan Khalid tersebut. Dalam bantahannya, PAS mahukan Pengurus Besar PKNS dilantik daripada kalangan orang Melayu. -
PKR bermasalah...media dipersalah
Ekoran perang mulut antara Ahli Parlimen PKR kawasan Kapar, S. Manikavasagam yang mengancam untuk keluar parti itu kerana tidak berpuashati dengan cara pentadbiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang dikatakan mengabaikan rakyat, mengundang campur tangan kepimpinan tertinggi parti itu. Menariknya, seperti mana biasa, walaupun pertelagahan itu berpunca daripada kenyataan terbuka Manikavasagam sendiri, akhirnya media dipersalahkan kerana dituduh cuba memperbesar-besarkan isu Ahli Parlimen itu akan keluar meniggalkan PKR. Agendaily
AMK minta Ezam dedahkan 6 kotak rahsia di KT
Dec 29, 08 6:50pm
Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Terengganu mengalu-alukan kehadiran Ezam Mohd Nor yang dijemput oleh calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Datuk Wan Farid Wan Salleh untuk membantu kempennya bulan depan.
"AMK Terengganu meminta Ezam datang bersama enam kotak yang pernah didakwa oleh beliau berkaitan rasuah dan penyelewengan pimpinan Umno dan BN," kata Ketua AMK Terengganu, Fariz Muda.
Katanya, seluruh rakyat Malaysia pernah diberitahu oleh Ezam - sewaktu menjadi ketua AMK dahulu - bahawa beliau mempunyai enam kotak bukti rasuah dan penyelewangan Umno/BN.
"Sekiranya beliau masih terus konsisten dan serius dalam menentang rasuah, sudah pasti ini medan yang terbaik untuk mendedahkannya.
"Rahsia enam kotak tersebut masih terus menjadi rahsia yang masih ditutup oleh Ezam," katanya Faris dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang telah diluluskan oleh Parlimen, seharusnya digunakan sebaik mungkin untuk mendedahkan perbuatan rasuah tersebut.
"Integriti dan kredibiliti Ezam akan kembali pulih selepas menyertai Umno semula, dengan mendedahkan enam kotak dokumen rasuah dan penyelewengan Umno/BN.
"Ini kerana antara alasan beliau menyertai Umno semula adalah kerana menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menentang rasuah .
"Para pengundi di Kuala Terengganu sedang menanti kehadiran Ezam bersama enam kotak yang diwar-warkan itu," tambah Fariz -AGENDADAILY

Tuesday, December 23, 2008
DAP bantah hasrat PAS laksana hudud
Dec 22, 08 4:43pm
DAP membantah hasrat PAS untuk menjalankan hudud sekiranya berjaya menguasai kerajaan persekutuan seperti ditegaskan naib presidennya Datuk Husam Musa.
"Hukum hudud bukan dasar Pakatan Rakyat dan tiba giliran Husam menjelaskan apa yang dimaksudkannya," kata tokoh popular parti Lim Kit Siang hari ini.
Beliau mengulas kenyataan ahli politik Kelantan itu sewaktu berdebat dengan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin seperti dilaporkan semalam.
"Jika gagal dijelaskan, kenyataan Husam boleh menimbulkan rasa tidak senang, serba salah dan bantahan bukan sahaja di kalangan 11 peratus pengundi Cina di pilihanraya kecil Kuala Terengganu, tetapi juga kepada semua pengundi di seluruh Malaysia," kata Lim lagi.
DAP, tambahnya dalam satu kenyataan, terus dengan pendiriannya untuk mempertahankan wajah sekular bangsa dan negara Malaysia seperti dipersetujui dalam kontrak sosial oleh pengasas kemerdekaan negara 51 tahun lalu.
lim guan eng and penangSetiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum, Mac lepas.
"DAP tidak bersetuju an membantah cadangan itu," katanya hari ini, lapor Bernama.
Ketua menteri Pulau Pinang berkata beliau akan menghubungi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.
Husam dilaporkan berkata PAS tidak pernah melupakan dasar perjuangannya untuk menegakkan pemerintahan Islam di negara ini termasuk melaksanakan hukum hudud.
Pengerusi perhubungan PKR Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamed Hashim pula berkata jika PAS ingin melaksanakan hudud, ia perlu merujuk pandangan Pakatan Rakyat.
"PAS perlu merujuk kepada semua parti komponen yang berada di bawah Pakatan Rakyat.
"Tak eloklah sekiranya mereka membuat keputusan sendiri," beliau dipetik sebagai berkata.
Tambahnya, kenyataan Husam itu berkemungkinan hanya pendapat peribadi beliau dan bukannya pendirian PAS. -Malaysiakini

Mahfuz menang lawan Utusan
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Utusan Melayu Bhd dan bekas ketua pengarangnya membayar RM120,000 kepada ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh pemimpin PAS tersebut.
Mahfuz, selaku plaintif, menfailkan saman itu pada 2001 dengan menamakan ketua pengarang kumpulan akhbar berpengaruh Utusan Malaysia (ketika itu) dan penerbitnya sebagai defendan-defendan.
Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa defendan pertama telah dengan sengaja dan niat jahat membenarkan penerbitan dan percetakan kata-kata yang mengandungi unsur fitnah terhadap plaintif yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 3 Mac 2001.
Plaintif mendakwa penerbitan perkataan-perkataan itu menyebabkan dia menanggung malu dan menjejaskan kredibiliti di kalangan masyarakat.
Plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan mengarahkan defendan meminta maaf serta menarik balik tuduhan fitnah terhadapnya.
Defendan-defendan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada Mac 2002 pula menyatakan artikel "Demonstrasi Mahfuz isytihar bersama Keadilan" yang disiarkan itu adalah benar dari segi kandungan dan fakta dan menafikan bahawa ia bersifat fitnah.

Revolusi 48 -Nostalgia kemardekaan
Dokumentari Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka, Fahmi Reza muncul dengan dokumentari terbaru bertajuk Revolusi 48.
Pengarah filem ini membongkar kembali peristiwa bersejarah pada 1948 yang telah memainkan peranan penting dalam usaha-usaha memerdekakan negara daripada penjajahan British.
Peranan orang-orang kiri daripada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Parti Komunis Malaya (PKM) dalam memerdekakan Malaya tidak boleh dinafikan.
Malahan jika dikaji kembali sejarah, mereka inilah perintis perjuangan untuk memerdekakan negara. Ketika Umno yang ditubuhkan pada 1946 bangga dengan slogan “Hidup Melayu”, mereka (baca: golongan kiri) telah melaungkan slogan “merdeka”.
amin iskandar article 291008 posterPak Mamat, Mak Minah, Pak Chou Tong dan Pak Waimin menceritakan kembali apa yang sebenarnya berlaku pada ketika Malaysia berada di zaman pra-kemerdekaan bermula dari zaman penjajahan Jepun, kembalinya British selepas ketewasan Jepun, darurat diisytiharkan dan golongan kiri mengangkat senjata.
Peranan Lai Teck - Jika Khalid Jaafar, setiausaha akhbar Anwar Ibrahim sewaktu beliau masih timbalan perdana menteri menganggap bahawa Lai Teck yang berasal dari Vietnam sebagai penyelamat agung kepada negara dari pengaruh komunis, filem Revolusi 48 menceritakan sebaliknya.
Chou Tong menceritakan dengan jelas dalam dokumentari ini tentang peranan Lai Teck yang digunakan oleh British untuk menggagalkan usaha memerdekakan negara selepas Jepun menyerah kalah.
Chou, atau nama sebenarnya Au Heng Fong, berkata Lai Teck pernah berkhidmat dengan Perancis ketika di Vietnam sebagai ejen perisikan. Selepas diketahui tentang peranannya sebagai tali barut penjajah oleh rakyat Vietnam, beliau menyusup ke Singapura untuk membantu British.
Di Singapura, Lai Teck pada mulanya menjadi buruh dan kemudian aktif di kesatuan buruh. Dari situlah beliau berjaya menyusup masuk dalam gerakan kiri dan sekali gus rapat dengan PKM.
Apabila Jepun menjajah Tanah Melayu dan Singapura, Lai Teck menjadi tali barut kepada penjajah Jepun pula. Beliaulah yang banyak membongkarkan rahsia kepada Jepun mengenai gerakan anti-Jepun.
Namun apabila Jepun menyerah kalah, dengan cepat Lai Teck bertukar kiblat kepada British. Antara tugasan pentingnya ialah menggagalkan pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu selepas Jepun menyerah kalah.
Jika tiada Lai Teck, Malaya akan merdeka sepuluh tahun lebih awal!
Gerakan bersenjata - Dalam dokumentari ini juga, keempat-empat penggerak PKM ini menceritakan latar belakang bagaimana dan mengapa mereka menyertai gerakan bersenjata untuk melawan penjajah British.
Pada 1948, British mengisytiharkan darurat. PKMM, API, AWAS dan PKM yang sebelum ini bergerak secara sah diharamkan dan ramai pemimpin parti-parti tersebut ditahan.
Jika British tidak menghalang kebangkitan gerakan kiri, mereka akan dihalau oleh rakyat dari Malaya seperti rakyat Indonesia menghalau Belanda.
British tahu gerakan menuntut kemerdekaan menjadi semakin popular. Mahu tidak mahu, mereka terpaksa akur untuk memberi kemerdekaan kepada Malaya.
Amin iskandar article 291008 konfrantasi - Jika orang-orang kiri berjaya dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, kepentingan British akan hilang seratus-peratus.
Maka British terpaksa menyokong Umno dan Perikatan yang lebih menjamin kepentingan mereka. Apabila darurat diisytiharkan pada 1948, maka revolusi pun bermula.
Ramai pemuda dan pemudi dari golongan buruh dan petani menyertai perjuangan mengangkat senjata untuk melawan British.
Selepas penjajah meninggalkan Malaya pada 1957, kerajaan yang dipimpin Tunku Abdul Rahman meneruskan perang terhadap golongan kiri dan PKM.
Tindakan ini telah menyebabkan perjuangan bersenjata berterusan sehinggalah Perjanjian Damai Haadyai ditandatangani antara Malaysia, Thailand dan PKM pada 1989.
Contohi Megawati - Dokumentari Revolusi 48 satu usaha membongkar kembali sejarah-sejarah yang telah disembunyikan selama separuh abad. Pada masa akan datang, lebih banyak lagi yang akan terbongkar.
Penulisan sejarah haruslah adil kepada semua pihak. Yang benar tetap benar. Yang salah tetap salah. Fakta ini tidak dapat diubah.
amin iskandar article 291008 funeralBaru-baru ini, serikandi negara Shamsiah Fakeh pulang ke rahmatullah. Apa yang menyedihkan, pemergiannya tidak mendapat penghormatan yang sepatutnya oleh pemerintah dan aktivis-aktivis politik di Malaysia.
Perkara ini saya khabarkan kepada seorang teman di Indonesia yang kini aktif dengan gerakan Islam. Beliau turut bersedih dengan cara Malaysia melayan tokoh bangsa.
Beliau memberitahu, ketika acara pengebumian bekas diktator Jeneral Soeharto, ramai hadirin yang hadir termasuklah bekas presiden Megawati Soekarnoputri.
Ketika zaman kegemilangan Soeharto, Megawati ditindas teruk oleh Soeharto. Parti PDI-P yang dipimpinnya pernah dipukul oleh jeneral tentera itu.
Bukan itu sahaja, ayah Megawati iaitu presiden pertama Indonesia, Soekarno dijatuhkan oleh rampasan kuasa yang dipimpin oleh Soeharto.
Malaysia harus mencontohi Megawati. Tidak kira apa ideologi politik sekalipun, tokoh tetap tokoh.-coretan Malaysiakini

