Friday, November 28, 2008
jail actress for adultery
SEOUL (Reuters) – South Korean prosecutors on Wednesday demanded a popular actress who tried to overturn the country's law that criminalises adultery be thrown in jail for a year and a half for having an affair, local media reported.
South Korean enacted its adultery law more than 50 years ago to protect women who had few rights in the male-dominated society but critics say now it is a draconian measure no longer fit for a country with an advanced civil and family court system.
Actress Ok So-ri's case has created a sensation in South Korea after she admitted to an affair with a singer and called on the country's Constitutional Court to overturn the statute that can send a person to jail for up to two years for adultery.
"The accuser (her husband) wanted a severe sentence," prosecutors said in court as to why they are seeking 18 months in jail for Ok, Yonhap news agency reported. Prosecutors were not available for comment.
Thursday, November 27, 2008
Normala Bonat dicederakan
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Suri rumah Yim Pek Ha hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap tiga tuduhan mencederakan pembantu rumahnya dari Indonesia, Nirmala Bonat, dengan menggunakan seterika dan air panas empat tahun lalu.
Hakim Akhtar Tahir membuat keputusan itu setelah mendapati bahawa kecederaan yang dialami oleh Nirmala bukan dilakukan sendiri oleh wanita dari Indonesia seperti yang didakwa oleh Yim.
Yim, 40, seorang bekas pramugari, menghadapi tiga tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap Nirmala dengan menggunakan seterika dan air panas di rumahnya di Villa Putera, Jalan Tun Ismail di sini pada Januari, Mac dan April 2004.
Wednesday, November 26, 2008
Yoga haram
"Jika mereka (Majlis Fatwa Kebangsaan) percaya ianya salah, jadi ianya salah. Malanglah jika orang lain fikir keputusan itu mencela agama mereka.
"Ia sama lah seperti kita kata orang Islam tidak boleh makan babi, ia bukan menghina orang Cina. Dan ia adalah sama bila orang Islam tidak boleh melakukan yoga. Ia bukan kerana mereka menghina orang Hindu.
"Mereka tidak patut buat begitu. Sama ada orang Melayu ikut atau tidak, itu hal mereka, orang lain tidak boleh jadikannya sebagai isu agama. Seperti perkara lain yang dilarang di dalam Islam, ia bukan menghina orang lain. Tetapi ada orang yang mahu menjadikannya sebagai isu. Saya kesal," katanya.
Monday, November 24, 2008
Minyak turun 15 sen lagi ?
Ia juga lebih rendah daripada RM1.92 seliter sebelum kenaikan pada Jun lalu, sekaligus menjadikan ia harga terendah sejak lebih dua tahun lalu.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata penurunan perlu dibuat secara berhemah serta tersusun dengan asas-asasnya dan penurunan sebanyak 15 sen itu adalah paling maksimum.
"Saya jangka harga minyak akan turun 15 sen juga pada hujung bulan ini. Pokoknya, kita akan turunkan harga berikutan harga minyak mentah menurun," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Hari Keluarga kementerian di Putrajaya hari ini.-Bernama
Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mendakwa ada di kalangan pegawai di jabatan agama sendiri menjadi pengikut ajaran sesat dan menjadi punca ia sukar dibanteras.
Akibatnya, ia memberi kesan apabila segala aktiviti penguatkuasaan sengaja dilengah-lengahkan dan 'dilemahkan' termasuk Ajaran MLM.
"Saya percaya Ajaran MLM pengubahsuaian kepada ajaran Gerakan Pemuda Al-Khafi..ia nampak tiada kesudahannya walau sudah kerap kali dilaporkan turut dipengaruhi atas faktor tadi (penglibatan pegawai agama)," katanya.
Beliau berkata demikian mengulas perkembangan 'lembap' daripada segi siasatan oleh pihak berkuasa dalam membanteras kegiatan Ajaran MLM yang didakwa mempunyai ciri-ciri persamaan dengan ajaran Gerakan Pemuda Al-Khafi.-Kosmo
Hujan: bicara ketua
DUA calon Ketua Pemuda Umno, Mukhriz Mahathir dan Mohammad Khir Toyo masing-masing masang janji mereka tidak akan menerima apa-apa tawaran untuk memegang jawatan dalam Kabinet sekiranya mereka menang sebagai Ketua Pemuda kelak.
Keduanya mahu jawatan itu untuk mengukuhkan parti bukannya sebagai tikit untuk menjadi menteri Kabinet. Mukhriz mahu menggunakan jawatan itu bagi mengukuhkan parti di samping menyelesaikan berbagai isu yang menimpa Umno dewasa ini. Lantaran itu katanya beliau tidak berminat dengan jawatan menteri.
Kenyataan itu membayangkan Mukhriz mempunyai iltizam tinggi untuk membawa Pemuda Umno ke era kegemilangan seperti sebelum ini. Ataupun anak bekas PM itu menyedari bahawa tahap kekuatan atau wibawa pergerakan itu kini semakin merudum.
Manakala Khir Toyo pula mahu menjadikan Pemuda sebagai kumpulan pendesak yang berani dalam mengemukakan hujjah. Mungkin dalam pemerhatian bekas MB Selangor itu pemuda di era Hishamuddin pondan dan mandul; penakut dan tidak peka kepada isu-isu membela Melayu.
Pengkauan mereka berdua berbau ilkhlas dan jujur! Itulah pejuang sebenar dan pemuda bangsa yang sayangkan negara dan partinya. Mereka memberi gambaran mereka meletakkan kepentingan parti melebihi daripada segala-galanya. Syabas dan tahniah!
Berlainan pula dengan Khairy Jamaluddin. Sehingga ini ahli Parlimen Rembau itu belum menyatakan pendirian berhubung perkara itu. Cuma dalam satu interviu dengan Siasah beliau ada menyebut soal jawatan bukan sesuatu yang ditagih tetapi terserah kepada Perdana Menteri kelak.
Friday, November 21, 2008
Ternak Babi?
kini, isu tersebut merebak ke Kedah pula bila kerajaan negeri yang diterajui PAS telah bersetuju untuk meneruskan projek ternakan babi tersebut di Bukit Selambau, Sungai Petani Kedah.
Mengikut rekod, projek ternakan babi secara bersepadu di Selangor dan Kedah merupakan projek yang diluluskan oleh kerajaan terdahulu iaitu kerajaan Barisan Nasional.
Mungkin disebabkan projek ini tidak ada papan tanda “Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional” seperti projek-projek yang lain, maka ianya tidak disedari oleh rakyat.
Pertikaian mula timbul bila kerajaan Pakatan Rakyat yang mengambil-alih kepimpinan negeri Selangor dan Kedah telah mengambil keputusan untuk meneruskan projek ternakan babi tersebut. Maka, isu ini pun disensasikan dengan tujuan untuk memperlekehkan kewibawaan kerajaan Pakatan Rakyat.
Jika difikirkan, ada buruk dan baiknya isu ini diketengahkan.
Apa kebaikannya?
Bila isu ini dibangkitkan, secara tidak langsung penternak babi di negara ini akan lebih berwaspada dengan aktiviti penternakan mereka. Jika sebelum ini aspek kebersihan dan penjagaan alam sekitar tidak menjadi keutamaan bagi mereka, mungkin selepas ini, para penternak babi terpaksa memberi keutamaan kepada aspek kebersihan dan penjagaan alam sekitar.
Ini dapat dibuktikan apabila kebanyakan penternak babi mula mengubah kaedah ternakan mereka ke arah kaedah yang lebih moden, bersih dan tidak mencemarkan alam sekitar.
Apa pula keburukannya?
Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum perlu menghormati tradisi dan cara hidup kaum-kaum yang lain. Sebagai contoh, orang bukan Islam di negara ini mesti menghormati pandangan orang Islam di negara ini tentang pengharaman babi.
Dan orang Islam juga harus menghormati cara hidup bukan Islam di negara ini yang masih menjadikan babi sebagai sumber makanan mereka.
Bila isu ternakan babi ini dijadikan isu di sebelah pihak sahaja, ianya akan dipandang sebagai penindasan kaum tertentu kepada kaum tertentu. Keadaan ini boleh menyebabkan jurang perpaduan antara kaum di negara ini akan menjadi semakin melebar dan bukannya bertambah baik. -di petik dari sabahdaily
Mukhriz juga tak mau jawatan
Thursday, November 20, 2008
BRAIN DAMAGING HABITS
People who do not take breakfast are going to have a lower blood sugar level.