Reformis batalkan 'perang bogel'
Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) hari ini bersedia menggugurkan "perang bogelnya" atau ugutan untuk berdemonstrasi bogel setelah bertemu wakil Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Tiada lagi isu-isu (tentang Reformis) berbangkit selepas ini.
"Isu berbogel pun tidak timbul lagi," kata timbalan presiden penajanya Badrul Hisham Mohd Hanafiah kepada Malaysiakini.
Tambahnya, jika muncul kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas presiden penajanya Ramlan Abu Bakar, ia bersifat peribadi dan "tidak ada kena-mengena dengan Reformis".
Sewaktu diketuai NGO baru itu sebelum ini melancarkan "perang bogelnya" terhadap Abdul Khalid dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan kecewa terhadap kerajaan negeri yang didakwa gagal mempedulikan nasib golongan miskin dan tidak menunaikan janji manifestonya ketika pilihanraya umum lepas.
Dalam pertemuan sejam pagi ini dengan setiausaha politik menteri besar, Nik Nazmi Nik Ahmad, Reformis menyatakan sokongan terhadap keputusan Selangor menurunkan harga sewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi keluarga berpendapatan bawah RM1,500.
"Reformis akan berdiri teguh di belakang menteri besar dan barisan exconya untuk menjaga kepentingan negeri dan Pakatan Rakyat," kata Badrul Hisham.
Tambahnya, dalam pertemuan itu, Abdul Khalid dilaporkan sedia bekerjasama dengan NGO itu, yang baru ditubuhkan Julai 2007 dan kini masih menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan.
Mengulas kedudukan bekas presiden penajanya yang dipecat minggu lalu yang dibangkitkan oleh Nik Nazmi, Badrul Hisham berkata Reformis berharap Abdul Khalid "jangan layan karenah-karenahnya."
reformis president ramlan abu bakar 121208 02Majoriti exco Reformis, lapan daripada 12, mengambil keputusan menggugurkan Ramlan dalam satu mesyuaratnya 17 Disember lalu.
Surat memaklumkan keputusan tersebut dihantar keesokannya.
Badrul Hisham, kini memangku jawatan nombor satu Reformis, berkata NGO itu melantik ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Dr Badrul Amin Baharon sebagai penasihatnya mulai 18 Disember lalu.
Beliau, menjelaskan Reformis akan terus memberi teguran dan menyalurkan maklumat kepada Selangor dan Pakatan Rakyat bagi menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan rakyat.
"Reformis sudi bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu-isu rakyat dan berharap kerajaan mengambil peduli dengan teguran kami," tambahnya.
Reformis, kata Badrul Hisham lagi, akan ke Kuala Terengganu untuk membantu kempen calon PAS merampas kerusi parlimen itu dalam pilihanraya kecil 17 Januari depan.

Pemuda BN bentang kertas kerja Malaysia Malaysian Feb Depan
KUALA LUMPUR, - Pemuda Barisan Nasional (BN) akan membentangkan kertas kerja bertajuk 'Satu Malaysia' pada Konvensyen Barisan Nasional Februari depan, yang akan mengemukakan pendekatan untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Timbalan Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata Pemuda BN tidak mahu konvensyen itu menjadi "superficial" semata-mata, sebaliknya kertas kerja yang akan dibentangkan Ketua Pemuda MCA yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Wee Ka Siong itu akan mengandungi cadangan yang melibatkan perubahan dalam dasar kerajaan.
"Isu kritikal ialah bagaimana kita nak uruskan hubungan antara kaum dan mencari jalan untuk meredakan keadaan, kerana sejak kebelakangan ini banyak pihak telah menyuarakan isu yang menyentuh perasaan kaum-kaum tertentu," katanya. - BERNAMA

Umum calon lambat: Masalah atau taktik PAS?
PAS membatalkan niatnya untuk mengumumkan calonnya pada Ahad lalu, 21 Januari. Tarikh baru yang dicari ialah pada 1 Januari. Mungkin 21 bukan hari kemenangan bagi Pas sebaliknya 1 Januari tarikh baik. Tak mengapa angka satu masih ada.
Kalau Pas juga bermain dengan numerologi (angka), nampaknya satu angka satu sudah diperolehi Umno iaitu Umno menjadi parti nombor 1 mengumumkan calon. Umno dah umum calonnya seperti mana yang diramalkan saya sejak awal iaitu, Senator Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Menurut Abdul Hadi Awang seperti mana dipetik dalam sidang akhbar, Pas akan mengumumkan calonnya di Stadium Negeri di Kuala Terengganu. Pas sedang memohon untuk menggunakan stadium berkenaan. Pemilihan tempat itu pun ada muslihatnya, ia mungkin untuk menampung kehadiran yang ramai.
Atau pun mungkin juga Pas sudah pasang perangkap. Bila stadium itu tidak dibenarkan Pas akan menjadikan sebagai isu tambahan dalam pilihan raya berkenaan. Pas akan tuduh Umno mengamalkan politik tertutup atau araggont of power kata si baju petak-petak merah.-Klpost

Ketepikan ego politik, mansuhkan PPSMI - Khir Toyo
Tue | Dec 23, 08 | 9:17:15 am MYT
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Hrkh) - Ahli Majlis Tertinggi Umno Dato' Seri Khir Toyo turut mempertikaikan keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik (PPSMI) dan menggesa agar sistem itu dimansuhkan dan 'mengembalikan' semula kepada Bahasa Melayu.
"Saya akui kepentingan kemahiran bahasa Inggeris. Namun telah jelas setelah enam tahun ia dilaksanakan tentangan terhadap PPSMI bukan kian mengecil malah kian membesar.
"Ini menunjukkan bahawa kepercayaan terhadap kemampuan PSSMI membina generasi muda yang lebih baik kian terhakis," katanya dalam blog peribadi beliau baru-baru ini.
Katanya memandangkan telah beratus juta dibelanjakan untuk sistem PPSMI ini maka ia harus terus dieksploistasi sebaik mungkin. Justeru, beliau mencadangkan agar kementerian pelajaran meneruskan PSSMI ini sebagai satu kelas tambahan selama dua atau tiga jam seminggu untuk setiap tahap pengajian bermula tahun satu.
"Saya sedar betapa Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishamuddin menghadapi keadaan yang amat sukar untuk membuat keputusan. "Ini kerana walau apa pun keputusan yang dibuat ia akan tetap membangkitkan polemik baru. Tidak mungkin sesuatu keputusan yang dibuat akan memuaskan hati semua pihak.
"Namun keputusan ini harus di buat atas kepentingan anak bangsa bukannya ego politik parti pemerintah mahu pun berdasarkan siapa yang paling kuat melobi," katanya. -Harakah

Friday, December 19, 2008
Korban pertama demam Chikungunya
SUNGAI PETANI: Seorang lelaki berusia 46 tahun dari Kampung Perak, Bukit Selambau dekat sini, dipercayai menjadi korban pertama deman Chikungunya yang merebak sejak seminggu lalu.
Ismail Md Noor, meninggal dunia di rumahnya awal pagi semalam, dua hari selepas dibenarkan keluar daripada Hospital Sik (HS).
Isterinya, Siti Azizah Nayan, 49, berkata Ismail dimasukkan ke HS pada Ahad lalu selepas seminggu demam serta mengalami sakit sendi dan lemah seluruh badan. Sebelum itu, suaminya mendapat rawatan di klinik kesihatan berdekatan. -Kosmo

Koperasi Skim cepat kaya di serbu
KUALA LUMPUR - Sebuah koperasi yang didakwa menjalankan skim cepat kaya kecoh semalam apabila pejabatnya yang terletak di Sentul diserbu oleh pelabur-pelaburnya yang menuntut supaya wang mereka dikembalikan.
Malah ada antara pelabur itu mengugut membuat laporan polis sekiranya wang mereka tidak dipulangkan dalam tempoh sebulan dari sekarang.
Tinjauan ke premis koperasi terbabit mendapati pelabur-pelabur yang terlibat sudah mengunjungi pejabat tersebut sejak dari awal pagi bagi menuntut penjelasan daripada pihak pengurusan setelah berita mengenai koperasi itu disiarkan Kosmo! kelmarin.
Bagaimanapun, usaha wartawan Kosmo! untuk bertemu dengan pengurusan koperasi itu gagal apabila salah seorang daripada kakitangannya meminta supaya satu temu janji dibuat terlebih dahulu.
Semalam Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar mendedahkan, tiga buah koperasi iaitu Koperasi Usahawan Malaysia Berhad dan Koperasi Birr Berhad di Kuala Lumpur serta Koperasi Taqwa Malaysia yang beroperasi di Kota Bharu, Kelantan didapati menawarkan skim cepat kaya.
Ekoran itu, ketiga-tiga koperasi terbabit digantung dan asetnya dibekukan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berkuat kuasa kelmarin setelah SKM mendapati ia melanggar Akta Koperasi 1993 kerana menyeleweng dan melakukan kesalahan menjejaskan kepentingan ahli.
Seorang mangsa, Abdullah Mohd. Shuib, 57, yang sudah melabur sebanyak RM20,000 sejak dua tahun lalu kecewa dengan apa yang berlaku.
"Saya menggunakan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk melabur dalam skim ini, tidak sangka akhirnya duit hasil titik peluh saya .

Thursday, December 18, 2008
Pesara pindah luar negara layak terima pencen
KUALA LUMPUR: Pesara kerajaan dan penerima pencen terbitan yang berhijrah dan tinggal di luar negara akan layak menerima pencen melalui pindaan Akta Pencen 1980, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Beliau berkata, melalui pindaan itu, syarat pemastautinan di Malaysia akan dimansuhkan yang akan membolehkan golongan pesara dan penerima pencen akan dapat menikmati pencen mereka di mana juga mereka berada.
"Memandangkan bahawa pencen dan juga pencen terbitan ialah untuk mengenang jasa pengkhidmat awam, maka adalah wajar dasar keperluan mastautin di negara ini dimansuhkan supaya penerima pencen dapat menikmati pencen di mana juga mereka berada," katanya.
Beliau menyatakan demikian ketika membentangkan Rang Undang-undang Pencen (Pindaan) (No. 2) 2008 di Dewan Rakyat hari ini.
Pemansuhan itu dibuat setelah kerajaan mengambil kira bahawa ramai pesara dan penerima pencen telah berhijrah dan tinggal di luar negara.
Antara sebab pesara terpaksa bermastautin di luar Malaysia ialah untuk tinggal bersama anak atau cucu yang sanggup menjaga mereka di hari tua.
Beliau berkata, ketika ini terdapat seramai 657 balu atau duda yang bermastautin di luar Malaysia telah berhenti menerima pencen terbitan, manakala seramai 1,332 pesara bermastautin di luar negara menerima pencen asal (tanpa unsur pelarasan).
"Keseluruhan tambahan perbelanjaan kerajaan untuk dasar ini adalah sebanyak RM32 juta bagi tahun 2009," katanya.
Beliau berkata, berdasarkan rang undang-undang itu kerajaan juga bersetuju untuk menghitung semula pencen mengikut formula berdasarkan kepada tempoh perkhidmatan sehingga maksimum 30 tahun (360 bulan) bagi semua pesara dan penerima pencen berkuat kuasa 1 Januari depan.
"Buat masa ini tempoh maksimum hanyalah 25 tahun (300 bulan) dan penambahan ini bagi menyahut seruan golongan pesara yang meminta supaya tempoh perkhidmatan sebenar semasa mereka berkhidmat diambil kira dalam pengiraan pencen.
"Dasar ini juga akan merangkumi pesara dan penerima pencen yang telah bersara sebelum tarikh kuat kuasa (1 Januari 2009) dan melibatkan seramai 115,000 pesara dan penerima pencen serta peruntukan tambahan sebanyak RM718 juta," kata beliau dipetik Bernama.
Pindaan kepada Akta Pencen itu juga bertujuan memberi opsyen kepada kakitangan awam yang kini berada di bawah skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menyertai skim pencen berkuatkuasa Januari depan.
"Tarikh bagi pemberian opsyen semula untuk memilih skim pencen ialah 1 Januari 2009, dengan tempoh opsyen selama sebulan dan muktamad pada 1 Februari 2009," katanya.
Beliau berkata, dasar baru pemberian semula opsyen ini belum dapat dianggarkan implikasi kosnya kerana ia bergantung kepada jumlah anggota yang memilih skim pencen.
Nazri berkata, bagi membiayai pelaksanaan dasar-dasar baru itu, perbelanjaan Kerajaan Persekutuan akan bertambah hampir RM1 bilion untuk 2009 sahaja.- Mstar

UiTM antara 3 universiti terbaik
SUBANG JAYA - Pembaharuan yang dilakukan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) sejak 2001 membolehkan ia muncul antara tiga universiti terbaik di Malaysia.
Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah (gambar) berkata, pencapaian ini membolehkan siswazah UiTM mendapat tempat dalam pasaran kerja dengan setiap tahun, 75 peratus memperolehnya sebaik sahaja menamatkan pengajian.
''Kakitangan akademik juga mencapai pelbagai kejayaan di peringkat antarabangsa dengan memenangi pelbagai pingat emas dan platinum dalam banyak pertandingan inovasi di seluruh dunia,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Pemenang Anugerah Kualiti Perdana Menteri Sektor Awam 2008: Strategi UiTM Menyampaikan Perkhidmatan Terbaik pada Persidangan Peningkatan Daya Saing Negara: Peranan dan Inisiatif Sektor Awam di sini hari ini.
Tambahnya, ijazah-ijazah yang dikeluarkan oleh UiTM juga mendapat pengiktirafan 16 badan profesional luar negara termasuk dari United Kingdom, Kanada dan Australia.
Sementara itu di dalam negara, katanya, sebanyak 19 badan profesional tempatan mengiktiraf ijazah UiTM.
''Kecemerlangan fasa kedua yang ingin dicapai oleh UiTM bermula tahun ini ialah untuk menjadi universiti terkemuka negara, menjadi universiti penyelidikan pada 2010, menjadi 200 universiti terbaik dunia pada 2015 dan menjadi universiti terkemuka dunia pada 2020,'' katanya.
Dalam pada itu, Ibrahim mendedahkan pem- baharuan-pembaharuan yang dilakukannya di UiTM tidak digemari sehingga memaksa beliau mendapatkan perlindungan pihak polis kerana menerima pelbagai ancaman termasuk bunuh.
Beliau berkata, tindakannya untuk meningkatkan kualiti UiTM tidak disenangi menyebabkan menerima banyak ancaman.
''Ketika mula-mula menjawat jawatan sebagai Naib Canselor UiTM pelbagai perubahan dilakukan untuk memastikan universiti dapat mencapai pelbagai kejayaan.
''Dalam tempoh sama juga sebanyak 42 kakitangan akademik dan bukan akademik UiTM sama ada dibuang, diturunkan pangkat, dipotong gaji dan pelbagai lagi tindakan disiplin bagi membersihkan universiti daripada gejala-gejala tidak sihat,'' katanya.
Ibrahim memberitahu, tindakan- tindakan itu perlu diambil bagi memastikan UiTM yang mempunyai lebih 120,000 pelajar dengan 20,000 kakitangan akademik dan bukan akademik perlu diuruskan dengan berkualiti serta cekap.
Katanya, UiTM melaksanakan strategi pengurusan kualiti yang dilaksanakan dengan penubuhan pusat pengurusan kawalan dan jaminan kualiti, pensijilan ISO peringkat korporat dan inisiatif kualiti dalam pengurusan.
''Universiti ini juga melaksanakan pelbagai strategi lain bagi memastikan lebih 120,000 pelajarnya mencapai kejayaan terbaik berbanding universiti-universiti awam lain,'' katanya.

Harga barang turun?
KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memastikan para peniaga mematuhi arahan menurunkan harga barangan selaras dengan penurunan harga petrol dan diesel yang diumumkan Isnin lepas.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bagi tujuan itu kerajaan akan terus meningkatkan penguatkuasaan untuk memastikan para peniaga mematuhi arahan yang telah dibuat.
Menurut beliau, beberapa langkah yang telah dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan agensi berkaitan akan terus digunakan agar para peniaga tidak sesuka hati menaikkan harga barangan terutama bahan makanan.
''Kerajaan sudah membuat beberapa langkah yang disifatkan amat berkesan untuk membendung peniaga tidak sewenang-wenang menaikkan harga barangan tanpa disuruh,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) projek Edible Garden di antara Felda dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di sini hari ini.
Mengulas lanjut Najib berkata, kerajaan akan terus mengalakkan lebih banyak pasar raya besar di seluruh negara untuk melancarkan program menurunkan harga pelbagai jenis barangan.
Di samping itu katanya, kerajaan turut meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta agensi berkaitan untuk meningkatkan lagi bekalan makanan.
''Dengan meningkatkan bekalan makanan sekurang-kurangnya usaha itu akan dapat mengurangkan kos dan dapat menampung keperluan rakyat,'' katanya.

Kapal Msia di tawan lagi.....
UALA LUMPUR 17 Dis. – Sebuah kapal tunda dan tongkang milik dua syarikat swasta negara ini bersama 11 anak kapal warga Indonesia yang dalam perjalanan pulang ke Malaysia ditawan sekumpulan lanun Somalia di perairan Yemen semalam.
Kedua-dua kapal tersebut yang tidak membawa sebarang muatan ditawan kira-kira pukul 7.15 pagi waktu tempatan (12.15 tengah hari waktu Malaysia) sebelum dibawa masuk ke perairan Somalia.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Muhamad Hatta Abdul Aziz berkata, Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama kedua-dua syarikat tersebut atas tujuan keselamatan.
“Setakat ini belum ada tuntutan daripada pihak lanun berhubung penawanan dua kapal tersebut. Kita baru dimaklumkan mengenai perkara ini (ditawan lanun Somalia),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.-utusan

Penyelenggaraan Kediaman PM dan TPM
KUALA LUMPUR, 17 Dis: Dewan Rakyat diberitahu, Kerajaan Malaysia menyewa kediaman Perdana Menteri, Sri Perdana sebanyak RM4.15 juta setahun atau RM345, 833.33 sebulan dari Putrajaya Holding.
Untuk menyelenggarakannya pula, kerajaan menanggung RM1.89 juta setahun atau RM158,051.40 sebulan.
Kediaman Timbalan Perdana Menteri pula yang bernama Seri Satria, kerajaan menyewa sebanyak RM2.74 juta setahun atau RM228,333.33 sebulan manakala penyelenggaraannya adalah RM94,156 sebulan.
Ini bermakna, kerajaan menanggung RM27,545 sehari untuk membayar sewa dan menyelenggarakan kedua-dua istana pemimpin negara ini.
"Inilah bangunan yang Almarhum Datuk Fadzil Nor dulu cadang untuk dilelongkan jika BA (ketika itu) berkuasa. Saya tidak tahu tentang anda tetapi saya sendiri tidak terbayang begitu banyaknya wang yang dibelanjakan untuk menampung PM dan TPM kita sekeluarga," tulis Roslan Shahir, Setiausaha Akhbar Presiden PAS dalam blognya.
Sewa sehari Seri Perdana bersamaan RM11,527.77 sehari, sedangkan gaji pokok permulaan seorang guru dengan diploma hanyalah RM1,405.71.
Dengan RM1,405.71 inilah guru tadi menampung keluarga dan kehidupan hariannya sedangkan kita membayar RM11, 527.77 sehari buat PM kita!
Malah menurut jadual tangga gaji baru seorang Ketua Polis Negara pun dibayar lebih murah (perbandingan gaji pokok permulaan) dari kita menyewakan Seri perdana untuk Perdana Menteri kita.
Gaji pokok permulaan KPN adalah RM9, 615.98 (menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 tahun 2007) sebulan.
"Jadi apa nak kita lakukan?" tanya Roslan.
Dalam pada itu, tulisnya, rakyat diseru berjimat cermat. Tahun depan mungkin keadaan ekonomi semakin gawat, syarikat-syarikat gergasi dunia sudah mula memberhentikan para pekerjanya.
"Dan kita dalam susah-susah memuntahkan dari isi perut hampir RM10 juta setahun bagi menempatkan tak sampai 10 orang di dua istana kerana mereka adalah PM dan TPM kita," tulis beliau.-Siasahdaily

20,000 nelayan hentikan boikot
Kumpulan 24 persatuan nelayan memberhentikan tindakan mogok ke laut, yang dilancarkan 12 Disember, selepas bertemu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Chuan hari ini.
Keputusan jawatankuasa bertindak yang mewakili 20,000 nelayan di tujuh negeri dicapai petang ini selepas pertemuan dengan bekas setiausaha agung MCA itu di Hutan Melintang, Teluk Intan pagi ini.
Ong berjanji akan memperjuangkan tuntutan mereka - antaranya menurunkan harga minyak bersubsidi kepada RM1 seliter daripada RM1.30 yang berkuatkuasa semalam - dalam mesyuarat jemaah menteri, Jumaat ini.
fishermen nelayan protest 161208 04Jurucakap kumpulan nelayan itu Lu Shun Fok berkata mereka bagaimanapun akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan yang lebih serius sekiranya kabinet gagal menunaikan tuntutan mereka.
Tindakan terbaru nanti akan diputuskan dalam tempoh dua minggu lagi, tambahnya.
Persatuan-persatuan nelayan itu semalam berikrar meneruskan mogok walaupun kerajaan menurunkan harga minyak 13 sen daripada RM1.43.
Kelmarin, kerajaan tidak bersedia menurunkan harga petrol dan diesel bersubsidi seperti tuntutan nelayan.
"Nak puaskan hati semua pihak memang mustahil," kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed.
Beliau menambah, selain meningkatkan kuota diesel sebanyak 4,000 liter sebulan sejak awal Disember, kerajaan turut menawarkan insentif pendaratan sebanyak 10 sen bagi setiap kilogram tangkapan bagi pemilik-pemilik kapal tunda serta elaun sara hidup sebanyak RM200 sebulan bagi anak-anak kapal.
Persatuan-persatuan nelayan itu turut menggesa insentif-insentif itu dihapuskan dan digantikan dengan peruntukan subsidi minyak dengan alasan ia bersifat "birokratik" dan sehingga kini elaun tersebut belum diserahkan kepada mereka.-Malaysiakini

Laporan Skandal PKFZ akan di dedah.....
Fauwaz Abdul Aziz | Dec 18, 08 1:34pm
Laporan skandal besar projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) akan diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan dan Lembaga Pelabuhan Klang esok atau lusa.
ong tee keat interview 230810 04Menteri berkenaan Datuk Ong Tee Keat berkata pendedahan laporan itu sebagai memenuhi janji sebelum ini.
Beliau, yang juga presiden MCA, diminta mengulas status siasatan skandal tersebut - sekarang dipercayai menelan kos RM5 bilion - yang dijangka siap hujung tahun ini.
Ong bagaimanapun berkata laporan Kementerian Pengangkutan berbeza dengan yang disediakan oleh firma juruaudit bebas Pricewaterhouse Coopers (PWC) yang kini sedang menunggu lampu hijau daripada Kementerian Kewangan.