This leads to an insufficient supply of nutrients to the brain causing brain
degeneration.
2. Overeating
It causes hardening of the brain arteries, leading to a decrease in mental power..
3. Smoking
It causes multiple brain shrinkage and may lead to Alzheimer disease.
4. High Sugar consumption
Too much sugar will interrupt the absorption of proteins and nutrients causing
malnutrition and may interfere with brain development.
5. Air Pollution
The brain is the largest oxygen consumer in our body. Inhaling polluted air decreases
the supply
of oxygen to the brain, bringing about a decrease in brain efficiency.
6. Sleep Deprivation
Sleep allows our brain to rest. Long term deprivation from sleep will accelerate the
death of
brain cells. Adults require 7 to 8 hours sleep daily. Children require 9 to 10 hours
sleep daily for their brain to develop properly.
Take naps every time you start feeling a bit woozy. That's your body telling you that
it needs a break or recharging. A 5 minute or ten minutes short nap or snooze will
work wonders for us. Improved eyesight after a nap or short snooze will tell you that
your batteries are full bar again.
If you try be a hero and wing it when you are tired, you are just burning off your
spare energies and harming yourself in the process.
7. Head covered while sleeping
Sleeping with the head covered increases the concentration of carbon dioxide and
decrease concentration of oxygen that may lead to brain damaging effects.
8. Working your brain during illness
Working hard or studying with sickness may lead to a decrease in effectiveness of
the brain as well as damage the brain. It's like driving with a sputtering engine.
You cause more damage to the brain when you force it to work overtime when it needs
a siesta.
9. Lacking in stimulating thoughts
Thinking is the best way to train our brain, lacking in brain stimulation thoughts
may cause brain shrinkage. Keep the juice flowing, eh old chap?
10. Talking Rarely
Intellectual conversations will promote the efficiency of the brain. Yak yakkety yak
yak every now and then. Good for the brain.
11. Too much TV is bad for health
Too much TV is bad especially for children. Watching TV before bed is not good and does
not promote good deep sleep for the brain to rest well and develop properly.
Watching too much cartoons will also skewer your kids sense of perception and cause them
to confuse themselves over facts and fiction.
Remember the many deaths of children trying to be Superman or Spiderman wearing their
caped costumes? Well, reality tv is also not beneficial to the young minds. Go easy on
what you allow them to watch and digest.
The main causes of liver damage are:
1. Sleeping too late and waking up too late are main cause.
2. Not urinating in the morning.Never hold back your urge to pee. Seek the nearest toilet.
3. Too much eating.Don't be a glutton.
4. Skipping breakfast.You may be a risk taker but your body needs its sustenance.
5. Consuming too much medication.You are a human being. Not a pharmacy. :)
6. Consuming too much preservatives, additives, food coloring, and artificial sweetener.
7. Consuming unhealthy cooking oil. As much as possible reduce cooking oil use when frying,
which includes even the best cooking oils like olive oil. Do not consume fried foods when you
are tired, except if the body is very fit.
8. Consuming raw (overly done) foods also add to the burden of liver. Vegetables should be
eaten raw or cooked 3-5 parts.. Fried vegetables should be finished in one sitting, do not store.
Wednesday, November 19, 2008
Renungan bersama
| 19 November, 2008 16:49 PM | |
Renungi Kata-kata Siew Sin Dan Sambathan - Kata Adun Kerdau
kerajaan negeri Pahang bagi tahun 2009 pada persidangan Dewan Undangan Negeri, membacakan
kenyataan yang pernah dibuat oleh bekas Presiden MCA Tun Tan Siew Sin dan bekas Presiden MIC
Tun Sambanthan.
Menurut beliau, kata-kata Tan pada 30 April 1969 berbunyi :"Orang Melayu menerusi Umno
bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan
dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi
warga negara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada
mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun
hidup di bawah pemerintahan penjajah.
"Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan
dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa
yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".
"Sebelum itu, Tun Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata...pada tahun 1955, kita telah memenangi
pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.
Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita
bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai
isu kewarganegaraan?.
"Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan
Ceylon (Sri Lanka) dan juga tidak diterima di Burma (Myanmar).
Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan
di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua
wilayah tersebut?