Calun KT- Nama Mohamad Sabu tak masuk...
Nama Mohamad Sabu yang menjadi calon popular Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk dicalonkan bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, nampaknya tidak masuk dalam senarai yang dipertimbangkan. Sebaliknya, menurut sumber tertinggi PAS yang layak dipercayai, parti itu yang akan buat pengumuman calon Ahad ini kini mempertimbangkan empat nama bagi dijadikan calon parti itu pada pilihan raya berkenaan. Antara nama tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Wan Mutalib Embong, ADUN Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan muka baru Mohd Khazani Abdullah yang juga merupakan bekas pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM). Ditanya tidakkah PAS terikat dengan pandangan Nik Aziz yang mahukan Mohamad Sabu menjadi calon, sumber itu berkata, perkara itu adalah perkara biasa. "Ia cuma pandangan dan kita tidak terikat dengannya," ujar beliau. - 18/12/2008
Wednesday, December 17, 2008
Tak campurtangan selepas Mac
PUTRAJAYA 16 Dis. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berjanji tidak akan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan sebaik sahaja beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mac depan.
''Saya tidak akan jadi macam itu," tegas Abdullah dalam pertemuan dengan Agendanews di kediamannya di sini hari ini ketika ditanya kemungkinan beliau akan memantau kerajaan selepas bersara nanti.
Pada masa sama, Presiden UMNO itu yang tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti Mac ini dan akan diisi Najib yang diisytiharkan menang tanpa bertanding, tidak terfikir mengenai jawatan Menteri Kanan.
Ia tidak seperti mana Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong yang menyandang jawatan itu selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri Singapura.-Utusan

Tuesday, December 16, 2008
Krisis Reformis makin tegang
Jimadie Shah Othman | Dec 15, 08 1:03pm
Krisis dalaman Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) - terkenal dengan "skuad berani bogelnya" dan lantang mengkritik kerajaan Selangor - makin tegang apabila kedua-dua pihak terus bertelagah berhubung bidang kuasa masing-masing.
Setiausaha penajanya Zairi Jantan - seorang yang didakwa dipecat oleh presidennya Ramlan Abu Bakar - kini mempertikaikan tindakan ketuanya itu.
"Beliau (Ramlan) tidak ada hantar surat (pemecatan) pun. Lagi pun dua pertiga exco bersama kita. Hanya seorang (exco) sahaja bersama," katanya hari ini.
reformis president ramlan abu bakar 121208 05Selain Zairi, enam daripada 12 exco Reformis termasuk timbalan presiden Badrul Hisham Mohd Hanafiah digugurkan kerana mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada presiden awal bulan ini.
Ramlan (foto) dikenakan tindakan tersebut dengan alasan "menyerang secara peribadi" Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan tidak merujuk pandangan barisan exco Reformis.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Zairi mendakwa, sepuluh daripada 12 exco Reformis tidak bersetuju dengan tindakan Ramlan.
Malah, tambahnya, mereka kini meminta Ramlan "meletakkan jawatan dengan baik".
"Berdasarkan maklum balas daripada 2,000 ahli di seluruh negara, kami mahu beliau meletakkan jawatan dengan baik.
"Jika tidak, ia akan memburukkan nama Reformis," katanya.
Reformis - dipercayai mempunyai hubungan dengan penyokong Gerakan Reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim - didaftarkan pada Julai tahun lalu tetapi hingga kini Pendaftar Pertubuhan belum meluluskan NGO itu.-Malaysiakini

Monday, December 15, 2008
Bush di baling Kasut
Kunjungan Presiden George W. Bush semalam sepatutnya menjadi lawatan terakhir ke Iraq sebelum meninggalkan White House bulan depan.
Beliau tidak menerima “cenderamata penghargaan” daripada rakyat Iraq, sebaliknya menerima balingan kasut ketika mengadakan sidang media bersama Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki.
Seorang wartawan Iraq melemparkan dua kasut terhadap Bush tetapi tidak menepati sasaran kerana beliau sempat mengelak balingan.
Kasut itu kemudian mengenai dinding belakang.
Nouri bagaimanapun cuba menyelamatkan Bush walapun balingan itu tidak mengena.
“Ini ciuman perpisahan untuk anda, anda anjing!” jerit wartawan berkenaan dalam bahasa Arab.
Dia kemudian dikenali sebagai Muntadar al-Zeidi iaitu koresponden bagi saluran televisyen Iraq, Al-Baghdadia yang berpangkalan di Kaherah, Mesir.
Kemudian Bush bergurau: “Ia (kasut) bersaiz 10.”
Kunjungan itu diadakan 37 hari sebelum Bush meninggalkan White House.
Bush akan digantikan Barack Obama pada 20 Januari ini.
Bush menggerakkan tindakan ketenteraan ke atas Iraq pada 2003 dalam usaha menggulingkan Saddam Hussein.
Ketika Saddam digulingkan, pentadbiran Bush disanjung tinggi.
“Perang belum berakhir lagi,” kata Bush sambil menambah, perang itu akan mencapai kemenangan kelak.
Selepas itu Bush berlepas ke Afghanistan yang turut diserang Amerika Syarikat atas nama peperangan ke atas pengganas pada tahun 2001. — Mstar

Jambatan baru di Tambak Johor?
OHOR BAHRU 15 Dis. — Bangunan Sultan Iskandar bernilai RM1.3 bilion yang dirasmikan oleh Sultan Johor pada 2 Dis lepas akan beroperasi sepenuhnya sebagai pintu masuk dan keluar negara mulai tengah malam ini.
Bagaimanapun, bagi penduduk dan pemimpin politik tempatan di Johor Bahru, mereka tetap menaruh harapan agar kerajaan dapat menghidupkan kembali projek pembinaan jambatan baru, sama ada bengkok atau lurus untuk menggantikan Tambak Johor.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, kebanyakan rakyat Johor masih mahukan sebuah jambatan baru yang menyeberangi Selat Johor, menggantikan Tambak Johor yang dibina pada 1923.
“Anda tanya sendiri rakyat Johor sama ada mereka mahukan jambatan baru atau tidak, dan kebanyakan akan mengatakan yang mereka mahukan sebuah jambatan yang baru untuk menggantikan Tambak Johor,” katanya kepada Bernama hari ini.-utusan
Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tebrau berkata, kesesakan trafik yang berlaku setiap hari di pusat bandar raya hanya dapat diatasi menerusi pembinaan jambatan baru di selat terbabit.
Menurut Abdul Halim, jambatan baru yang lebih besar dan memenuhi keselesaan pengguna juga dapat meningkatkan kemasukan pelabur dan pelancong asing ke Iskandar Malaysia.
Dua hari lepas, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) ACP Zainuddin Yaacob berkata, Tambak Johor akan ditutup pada semua kenderaan mulai 11.45 malam pada 15 Dis (hari ini), dan semua trafik akan dihalakan ke Bangunan Sultan Iskandar.
Pendapat Abdul Halim itu turut disokong oleh penduduk tempatan, Mohd. Salleh Ali, 39, yang berkata, keadaan trafik yang kritikal di pusat bandar raya berpunca daripada kesesakan yang berlaku di Tambak Johor.
“Penduduk Johor Bahru sudah tidak mampu lagi menempuh kesesakan jalan raya di pusat bandar raya. Mereka sememangnya amat mengharapkan sebuah jambatan baru dapat dibina,” kata pekerja syarikat swasta itu.
Penduduk tempatan, menurut Mohd. Salleh yang tinggal di Taman Daya di sini, menyambut baik cadangan kerajaan beberapa tahun lepas yang mahu menggantikan Tambak Johor, tetapi kecewa apabila projek tersebut dibatalkan.
“Kini selepas Bangunan Sultan Iskandar dibuka, kita berharap kerajaan dapat menghidupkan kembali projek pembinaan jambatan baru bertujuan menyelesaikan masalah trafik di pusat bandar raya,” katanya.
Ketika projek pembinaan Bangunan Sultan Iskandar itu mula dibina pada 2003, itu turut meliputi pembinaan jambatan baru menggantikan Tambak Johor tetapi dibatalkan pada 2006.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Johor, Khalid Mohamad yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru pula berkata, Bangunan Sultan Iskandar tidak dapat berfungsi secara optimum tanpa pembinaan jambatan baru menggantikan Tambak Johor.
Katanya, pembinaan jambatan baru itu juga dapat membawa industri pelancongan di Johor Bahru dan Johor ke suatu tahap yang baru, dengan Pantai Lido dibangunkan sebagai pusat pelancongan antarabangsa.
“Pantai Lido dapat dibangunkan sebagai pusat kapal layar mewah yang terulung di rantau ini, memberikan peluang kepada pemain-pemain industri pelancongan di Johor,” katanya. - Bernama

Pantun martune - malas sembahyang
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...
Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang....
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...
Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?
Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....
Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
Halang!!!

SPRM-pembangkang sokong bersyarat
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 (SPRM) akan mendapat sokongan penuh daripada kerajaan dan pembangkang dengan syarat perubahan dan penyesuaian penting dilakukan terhadap beberapa peruntukan dalam akta itu.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, walaupun beliau tidak menganggap penubuhan akta baru ini akan menyelesaikan masalah rasuah yang berleluasa dalam negara ini, namun beliau memberikan sokongan bersyarat itu.
Katanya, pengenalan undang-undang itu terlalu sukar kerana melalui pengalamannya terlibat dengan penggubalan Akta Pencegahan Rasuah 1997, beberapa peruntukan gagal diperkenalkan kerana mendapat halangan daripada beberapa pemimpin.Saya lebih mirip untuk mendokong banyak peruntukan ini kerana secara kebetulan, saya terlibat secara langsung mengawasi dan membentang Akta Pencegahan Rasuah pada tahun 1997 yang begitu sukar dan kontroversi keran tidak mendapat cukup sokongan dari rakan-rakan pada ketika itu," katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang SPRM 2008 di Dewan Rakyat hari ini.-mstar

Jet India ceroboh pakistan
ISLAMABAD 14 Dis. - Pakistan mendakwa jet-jet pejuang India "dengan tidak sengaja" mencerobohi ruang udaranya semalam, ketika hubungan antara kedua-dua negara bersenjata nuklear itu tegang berikutan serangan militan di Mumbai.
Islamabad berkata, pihaknya telah mengesahkan insiden itu.
Islamabad mendakwa tentera India mengakui telah memasuki ruang udara Pakistan secara tidak sengaja.
''Kami telah menghubungi tentera udara India dan mereka mengakui pencerobohan itu tidak disengajakan.
"Kami tidak mahu memburukkan lagi keadaan," kata Menteri Penerangan, Sherry Rehman.
Pihak berkuasa India, bagaimanapun menafikan pesawatnya telah menceroboh ruang udara Pakistan.
"Tidak berlaku sebarang pencerobohan ruang udara seperti yang didakwa," kata jurucakap Tentera Udara India, Komander Udara Mahesh Upasani.
Tentera udara Pakistan mendakwa jet-jet pejuang India memasuki ruang udaranya di wilayah Kashmir dan bandar Lahore semalam dan diusir keluar oleh pasukan pertahanan udara Pakistan.
Dua lokasi tersebut merupakan kubu kuat puak militan yang dituduh oleh India mendalangi serangan di Mumbai.
Insiden tersebut berlaku semasa lawatan Perdana Menteri Britain, Gordon Brown ke India dalam usaha terbaru kuasa besar dunia untuk meredakan ketegangan antara New Delhi dengan Islamabad.-AFP

Terengganu tuntut royalti Rm 1.5b
KUALA TERENGGANU 14 Dis. - Kerajaan Terengganu akan berusaha menuntut semula wang royalti minyak sebanyak RM1.5 bilion yang digunakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk pelaksanaan beberapa projek pembangunan di negeri lain.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said (gambar) berkata, pihaknya akan berbuat demikian kerana wang berkenaan adalah milik kerajaan negeri.
Menurutnya, jumlah itu adalah baki daripada keseluruhan RM6.218 bilion yang akan diperoleh kerajaan negeri hasil royalti yang sepatutnya diterima antara tahun 2000 hingga 2008.
''Tuntutan akan dibuat selepas kerajaan negeri memperoleh maklumat penuh mengenai perbelanjaan yang digunakan oleh Kerajaan Persekutuan hasil royalti minyak Terengganu," katanya menjawab soalan bertulis Mohd. Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam) pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Menurut Ahmad, daripada jumlah RM1.5 bilion itu sebanyak RM800 juta difahamkan digunakan oleh sebuah kerajaan negeri dan bakinya turut digunakan sebuah syarikat milik Kerajaan Pusat.
Mengenai isu pembayaran cukai taksiran tahunan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada Majlis Daerah Hulu Terengganu yang dibangkitkan oleh Mohd. Zawawi Ismail (BN-Kuala Berang), Ahmad berkata, kerajaan negeri akan berusaha menuntut semula baki tertunggak jika ia belum dijelaskan.
Menurutnya, segala usaha akan dibuat bagi memastikan baki yang belum dibayar akan dijelaskan.

Banjir - tanah rendah di Pahang dan Johor
KUALA LUMPUR 14 Dis. - Jabatan Meteorologi hari ini memberi amaran tentang kemungkinan banjir di kawasan tebing sungai dan tanah rendah di beberapa daerah di Johor dan Pahang ekoran hujan lebat
Dalam kenyataan akhbar di sini hari ini, jabatan itu berkata, hujan sederhana kadang kala lebat dari semasa ke semasa yang turun di Johor dan Pahang dijangka berterusan sehingga Selasa ini.
Menurutnya, daerah-daerah di Johor yang terlibat ialah Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kluang dan Segamat manakala di Pahang pula ialah di Rompin, Bera dan Pekan.
Hujan sederhana kadang kala lebat juga dijangka turun di Terengganu iaitu di daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman manakala Pahang yang melibatkan Maran, Jerantut dan Kuantan dijangka berterusan sehingga Selasa ini.
''Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan tanah rendah dan tebing-tebing sungai,''

Amaran Empangan pecah
KUALA LUMPUR 14 Dis. – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) memberi amaran tiga empangan air utama di Lembah Klang mungkin pecah dalam jangka masa panjang jika kerja-kerja pembangunan di sekelilingnya tidak dihentikan segera.
Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Rozali Ismail berkata, tiga empangan yang terlibat ialah Empangan Langat, Empangan Semenyih dan Empangan Klang Gates.
Syabas mengesan beberapa kes pencerobohan di kawasan ‘sensitif’ di sekitar empangan tersebut.
Kalau kerja-kerja pembukaan tanah atau penerokaan hutan dibiarkan berlaku di kawasan tadahan air yang terletak berhampiran dengan empangan, kemungkinan ia pecah akan wujud.
Kawasan tadahan air itu sepatutnya diberikan perhatian oleh pihak berkenaan dan dibaik pulih sejak dari dulu lagi.
Kemungkinan tiga empangan tersebut pecah adalah tidak mustahil seperti insiden tanah runtuh
di Bukit Antarabangsa yang berlaku tanpa diduga.
Empangan turut dicemari
Tiga empangan utama itu turut dicemari oleh sisa-sisa toksik industri dan kesan pembangunan kawasan yang tidak terkawal sehingga menjejaskan kualiti airnya.
Perkembangan itu membimbangkan kerana tiga empangan tersebut merupakan pembekal air utama bagi Lembah Kelang.
Jika langkah-langkah pengawalan tidak dibuat, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bakal menghadapi krisis kekurangan air bersih dan berkualiti pada penghujung tahun depan.-Utusan

Datuk Bandar KL yang baru
Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ahmad Fuad Ismail, diumumkan sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baru. Perlantikan beliau diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan petang Jumaat. Beliau menggantikan Datuk Ab. Hakim Borhan yang tamatnya kontraknya bulan ini. Ab. Borhan dilantik ke jawatan itu pada 14 Disember 2006
Baharui permit Bas teksi setahun sekali
Syarikat pengeluar bas dan teksi mungkin terpaksa memperbaharui permit setahun sekali mulai tahun depan sebagai salah satu langkah mengurangkan kadar kemalangan.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, berkata, kementeriannya sudahpun memaklumkan cadangan itu kepada persatuan-persatuan bas dan teksi dan sedang menunggu cadangan serta maklum balas daripada mereka.
Menurutnya cadangan itu dibuat berikutan akhir-akhir ini banyak kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu yang mempunyai rekod kesalahan trafik terkumpul yang banyak.
"Pada ketika ini, syarat sah laku permit bas ialah lima tahun sekali, sementara teksi, tiga tahun sekali. Tempoh itu terlalu panjang dan menyukarkan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) membuat pemantauan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Gerak Usahawan Majlis Pembangunan Usahawan Parlimen (MPUP) Cheras.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kementeriannya akan memohon kepada Kementerian Pengangkutan untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan sistem R66 ECE (Economic Commission of Europe guidelines) kepada semua kenderaan komersil kepada tahun hadapan.
"Penukaran sistem itu jika dibuat mendadak akan menyukarkan pengusaha-pengusaha bas kerana kos sebuah bas dianggarkan antara RM300,000 hingga RM400,000.
"Kita harus memberi peluang kepada syarikat pengusaha bas yang sedia ada dengan membenarkan mereka menggunakan bas yang sedia ada sehingga tempoh had umur bas itu tamat, iaitu 10 tahun. Mungkin syarat ini boleh dikenakan dahulu kepada bagi bas yang sudah melampaui tempoh itu," katanya.
Awal bulan lalu, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan mengumumkan, jabatannya mengesan lebih 90 peratus daripada 8,000 bas ekspres di negara ini yang gagal mematuhi tahap piawaian keselamatan penumpang yang ditetapkan kerajaan.
Menurutnya kajian Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati masih banyak syarikat bas ekspres tempatan belum menukar badan bas mengikut piawaian R66 ECE yang diwajibkan kerajaan sejak 2007.
Ogos lalu, kabinet telah memutuskan supaya semua kenderaan komersial, terutamanya bas, dibina mengikut garis panduan R66. Sistem tersebut, yang berkisar pembinaan struktur bumbung kenderaan komersial, boleh mengurangkan kenderaan bergolek kerana struktur bumbung mengikut spesifikasi yang termaktub dalam peraturan tersebut.-

Etika Hakim 2008 di bentang
Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008 yang bertujuan untuk membolehkan Jawatankuasa Etika Hakim ditubuhkan bagi bertindak terhadap hakim yang melanggar Kod Etika Hakim 2008 dibentang di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama hari ini.
Rang undang-undang itu, yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, menetapkan bahawa mana-mana hakim yang melakukan pelanggaran itu boleh dirujuk ke jawatankuasa berkenaan jika Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan berpendapat bahawa pelanggaran itu tidak mewajarkan hakim itu dirujuk kepada suatu tribunal yang dilantik di bawah Fasal (4) Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan.
Jawatankuasa berkenaan mempunyai bidang kuasa dalam perkara yang berhubungan dengan tatakelakuan dan tatatertib semua hakim selain pemecatan seseorang hakim daripada jawatannya di bawah Fasal (3) Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan.
Hakim merujuk kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan termasuk Pesuruhjaya Kehakiman.
Jawatankuasa berkenaan akan dikendalikan oleh Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan sebagai pengerusi manakala keanggotaannya hendaklah dalam bilangan ganjil serta terdiri daripada individu yang memegang jawatan atau yang pernah memegang jawatan sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan atau Hakim Mahkamah Tinggi sebagai mana yang difikirkan patut oleh Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan untuk dilantik.

Friday, December 12, 2008
Apa response Kerajaan?
Isu mengajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris masih belum menampakkan noktahnya. Terlalu ramai yang mempolemikkan yang akhirnya menjadikan kanak-kanak di sekolah sebagai mangsanya.
Terbaru, Persatuan Guru Guru Sekolah Cina Dong Jiao Zong memberikan kata dua kepada kerajaan. Mereka akan melancarkan protes jika dua matapelajaran tersebut terus diajar di dalam Bahasa Inggeris.
Jika selama ini persatuan-persatuan Melayu yang melahirkan bantahan tetapi tidak mendapat respon dari kerajaan, maka tunggulah apa yang akan diputuskan oleh Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein setelah adanya desakan dari persatuan-persatuan Cina.
Menurut Dong Jiao Zong, polisi sekarang merupakan satu ancaman kepada sistem pendidikan Cina.
Saya begitu hairan dan terkejut kerana sistem ini dilaksanakan tanpa perancangan yang baik. Guru-guru yang ditugaskan untuk mengajar masih kurang mendalami bahasa Inggeris sebagai bahasa mengajar.
Begitu juga, majoriti pelajar melahirkan kurang keyakinan berkomunikasi dan menjawab dalam bahasa tersebut.
Hanya kerana permintaan dan desakan dari sekerat dua pemimpin politik yang mahukan matapelajaran tersebut diajar didalam bahasa Inggeris, maka kerajaan Barisan Nasional masih bermati-matian mempertahankan dasar itu.
Bagi saya, jika mahu juga bahasa tersebut, eloklah diwujudkan semula sekolah dua aliran seperti sebelum tahun 1970. Sudah tentu keberkesanannya akan lebih bermutu.
Jika tidak, tunggulah keputusan kerajaan Malaysia. Setelah adanya desakan dari persatuan-persatuan dan parti politik bukan Melayu, sudah tentu akan ada perubahan.
Kerajaan sekarang yang Umno menjadi tulang belakangnya, menganggap persatuan-persatuan Melayu dan desakan mereka sebagai 'daun kering yang ditiup angin' sahaja.

Kes Microchip selesai
12 Disember, 2008 14:30 PM
Kes Kecurian Mikrocip Bernilai RM48 Juta Dari Kompleks Kargo Udara Selesai
PULAU PINANG, 12 Dis (Bernama) -- Kes kecurian mikrocip milik sebuah syarikat multinasional yang dilarikan dari sebuah gudang di Kompleks Kargo Udara di Batu Maung dua tahun lepas, telahpun diselesaikan dengan lapan lelaki dikenakan tindakan mengikut Ordinan Darurat.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Salleh Mat Rasid berkata polis berjaya menahan lapan lelaki tempatan yang mengakui terlibat dalam kecurian itu tetapi tidak mempunyai bukti yang mencukupi untuk mendakwa mereka di mahkamah.
Sehubungan itu, polis menggunakan Ordinan Darurat untuk menahan mereka selama dua tahun di Simpang Renggam sebagai tindakan pencegahan, katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di sini.
Sidang akhbar itu diadakan selepas Lim mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk industri dan polis bagi mencari kaedah menghadapi kesan ekonomi yang tidak menentu pada tahun depan.
Bagaimanapun, Salleh berkata semua mikrocip bernilai RM48 juta milik Intel itu tidak dapat ditemui semula kerana dipercayai telah dibawa ke luar negara.
"Kes itu telah diselesaikan tetapi tidak diumumkan kepada awam. Bagaimanapun siasatan kes ini tidak ditutup. Kita akan meningkatkan kerjasama dengan pihak industri dari semasa ke semasa bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang," katanya.
Salleh berkata 30 orang telah ditahan untuk membantu siasatan polis berhubung kes itu tetapi hanya lapan sahaja yang dikenakan tindakan kerana yang lain didapati tidak terlibat.
Dalam rompakan kira-kira pukul 2 pagi, 20 Nov 2006, sekumpulan 20 lelaki termasuk empat yang berpakaian seragam Rela menyerang dan memukul 17 pekerja Kompleks Kargo Udara dan melarikan mikrocip menggunakan dua buah lori kontena.

Thursday, December 11, 2008
Najib umum calun sabtu ini
11 Dec 2008 12:25AM
KETUA Umno Bahagian Kuala Terengganu, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, senarai nama calon Barisan Nasional (BN) sudah lengkap untuk diserahkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan Negeri untuk dimuktamadkan.
Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan bakal calon ketika mengadakan lawatan ke sini Sabtu ini.
Badan Perhubungan Umno negeri akan bermesyuarat malam esok untuk membincangkan senarai calon yang difikirkan layak untuk bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, sebelum dikemukakan kepada pucuk pimpinan parti.
"Senarai nama calon sudah ada dan saya akan kemukakan kepada Pengerusi Perhubungan Umno Negeri (Datuk Seri Ahmad Said) dalam masa terdekat," katanya kepada mStar Online hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai nama calon yang telah dikemukakan itu.
"Saya tidak boleh dedahkan nama-nama itu sekarang kerana ia belum dikemukakan kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri lagi. Saya tidak mahu membelakangkan beliau," ujarnya ringkas.