"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka
tidak diberikan taraf warga negara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu.
Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata...kita akan
menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan
kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warga negara.
Monday, November 17, 2008
Jumpa lagi .....
sebenarnya saya kurang sehat
blog tak di update beberapa hari
jalan jauh dari Termeloh
pergi mari ke Batu kurau
banyak makan nasi minyak
cuti sekolah dah bermula.........
Semalam hujan lebat
dengan guruh angin pun sama
modemku rosak
sudah ku ganti dengan yang baru
jumpa lagi
Tabligh........
Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,sekelip mata je dah hilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.
Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj,
bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,
nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 org dtg.
Orang Tabligh,
Lorong ke lorong,
hati ke hati,
pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Sume nak ditemu,
Nak diajak pd Allah yg satu.
Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yg banyak salah,yg banyak dosa,
Takpe2, Allah kan ada,
Yg Maha Mengetahui,
yg mana intan, yg mana kaca.
Orang Tabligh,
Kekadang buat silap...adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori,bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.
Orang Tabligh,
Ada kat mana2,Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza2,
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.
Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah,seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
"Kita skang kan di zaman IT""Tak main la sunnah2 nih!"
Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yg rugi?Kan diri sendiri..
Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli,sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati, mmg nak dok rumah,
bergurau dgn bini,Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan) ,
bila lagi?
Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,
Fikir risau,camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2,tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,
Kalau camtu xde la kita ni "The Best Ummat".
Orang Tabligh,
"Apsal la ulama India yg jadik ikutan??
"Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
So x jadik masalah la kan?
Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,"I can't go..sorry!"
Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!
"Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg,tak jadik pergi,
Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon,
jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni mmg byk terjadi,
Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),"
"no prob.,anytime kamiready!
"Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,
Heh..ni la realiti,Bab dunia,
tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat, masing2 buat x kesah,x amik peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!
Orang Tabligh,
Bukan nak takhta,
harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak mcm dah tera,
Tak jugak nak kafirkan sape2,
Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri,duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,
Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha,
masukkan kita dlm syurgaNya,Itu saja...
Orang tabligh,
Seluruh dunia...naik kapalterbang. ..pakai selipar jepun sahaje...
Ikhlas,..no sponsor....no subsidy.....passport penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun sahaja...nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar, macam pengantin baru...
sama seperti balik dari fardhu haji........ ..
Sayangkan bini tingal-tinggalkan. ..
sayangkan anak...rotan digantungkan. .....
sunnah nabi...bukan untuk mendera...
speed limit sahaja...
kenapa sibuk dakwah orang..
keluarga, anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mau ikut...
kalau Nabi Nuh ikut teoritersebut,
tak naik bahteralah jadiknye...
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut...
tak buat dakwahlah Nabi....
tak sampailah Islam ke M'sia ni...
Orang Tabligh,
Selekehkah, tak de ilmu,compang camping kah, berbaulah..
itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya.
You can't blame the teachers.
You have to blame the distortions andignorance of their followers.
Balighuanni walau ayah...
Saidina Abu Bakarreceived the first kalimat terus buat dakwah...
if he waits tunggu complete ilmu,
he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.
Global politic & economy with no borders & chauvinism,
M'sian, New Yorkers & Palestinians
duduk makan satu talam in Nizamuddin.. ...
ajikata: Ini bukan tulisan aku. aku hanya copy dan paste dr sumber yg tidak diketahui. jika ada sapa2 yg kenal penulis ni, sila maklumkn pada aku untuk tujuan kredit. terima kaseh....
Petrol Rm 2.00
| Harga petrol, diesel turun lagi |
| Nov 17, 08 6:15pm |
| Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel sebanyak 15 sen seliter berkuatkuasa esok. Sehubungan itu, harga runcit petrol dan diesel adalah seperti berikut: • Petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.15 seliter kepada RM2 seliter; • Petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90 seliter; dan • Diesel dikurangkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90 seliter. Penurunan harga petrol dan diesel itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak . Ini merupakan kali kelima kerajaan menurunkan harga minyak petrol dan diesel. Sebelum ini, kerajaan mengumumkan penurunan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 15 sen pada 31 Oktober lalu. |
Thursday, November 13, 2008
60% Melayu 1000 aje?