Letak jawatan atau keluar BN
Kayveas, letak jawatan atau keluar BN - Nasihat bekas Presiden
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN
PETALING JAYA: Penasihat Parti Progresif Penduduk (PPP), S.I. Rajah berkata, Presiden parti itu, Datuk M. Kayveas mempunyai dua pilihan yang boleh diambil oleh beliau ekoran kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kelmarin.
"Pertama beliau (Kayveas) boleh meletakkan jawatan sebagai Presiden parti atau membawa parti itu keluar BN," kata beliau dalam kenyataan kepada mStar Online hari ini.
Bagaimanapun beberapa jam selepas Rajah mengeluarkan kenyataan itu, Naib Presiden PPP, Datuk Maglin D. Cruz membidas bekas Presiden tersebut tiada hak untuk mengeluarkan kenyataan seumpama itu.
Katanya, Rajah bukan lagi anggota PPP.
"Siapa beliau untuk meminta Presiden PPP (Kayveas) meletakkan jawatan," kata beliau kepada The Star katanya.
Rajah yang juga bekas presiden parti secara peribadi berpendapat selaku Presiden parti, Kayveas sepatutnya mendapatkan konsensus dan sokongan dengan mengadakan referendum di kalangan ahli peringkat akar umbi, tetapi beliau tidak berbuat demikian.
Tambah Rajah, sebagai Penasihat parti itu beliau telah bertemu dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Setiausaha Agung BN pagi tadi di Parlimen.
Dalam perbincangan tersebut, beliau telah memberi jaminan PPP tidak akan meninggalkan BN.
Semalam, Abdullah yang juga Perdana Menteri berkata, PPP bebas membuat pilihan untuk keluar BN.
"Jika itu pilihan mereka, apa yang kami boleh buat?" katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN.
Tegas Abdullah, kerajaan tiada perancangan untuk meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).-mStar

Kian Ramai penanggur tahun Depan
Kadar pengangguran tahun depan mungkin meningkat kepada 4.5 peratus berbanding kira-kira 3.5 peratus tahun ini akibat kelembapan ekonomi dunia sekarang, demikian analisis Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).
Pengarah eksekutifnya Dr Mohamed Ariff Abdul Kareem berkata, dalam suku ketiga tahun ini, rakyat Malaysia yang menganggur berjumlah 12,000 orang.
"Bilangan penganggur semakin meningkat. Kita perlu mengawasinya dengan teliti," katanya dalam ucaptamanya pada majlis dialog dengan Profesor Robert Engle, yang memenangi Hadiah Nobel bagi ekonomi pada 2003.
Menurut Bernama, Mohamed Ariff berkata kadar 4.5 peratus dianggap tinggi bagi Malaysia.
"Tinggi sebab kita biasa dengan kadar 2.2 dan 2.5 peratus tetapi jika
dibandingkan dengan Eropah, Jepun dan Amerika Utara, 4.5 peratus amat rendah," katanya.
Mohamed Ariff berkata industri pembuatan dijangka paling teruk terjejas oleh kelembapan ekonomi ini.
"Kita rasa sektor elektrik dan elektronik khususnya, amat mudah terjejas.
"Barangkali sokongan utama bagi ekonomi adalah daripada sektor
perkhidmatan. Ia bakal menjadi jentera pertumbuhan, dan membantu kita mengelakkan kemelesetan sebenar tahun depan," beliau dipetik berkata.
Menurut Mohamed Ariff lagi, Malaysia berdepan kemungkinan 40 peratus terjerumus dalam kancah kemelesetan teknikal tahun depan dan 30 peratus kemungkinan dilanda kemelesetan sebenar.
"Tetapi ini di bawah 50 peratus. Ia sekarang bergantung kepada apa yang dilakukan oleh kerajaan," katanya, sambil menambah bahawa lebih banyak langkah harus diambil untuk mengharungi krisis kewangan sekarang.
Pada majlis dialog itu, Engle berkata Malaysia mungkin menghadapi tempoh yang sukar seperti juga ekonomi-ekonomi lain di Asia, lapor agensi berita itu lagi.
"Kita harap China akan dapat bertahan. Jika China juga bergelut (dengan krisis ekonomi semasa), ekonomi-ekonomi lain di Asia turut akan berdepan dengan tempoh yang sukar," tegasnya.-Malaysiakini

Duta kagum kepimpinan TG Nik Aziz
KOTA BHARU, 11 Dis (Hrkh) -Presiden Kesatuan Eropah,Marc Barety melahirkan rasa kagum di atas corak pentadbiran yang diamalkan oleh pimpinan Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz di negeri Kelantan.
Beliau berkata demikian, ketika mengetuai seramai 14 peserta lawatan sambil belajar terdiri daripada Duta dan wakil kesatuan Eropah (EU) yang berkunjung ke negeri Kelantan baru-baru ini.
Delegasi tersebut terdiri dari negara Perancis, Republik Chech,Poland, Hungary,Slovakia, Austria, Sweden, United Kingdom,Belgium, Romania,Italy,Denmark dan Findland .
Rombongan deligasi tersebut telah disambut oleh Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kompleks Kerajaan Darulnaim.

Minyak turun lagi?
Trend penurunan harga minyak dunia yang berterusan memberikan harapan untuk menikmati harga runcit petrol dan diesel di negara ini diturunkan sedikit lagi. Perkara ini dibayangkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, hari Selasa. Katanya, dengan penurunan harga minyak yang berterusan ini, rakyat diharapkan dapat menggunakan lebihan wang untuk berbelanja dengan berhemat dan pada masa yang sama boleh menyumbang kepada ekonomi negara.
5 tahanan ISA -bebas
Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hami Albar hari ini memaklumkan lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibebaskan pada 4 Disember 2008. Menurut beliau, daripada lima bekas tahanan itu, dua adalah warganegara Thailand dan tiga rakyat Malaysia yang terlibat dengan perisikan asing serta Jamaahtul Islamiah (JI). Dua rakyat asing itu ialah Mohd Faisal dan Ambalan. Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan sebab-sebab penahanan dua warga Thailand itu yang sudah pun dihantar pulang ke Thailand selepas dibebaskan. -Agendadaily
Bukan tinggal legasi- tapi tunai janji
Bukan nak tinggal legasi tapi tunai janji - PM
Janji Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk melakukan reformasi serta menambahbaik dua institusi penting negara dalam soal pencegahan rasuah serta institusi kehakiman, hari Rabu diterjemahkan apabila beliau membentangkan kedua-dua akta tersebut di Dewan Rakyat. Dua akta tersebut ialah Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman 2008. Pembentangan tersebut, adalah sesuai dengan janji Perdana Menteri melakukan reformasi banteras rasuah dan menambahbaik institusi kehakiman sebelum beliau melepaskan jawatannya Mac depan. -Agendadaily

Renungan-Kata hikmah
"Universiti dan negara tidak sewajarnya berbangga dengan kelahiran ramai graduan berijazah tinggi sekiranya pemikiran para graduan terkurung dalam sangkar ilmu yang sempit dan tidak berupaya menerokai kehidupan insan dan kehidupan alam yang lebih menyeluruh."
-- Pro Canselor Universiti Malaya, Raja Dr Nazrin Shah

Wednesday, December 10, 2008
Bukan kecuaian manusia?
Rabu Disember 10, 2008
Kecuaian manusia bukan punca tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa
Polis: Operasi SAR diteruskan pagi kesan mangsa kelima yang hilang
Oleh ARIFUDDIN ISHAK dan ZANARIAH ABD. MUTALIB
TERUS MENCARI... Jengkaut digunakan bagi memudahkan operasi mencari dan menyelamat pembantu rumah kepada doktor haiwan Dr. N. Yogeswari yang dikatakan tertimbus di kawasan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang hari ini. Hari ini masuk hari ketiga operasi mencari dan menyelamat pembantu rumah warga Sri Lanka itu dilakukan oleh pasukan bomba dan penyelamat, tentera dan pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia selepas dia dilaporkan tidak dapat dikesan sejak kejadian tanah runtuh itu berlaku. -BERNAMA

Tuesday, December 9, 2008
Lontar Jamrat
MEKAH - Beratus-ratus ribu jemaah haji berkumpul di sebuah lembah berhampiran bandar Mina bagi melakukan ibadat melontar sebagai tanda merejam syaitan semalam.
Tiada sebarang insiden serius dilaporkan walaupun jumlah jemaah haji pada tahun ini mencatat rekod baru apabila melebihi dua juta orang.
Sejumlah besar anggota keselamatan dikerahkan memantau jemaah ketika mereka berkumpul untuk melontar jamrah selepas menyambut Aidiladha.
Pihak berkuasa turut membina jambatan di tempat jemaah haji melontar dalam usaha mengelakkan tragedi rempuhan yang menyebabkan 264 orang meninggal dunia pada tahun 2006.
Sebanyak 251 orang terbunuh pada dua tahun sebelumnya manakala 1,426 lagi pada 1990.
Kementerian Dalam Negeri mengerahkan sejumlah 100,000 petugas bagi mengawal ketenteraman dan memastikan keselamatan jemaah pada musim haji kali ini.
Dalam satu kenyataan kementerian berkenaan pada Sabtu lepas, hampir 1.73 juta jemaah sudah memasuki Arab Saudi.
Mereka menyertai beratus-ratus ribu warga Arab Saudi dan penduduk lain untuk bersama-sama mengerjakan ibadat haji pada tahun ini. - AFP

Suspek serangan Mumbai ditangkap
ISLAMABAD - Pakistan menangkap seorang komander kanan sebuah kumpulan yang didakwa terlibat dalam serangan di Mumbai, kata beberapa pegawai semalam.
Komander itu, Zaki-ur-Rehman Lakhvi (gambar) yang menurut laporan media India sebagai perancang utama serangan itu pada 26 November lalu dengan menyebabkan hampir 200 orang terbunuh.
Dia ditangkap bersama 14 orang lagi dalam satu serbuan di sebuah kem di wilayah Kashmir.
Serbuan itu dilakukan lewat kelmarin di sebuah kompleks yang dikendalikan oleh sebuah pertubuhan kebajikan, Jamaat-ud-Dawa.
Pertubuhan kebajikan itu dilihat sebagai sayap politik pertubuhan Lashkar-e-Taiba yang beroperasi di luar Muzaffarabad.
"Kelmarin, pasukan keselamatan menyerbu sebuah kem yang dibina oleh Jamaat-ud-Dawa. Sebanyak 15 orang ditangkap," kata seorang pegawai keselamatan.
Lashkar-e-Taiba ditubuh bagi memerangi pemerintahan India di Kashmir dan pernah dikaitkan dengan pihak perisikan Pakistan serta Al-Qaeda.
Kumpulan itu juga berada dalam senarai pertubuhan pengganas yang dipantau oleh Amerika Syarikat. - AFP

Kechoh tawan lapangan terbang Stansted
LONDON - Seramai 50 aktivis alam sekitar menyusup masuk ke kawasan landasan Lapangan Terbang Stansted dekat London, Britain dengan menyebabkan berpuluh-puluh penerbangan terpaks ditangguhkan, lapor sebuah akhbar semalam.
Aktivis daripada kumpulan Plane Stupid itu memotong pagar lapangan terbang pada pukul 3.15 pagi waktu tempatan sebelum mengikat diri mereka beberapa meter dari landasan.
Kejadian itu menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menutup lapangan terbang mengakibatkan berpuluh-puluh ribu penumpang terkandas.
Insiden yang memalukan pihak berkuasa lapangan terbang itu juga dianggap sebagai kejadian pertama kumpulan penunjuk perasaan berjaya menyusup masuk ke sebuah lapangan terbang utama Britain.
Kumpulan tersebut menceroboh lapangan terbang itu bagi membantah rancangan membina satu landasan baru yang dipersetujui kerajaan pada bulan lalu.

Al Quran sumber perundangan utama
Lim Guan Eng kata Al-Quran sumber perundangan utama
Al-Quran penting sebagai sumber perundangan utama dan mampu melahirkan masyarakat madani yang berakhlak tinggi, berintergriti yang bersesuaian dengan prinsip ‘Amar Ma’ruf, Nahi Mungkar’ dan Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).
Demikian antara ucapan yang disampaikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam majlis penghargaan kepada 102 orang penghafal dan pengajar Al-Quran yang memberi khidmat di negeri itu baru-baru ini.
Kerajaan Pulau Pinang dalam majlis tersebut memberikan sumbangan Rm300.00 seorang dan sijil penghargaan kepada 102 orang penghafal dan pengajar Al-Quran yang memberi khidmat di negeri itu baru-baru ini.-Dipetik dari Sabahdaily

Batu Pahat dan Kluang banjir?
JOHOR BAHARU, 8 Dis (Bernama) -- Seramai 222 penduduk di Kluang dan Batu Pahat dipindahkan ke tujuh buah pusat pemindahan di kedua-dua daerah berkenaan malam ini selepas rumah mereka dinaiki air berikutan hujan tanpa henti sejak pagi semalam.
Jurucakap Bahagian Keselamatan Negara (BKN) Johor berkata 193 daripada mereka adalah penduduk di enam buah kampung di Kluang, manakala selebihnya dari tiga buah kampung di Batu Pahat.
Kampung-kampung di Kluang yang dinaiki air adalah Kampung Muhibbah, Kampung Rahman Dalam, Batu Enam Sri Lalang, Kampung Bentong Dalam, Kampung Mengkibol dan Kampung Sri Lukut, Kahang.
Tiga kampung di Batu Pahat pula adalah Kampung Batu 7, Parit Yusof dan Peladang, kesemuanya di dalam kawasan Tongkang Pecah.
Katanya semua mangsa banjir di Kluang itu kini ditempatkan di empat buah pusat pemindahan yang dibuka, manakala mangsa-mangsa banjir di Batu Pahat pula ditempatkan di tiga buah pusat pemindahan.
-- BERNAMA

Saturday, December 6, 2008
SPA d penjara kajang
Penjara Kajang tawar khidmat spa, salun
Dengan pakej serendah RM85, Penjara Kajang kini menawarkan khidmat spa dan salun kecantikan khusus untuk wanita yang dikendalikan sepenuhnya banduan wanita.
Dengan perasmiannya semalam, Kompleks Penjara Wanita Kajang mencatat sejarah tersendiri sebagai penjara wanita pertama di negara ini menawarkan perkhidmatan spa dan salun.
Buat permulaan, enam pakej spa ditawarkan dengan harga serendah RM85 hingga maksimum RM165, membabitkan khidmat lulur, rawatan wajah, sauna, urutan badan, mandi susu dan rawatan resdung...

4 terbunuh d Bukit Antarabangsa
4 terbunuh tanah runtuh di Bukit Antarabangsa
Dec 6, 08 8:13am
Empat terkorban manakala lebih daripada lapan orang dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh jam 4 pagi tadi yang menyebabkan 14 banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa dekat ibunegara, tertimbus.
Empat mayat yang ditemui melibatkan tiga wanita dan seorang lelaki, demikian menurut jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) yang berada di tempat kejadian.
Kira-kira 15 orang pula dilaporkan cedera dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan, lapor Bernama.
Banglo yang tertimbus itu melibatkan lapan unit banglo di Taman Bukit Utama dan enam unit di Taman Bukit Mewah, demikian menurut jurucakap bomba dan penyelamat yang berada di tempat kejadian.
Salah sebuah banglo terlibat ialah milik Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.
Kejadian tanah runtuh itu telah mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratus orang terperangkap di Bukit Antarabangsa.
Pihak tentera, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Bomba dan Penyelamat dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kini sedang giat menjalankan kerja menyelamat.
Opersi mencari dan menyelamat mangsa di tempat kejadian, diketuai oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.
Mangsa insiden termasuk yang mengalami kecederaan menerima rawatan di Surau Addinniah sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan susulan dengan tidak kurang daripada 12 ambulans.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa Azmin Ali yang kini melawat tempat kejadian berkata pergerakan tanah masih berlaku dan bekalan elektrik di beberapa kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa terputus.

Friday, December 5, 2008
Dadah di musnah
Polis Temerloh musnahkan dadah bernilai lebih RM200 ribu
TEMERLOH: Polis Temerloh hari ini memusnahkan lebih 450 pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM244,100 di pusat pelupusan sampah Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), di sini.
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Ahmad Fadzillah Mohamed berkata, kesemua dadah yang dibakar itu adalah bagi kes yang telah diselesaikan di mahkamah dalam tempoh 2000 hingga 2007.
Katanya, dadah tersebut terdiri daripada pelbagai jenis pil khayal, syabu, heroin, ganja, daun ketum dan ubat batuk.
"Dadah yang paling banyak dimusnahkan ialah pil khayal yang bernilai RM174,180 dan syabu RM27,000," kata Ahmad Fadzillah kepada pemberita. BERNAMA

Thursday, December 4, 2008
Klip vedio Lingam,di siasat?
Khamis Disember 4, 2008
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara telah mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan polis menjalankan siasatan terhadap hasil laporan Suruhanjaya Diraja mengenai klip video V.K Lingam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.
Nazri berkata BPR sudah menjalankan siasatan lanjut terhadap beberapa individu seperti disyorkan suruhanjaya itu daripada aspek kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
"Siasatan BPR tertumpu kepada dua perkara iaitu percutian Tun Eusoff Chin (bekas Ketua Hakim Negara ketika itu) di New Zealand bersama V.K Lingam (peguam)dan perkara berhubung pelantikan hakim.
"Siasatan mengenai percutian itu sudah selesai dan kertas siasatan sudah dihantar ke Jabatan Peguam Negara untuk kajian dan keputusan," katanya dalam jawapan bertulis kepada Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju).
Wee ingin tahu sehingga 17 Ogos lalu, apakah tindakan yang sudah diambil oleh Pejabat Peguam Negara dan BPR terhadap cadangan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai klip video V.K Lingam.
Beliau berkata BPR telah selesai menjalankan siasatan berhubung pelantikan hakim dan kertas siasatan itu sedang diteliti oleh Peguam Kanan Persekutuan BPR. BERNAMA

Pillianraya 17 Januari?
Pilihanraya kecil Kuala Terengganu 17 Januari ?
Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dijangka akan diadakan pada 17 Januari 2009. Manakala penamaan calon pula pada 6 Januari 2009. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat bagi menetapkan tarikh penamaan dan hari pengundian hari Jumaat - 4/12/2008

Wednesday, December 3, 2008
Projek CAR kenyataan Khir Toyo mengelirukan
Saidah Hairan
Wed | Dec 03, 08 | 5:52:38 pm MYT
SHAH ALAM, 3 Dis (Hrkh) - Menteri Besar, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim menyelar sikap Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo yang menyalahkan kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat terhadap masalah projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) di Kampung Sungai Terentang, Rawang.
Beliau menegaskan masalah Kampung Sungai Terentang itu bukan perkara baru dan ia boleh diselesaikan lebih awal jika kerajaan Umno-BN di bawah pimpinan Khir Toyo dulu mempunyai pentadbiran yang efisien dan profesional.
"Saya sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah melarang projek CAR oleh TNB daripada diteruskan," tegasnya dalam sidang media, selepas mesyuarat exco jam 2 petang, di tingkat 20 Shah Alam.
Menurut beliau, dakwaan Khir Toyo yang menyalahkan kerajaan negeri kerana melewatkan projek CAR adalah tidak benar sekali dan lebih dikesali kenyataan beliau mengandungi fakta yang salah dan mengelirukan.
Perlu dijelaskan katanya, usaha pengambilan tanah yang melibatkan jaluran asal sepertimana yang dipohon oleh TNB sudahpun dilakukan dan diwartakan oleh kerajaan Negeri.
Tambahan pula tegas beliau keputusan mahkamah mengenai permohonan TNB untuk memasuki tanah yang terlibat juga sudah diputuskan.
"Sekarang TNB dan kerajaan Pusat hanya perlu membuat rundingan dengan penduduk kampung Sungai Terentang bagi meneruskan projek tersebut, tegasnya.

WUKUF DI ARAFAH
WUKUF DI ARAFAH 7 DISEMBER
Tarikh Wukuf di padang Arafah di tetapkan pada hari Ahad 7 Disember dan Aidiladha di tanah suci disambut pada Isnin 8 Disember.
Pengumuman tarikh Wukuf dan Aidiladha itu dibuat Majlis Tertinggi Kehakiman Arab Saudi.
Akhbar harian Arab memetik laporan yang disiarkan menerusi Saudi Press Agency (SPA), bahawa Majlis itu dalam kenyataan berkata Sabtu (29 Nov) ialah 1 Zulhijjah, dan tiada hari ke 30 dalam Zulkaedah “kerana majlis tidak menerima sebarang laporan anak bulan kelihatan”.
Sementara itu, beratus ribu jemaah berkumpul di bandar suci ini, termasuk lebih 20,000 dari Malaysia yang turut disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Tiada angka rasmi diumum sehingga kini mengenai jumlah keseluruhan jemaah musim ini tetapi dianggar kirakira tiga juta jemaah akan berkumpul di padang Arafah yang luasnya 10.4 kilometer persegi, kira-kira 22 kilometer dari sini.
Ahmad Zahid yang melawat beberapa penempatan untuk jemaah Malaysia hari ini menasihatkan mereka supaya menjaga kesihatan agar mereka boleh mengerjakan wukuf dengan sempurna, yang merupakan kemuncak ibadat haji.
Pegawai Tabung Haji berkata agensi itu telah membuat persiapan untuk pergerakan secara berperingkat kirakira 26,000 jemaah Malaysia ke padang Arafah Sabtu ini dengan bas yang diatur oleh agensi haji Arab Saudi, Muassasah.- BERNAMA

Petrol turun 10 sen
Harga petrol, diesel turun 10 sen Dec 2, 08 5:17pm
Harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 10 sen seliter berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Berikutan itu, harga petrol RON97 dikurangkan dari RM2.00 seliter kepada RM1.90 seliter dan harga petrol RON92 pula dikurangkan dari RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.
Manakala diesel dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.
Penurunan harga minyak bagi kali keenam ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
Katanya, keputusan untuk menurunkan lagi harga minyak dibuat ekoran harga minyak dunia yang turun secara ketara akhir-akhir ini.
Perdana menteri berkata, kerajaan telah membuat keputusan untuk sekali lagi mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya.
Kali ini kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen seliter berbanding 15 sen sebelum ini.

Zaid dipecat,Kapten Zahar digantung
KUALA LUMPUR: Berkuatkuasa serta merta, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dipecat daripada Umno ekoran beberapa tindakan beliau, termasuk menghadiri perhimpunan parti pembangkang.
Sementara itu, Ketua Umno bahagian Petaling Jaya Selatan Kapten (B) Zahar Hashim pula digantung keanggotaannya selama tiga tahun kerana membuat beberapa kenyataan mengkritik parti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini malam tadi, Abdullah yang juga Presiden Umno berkata tindakan yang dikenakan ke atas Zaid dibuat kerana Umno perlu konsisten dalam tindakannya dan memastikan tidak wujudnya pilih kasih dalam mengambil tindakan displin terhadap anggotanya yang didapati bersalah. -di petik Berita online

Tuesday, December 2, 2008
Satu sistem satu Bahasa
KUALA LUMPUR: Calon Ketua Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir mencadangkan supaya diwujudkan satu sistem pendidikan yang menggabungkan semua sekolah bagi mengelakkan polarisasi kaum di negara ini.
"Satu cara terbaik untuk menyatukanpadukan rakyat adalah di peringkat sekolah.
"Mungkin boleh dipertimbangkan satu sistem pendidikan di mana semua sekolah diserapkan di bawah satu sistem iaitu sistem pendidikan Malaysia yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai perantaraan kecuali bagi subjek Sains dan Matematik.
"Inilah cara terbaik merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan yang bermakna antara kaum," katanya di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Mukhriz berkata, sistem tersebut adalah berlainan dengan Sekolah Wawasan yang pernah dilaksanakan sebelum ini kerana sistem pendidikan Malaysia melibatkan konsep penggunaan satu bahasa oleh semua kaum.
"Di bawah sistem ini, bagi pelajar kaum Cina dan India, mereka mungkin diwajibkan mengambil subjek bahasa kaum masing-masing tetapi pelajar Melayu turut diberi pilihan untuk mempelajari kedua-dua bahasa tersebut.
"Kita turut galakkan bahawa anak-anak kita ini menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa. Dengan cara ini, semua pihak dapat meneruskan budaya masing-masing di bawah satu sistem kebangsaan," kata Ahli Parlimen Jerlun ini.
Itu antara petikan berita yang tersiar di mStar Online.