S.K. Devamany semasa menjawab soalan ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Micheal Jeyakumar Devraj(PKR) di Dewan Rakyat cukup menyentuh hati.
Angka itu menyebut terdapat 495,500 isi rumah yang berpendapatan di bawah RM1,000 sebulan dan 301,000 atau kira-kira 60.7% daripadanya adalah Melayu.
Bagi 235,300 isi rumah yang berpendapatan antara RM10,001 hingga RM20,000 sebulan pula,hanya 85,700 Melayu, manakala Cina pula 118,700 dan India 23,400
Bagi 49,500 yang berpendapatan lebih RM20,000 sebulan, Melayu 16,500, Cina 27,900, manakala India 3,600. Melayu menguasai golongan yang berpendapatan antara RM1,001 - RM10,000.
Minyak sepatutnya Rm1.62 ?
Bagaimanapun, kerajaan tidak bercadang meneruskan penurunan itu sehingga di bawah RM1.92 seliter.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad berkata, kerajaan mungkin menetapkan paras minimum bagi harga runcit petrol dan diesel walaupun harga di pasaran dunia terus merudum.
“Sama ada harga minyak akan turun sehingga RM1.92, itu terpulang kepada perbincangan kerana sekiranya ia turun mendadak, pemberian subsidi juga mungkin dikurangkan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Beretika di sini semalam.
Shahrir menambah, penetapan harga minyak, baik naik atau turun tidak akan dibuat secara mendadak. “Dulu kita guna kaedah penurunan dua kali sebulan supaya pengguna tidak rasa terkejut. Begitu juga sekiranya keputusan kenaikan harga minyak dilakukan.
“Kalau harga nak diturun mendadak, kaedah yang sama juga mungkin digunakan apabila harga naik semula,” tambahnya.
-Berita kosmo
Harga minyak patutnya RM1.62
KUALA LUMPUR – Harga minyak dunia yang terus merudum ke paras AS50 (RM175) setong semalam,sewajar nya mendorong penetapan harga baru di bawah RM1.92 sen untuk pasaran tempatan.
Malah, kepada Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Abdul Rahim Anuar, masanya kini sudah sesuai untuk ia diselaraskan kepada RM1.62 seliter.
“Pada saya, harga runcit petrol seharusnya diturunkan kepada RM1.62 seliter, namun apa sahaja harga di bawah RM1.92 sebenarnya sudah pasti menggembirakan rakyat,” ujarnya ketika dihubungi semalam.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad semalam bahawa harga petrol mungkin diturunkan kepada RM2 selain cadangan penetapan paras minimum.
Mengenai cadangan itu, Abdul Rahim lebih selesa membiarkan harga runcit petrol dan diesel ditentu kan oleh pasaran tanpa menetapkan paras minimum jika tidak mahu rakyat disekat daripada menikmati keselesaan ketika harga minyak dunia turun.
“Purata rakyat membelanjakan hampir 30 peratus pendapatan untuk membeli minyak dan jika kerajaan menurunkan lagi harga runcit petrol di bawah paras RM2, pendapatan boleh guna mereka akan meningkat,’’ jelasnya.
Wednesday, November 12, 2008
Kelantan bersih Rasuah
Menteri Besar, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan berkata, tiada laporan salah laku atau
kegiatan rasuah di kalangan kakitangan pentadbiran awam sejak 1990 sehingga sekarang.
Nik Aziz juga berkata, "Kerajaan Malaysia sendiri sejak sekian lama telah memerangi rasuah,
tetapi sehingga sekarang tidak berakhir sama ada di peringkat kerajaan atau parti.
Semua yang berlaku kerana tiadanya rasa keikhlasan dalam jiwa apabila melaksanakan tanggungjawab "Apa yang menjadi keutamaan mereka ialah wang," ujarnya.
Tuesday, November 11, 2008
Bukan mati syahid?
Sesiapa pun yang membunuh orang lain tidak mati syahid, kecuali berjuang dalam peperangan atas nama agama. Mereka bukannya berjuang untuk agama," kata Ketua MUI, Umar Shihab.
Sehingga ke saat akhir, Amrozi, Ali Ghufron atau Mukhlas dan Imam Samudra tidak menunjukkan
sebarang berasa kesal atas apa yang berlaku ke atas mangsa 'kafir' mereka sambil mendakwa ingin
'mati syahid'.