Minyak turun lagi, Msia apa macam?
Harga minyak menjunam bawah AS$48 setong
SINGAPURA: Harga minyak mencatatkan harga terendahnya dalam masa tiga tahun iaitu bawah AS$48 setong hari ini di pasaran Asia.
Ini berikutan keresahan mengenai kedudukan ekonomi Amerika Syarikat (AS) serta pasaran haram yang terus merosot sehingga membawa kesan terhadap permintaan minyak mentah.
Minyak 'Light, sweet crude' bagi penghantaran Januari turun AS$1.50 kepada AS$47.78 setong, terendah sejak 2005 dalam dagangan elektonik New York Mercantile Exchange pada sesi petang di Singapura. - Bernama

Skuad berani bogel?
Skuad M’sia- Berani bogel ?
Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) menubuhkan skuad berani bogel
bagi meneruskan hasrat untuk mengadakan demonstrasi tanpa seurat benang
setelah permohonan permitnya tidak dilayan polis.
Presidennya,Ramlan Abu Bakar berkata,anggota skuad itu nekad berbogel
di khalayak ramai di majlis-majlis yang dihadiri Menteri Besar Selangor,
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurutnya,ia akan dilakukan sekiranya tuntutan supaya kadar kenaikan sewa
kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) dikaji semula, tidak dipenuhi kerajaan negeri.
Beliau berkata, pihaknya memberi tempoh sehingga 12 Disember ini untuk Abdul Khalid memberi jawapan dan jika tiada maklum balas, demonstrasi itu akan diteruskan.
"Reformis pada 13 November lalu memberi tempoh sebulan kepada Menteri Besar untuk nyatakan bentuk tindakan yang akan dilakukan bagi mengatasi masalah sewa PPR di Selangor.
"Kalau tiada sebarang jawapan daripada Menteri Besar sendiri pada 12 Disember ini, kita akan isytihar perang bogel terhadapnya mulai tarikh itu," katanya ketika ditemui pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini hari ini.

Mahkamah bubar parti pemerintah
Mahkamah bubar parti pemerintah
02/12/2008 2:20pm
BANGKOK 2 Dis. – Parti Kuasa Rakyat (PPP) yang memerintah Thailand telah dibubarkan oleh Mahkamah Perlembagaan hari ini menyebabkan Perdana Menteri Somchai Wongsawat dan Kabinetnya yang menghadapi tekanan pembangkang hilang kelayakan.
Panel sembilan anggota itu juga melarang jawatankuasa kerja parti itu dari menjalankan aktiviti politik selama lima tahun.
Keputusan itu disiarkan secara langsung oleh televisyen dan radio Thai, dan hakim berkenaan akan juga mengumumkan keputusan mereka mengenai nasib dua dari lima parti dalam kerajaan gabungan, Chart Thai dan Matchimathipataya hari ini. – Bernama

PPP nak keluar BN?
Nazri: PPP tak perlu ugut...keluar saja dari BN
Lebih baik keluar sekarang… itu adalah kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz kepada Presiden Parti PPP, Datuk Kaveyas yang memberi kata dua bahawa parti itu akan keluar daripada gagasan Barisan Nasional (BN) sekiranya Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA) tidak dihapuskan sebelum pilihan raya umum ke-13 akan datang. Menurut Nazri, berdasarkan kenyataan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, kerajaan tidak berhasrat meminda atau memansuhkan ISA. “Oleh hal yang demikian tidak perlulah PPP menunggu hingga pilihanraya akan datang…kalau tak berhajat bersama BN lagi, maka lebih baik keluar sekarang,” katanya kepada Agendadaily di pejabatnya di Parlimen hari Isnin. - di petik dari Agendadaaily

Monday, December 1, 2008
Saguhati dari martkoosh
Hari minggu bersama keluarga
Di Sport center bermain bowling
Bersukaria ikut pertandingan
cuba nasib dari 44 group peserta
Main dengan penuh tektik
bukan pro maupun amatur
untuk dapatkan tempat tertentu
kan tak pernah berlatih
tempat ke12 saguhati
Syabas Saadiah wakil tunggal
pertama kali mengatasi koosh
Bang Mat, ajikata nun dibelakang
sekalung tahniah mart koosh berjaya
Adios.... cuba sekali lagi.....
Di Sport center bermain bowling
Bersukaria ikut pertandingan
cuba nasib dari 44 group peserta
Main dengan penuh tektik
bukan pro maupun amatur
untuk dapatkan tempat tertentu
kan tak pernah berlatih
tempat ke12 saguhati
Syabas Saadiah wakil tunggal
pertama kali mengatasi koosh
Bang Mat, ajikata nun dibelakang
sekalung tahniah mart koosh berjaya
Adios.... cuba sekali lagi.....
Banjir di kelantan
Mangsa banjir di Kelantan meningkat Dec 1, 08 12:43pm
Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,513 orang pagi ini berikutan hujan lebat malam tadi - meningkat 660 orang berbanding semalam.
Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Bencana Banjir Kelantan berkata 819 orang ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Pasir Mas, Tanah Merah (305), Kuala Krai (291), Jeli (95) dan Kota Bharu tiga orang.
Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu masih ditutup kepada kenderaan ringan, katanya ketika dihubungi Bernama.
Menurutnya, paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang melebihi paras bahaya mananaka tujuh lagi sungai utama di Kelantan berada pada tahap berjaga-jaga.
Sementara keadaan banjir di Terengganu semakin pulih, terutama di Hulu Terengganu di mana semua pusat pemindahan banjir di daerah itu ditutup hari ini.

Salah, minta jasa dibalas?
Salah bagi anggota-anggota PKR dan aktivis Gerakan Reformasi, yang menggelar diri mereka "reformis", meminta jasa mereka dibalas dengan alasan pernah berjuang sejak awal perjuangan parti itu 10 tahun lalu, kata timbalan presidennya Dr Syed Husin Ali.
"Kami sudah berjuang selama sepuluh tahun, mana balasannya, mana anugerahnya.
"Ini sikap yang salah," katanya sewaktu menggulung perbahasan di penghujung kongres nasional parti itu di Shah Alam petang tadi.
Menurutnya, rakyatlah yang harus dihargai kerana membantu menaikkan pemimpin-pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum lalu.
"Kita mestilah mengiktiraf, rakyat ramailah yang banyak berjuang. Balas budi kepada rakyat ramai.
"Jadi keutamaan balas budi kita ialah kepada rakyat ramai. Inilah namanya perjuangan," kata Dr Syed Husin.
Bekas ahli akademik itu, yang berdekad-dekad dalam aktivisme politik khususnya bersama Parti Rakyat Malaysia (PRM), mengkritik mereka yang menuntut budi dibalas jasa dengan menyifatkan mereka sebagai mengutamakan kepentingan diri dan tidak layak dipanggil pejuang rakyat.
Beliau bagaimanapun tidak menafikan sumbangan besar ahli PKR dan reformis sejak 1998 dan menjelaskan barisan pemimpin PKR akan memberi perhatian terhadapa nasib mereka.
"Saya yakin mereka akan menjalankan perkara yang sewajarnya dengan adil," tambahnya.
Mengulas "projek 16 September" untuk menukar kerajaan persekutuan, Dr Syed Husin berkata beliau cukup yakin dengan Anwar yang dikenali sejak di Universiti Malaya dan bersama-sama berada di kem tahanan Kamunting, Taiping pada awal 1970-an.
"Kita bukan cakap kosong," tambah ahli sosiologi itu. -

Friday, November 28, 2008
jail actress for adultery
South Korea seeks to jail actress for adultery
SEOUL (Reuters) – South Korean prosecutors on Wednesday demanded a popular actress who tried to overturn the country's law that criminalises adultery be thrown in jail for a year and a half for having an affair, local media reported.
South Korean enacted its adultery law more than 50 years ago to protect women who had few rights in the male-dominated society but critics say now it is a draconian measure no longer fit for a country with an advanced civil and family court system.
Actress Ok So-ri's case has created a sensation in South Korea after she admitted to an affair with a singer and called on the country's Constitutional Court to overturn the statute that can send a person to jail for up to two years for adultery.
"The accuser (her husband) wanted a severe sentence," prosecutors said in court as to why they are seeking 18 months in jail for Ok, Yonhap news agency reported. Prosecutors were not available for comment.

Thursday, November 27, 2008
Normala Bonat dicederakan
Nirmala Bonat dicederakan
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Suri rumah Yim Pek Ha hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap tiga tuduhan mencederakan pembantu rumahnya dari Indonesia, Nirmala Bonat, dengan menggunakan seterika dan air panas empat tahun lalu.
Hakim Akhtar Tahir membuat keputusan itu setelah mendapati bahawa kecederaan yang dialami oleh Nirmala bukan dilakukan sendiri oleh wanita dari Indonesia seperti yang didakwa oleh Yim.
Yim, 40, seorang bekas pramugari, menghadapi tiga tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap Nirmala dengan menggunakan seterika dan air panas di rumahnya di Villa Putera, Jalan Tun Ismail di sini pada Januari, Mac dan April 2004.

Wednesday, November 26, 2008
Yoga haram
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa pihak tertentu supaya tidak menjadikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang melarang umat Islam daripada mengamalkan yoga sebagai isu agama.
"Jika mereka (Majlis Fatwa Kebangsaan) percaya ianya salah, jadi ianya salah. Malanglah jika orang lain fikir keputusan itu mencela agama mereka.
"Ia sama lah seperti kita kata orang Islam tidak boleh makan babi, ia bukan menghina orang Cina. Dan ia adalah sama bila orang Islam tidak boleh melakukan yoga. Ia bukan kerana mereka menghina orang Hindu.
"Mereka tidak patut buat begitu. Sama ada orang Melayu ikut atau tidak, itu hal mereka, orang lain tidak boleh jadikannya sebagai isu agama. Seperti perkara lain yang dilarang di dalam Islam, ia bukan menghina orang lain. Tetapi ada orang yang mahu menjadikannya sebagai isu. Saya kesal," katanya.

Monday, November 24, 2008
Minyak turun 15 sen lagi ?
Harga minyak dijangka turun 15 sen lagi hujung bulan ini - daripada RM2 seliter sekarang kepada RM1.85 seliter.
Ia juga lebih rendah daripada RM1.92 seliter sebelum kenaikan pada Jun lalu, sekaligus menjadikan ia harga terendah sejak lebih dua tahun lalu.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata penurunan perlu dibuat secara berhemah serta tersusun dengan asas-asasnya dan penurunan sebanyak 15 sen itu adalah paling maksimum.
"Saya jangka harga minyak akan turun 15 sen juga pada hujung bulan ini. Pokoknya, kita akan turunkan harga berikutan harga minyak mentah menurun," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Hari Keluarga kementerian di Putrajaya hari ini.-Bernama

Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mendakwa ada di kalangan pegawai di jabatan agama sendiri menjadi pengikut ajaran sesat dan menjadi punca ia sukar dibanteras.
Akibatnya, ia memberi kesan apabila segala aktiviti penguatkuasaan sengaja dilengah-lengahkan dan 'dilemahkan' termasuk Ajaran MLM.
"Saya percaya Ajaran MLM pengubahsuaian kepada ajaran Gerakan Pemuda Al-Khafi..ia nampak tiada kesudahannya walau sudah kerap kali dilaporkan turut dipengaruhi atas faktor tadi (penglibatan pegawai agama)," katanya.
Beliau berkata demikian mengulas perkembangan 'lembap' daripada segi siasatan oleh pihak berkuasa dalam membanteras kegiatan Ajaran MLM yang didakwa mempunyai ciri-ciri persamaan dengan ajaran Gerakan Pemuda Al-Khafi.-Kosmo
Subscribe to:
Posts (Atom)