Di kutip dari inilah.com
Bukti-bukti kesyahidan atas tiga syuhada Bali ini terlihat dengan jelas. Di sekitar rumah
kediaman Hj. Tariyem, Ibunda Ust. Amrozi, burung berwarna hitam berputar-putar di atas rumah.
Selain itu bau semerbak yang keluar dari tubuh syuhada Amrozi dan Ustadz Mukhlaas jelas memancar. Khas bau seorang syahid. Bau itulah yang membuat suasana semakin haru. Para pelayat tak kuasa menahan air mata mereka. Wajah para syuhada terlihat sangat bersih dan tampan. Berseri dan terlihat tersenyum, tidak nampak bekas raut wajah yang menahan kesakitan, meski dibunuh dengan cara ditembak.
Tak jauh berbeda keadaan dengan Asy-Syahid Ustadz Imam Samudera. Menurut Khoirul Anwar,sang kakak adiknya terlihat sangat bersih. Wajahnya seperti anak kecil yang baru saja mendapatkan permen.
Seperti bayi yang baru saja dimandikan bidan,” tuturnya. “Wajahnya begitu bahagia dan bersih.
Bibirnya tampak tersenyum,” imbuhnya.
Imam samudraYang lebih aneh lagi adalah “Jenazah kakak wangi sekali waktu dikeluarkan dari peti. Seperti minyak wangi yang sering dipakainya,” ujar Lulu Jamaluddin dikutip inilah.com, di rumah duka, Lopang Gede, Serang . Tentang darah segar yang mengalir dari salah satu bagian tubuhnya, Khairul menjawab, “Memang darah Syuhada tak pernah kering,” ujarnya.
-
Sunday, November 9, 2008
Minyak turun lagi !
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.
Shahrir berkata, harga niaga hadapan minyak iaitu pada bulan Disember juga
menunjukkan ia akan berada pada paras di bawah AS$70. - Bernama.
Tak mahu jawatan?
mahu sebarang jawatan dalam kerajaan. Kata bekas Menteri Besar Selangor itu pada wartawan
di Sungai Besar pagi Sabtu , beliau hanya mahu bergerak diperingkat bawah bersama barisan Pemuda UMNO untuk mantapkan parti
Berita di petik dari Agendadaily 8/11/2008
Friday, November 7, 2008
Ubat hati dan Makbul doa
Ubat hati lima pekara
baca Quran dengan maknanya
solat malam amalannya
orang Soleh kumpulannya
perut kenyang rasa tiada
zikir harian tiada dilupa
Makbul doa tanda sayang
lambat makbul tanda di uji
bersangkabaik apa keadaan
belum makbul kurang usaha
tiba masa pasti diberi
tidak di dunia
diakhirat pasti
Kasih sayang Allah
mendahului murka nya
Umat Nabi pilihan utama
ceriakan umat usaha hidayah
Silatur rahim tiada lupa
Siapa Obama Malaysia?
Di Malaysia, Najib Tun Razak dianggap akan menjadi Obama Malaysia apabila dijangka mengangkat sumpah sebagai PM pada Mac depan.
Sesiapa pun bakal menjadi Obama Malaysia dia hendaklah seperti Babark Obama Amerika itu.
Seorang optimis, bersemangat dan dapat membaca kehendak semua lapisan masyarakat.
Babark Obama mempunyai kelebihan ini. Meskipun beliau berkulit hitam namun politiknya berjaya meyakinkan orang kulit putih untuk menyokongnya. Obama Amerika berjaya menyisihkan pandangan hina orang kulitputih kepada kulit hitam. Obama itu berjaya menghapuskan diskriminasi kaum.
Itulah pemimpin sebenar namanya. Mempunyai kemampuan, kekuatan dan rahsia untuk mengubah hati dan jiwa manusia.
Mungkinkah Obama Malaysia mampu berbuat demikian . Siapakah calun2 sebenar yang wibawa itu?, mungkinkah Mohd Najib abd Razak? atau Anwar Ibrahim ? atau ada calun lain yang sewaktu denganya. Sama sama kita tunggu dan lihat........
Menerusi pendekatan politik barunya, sepadan dengan usia yang meningkat tua, politik universal berjiwa muda dan di terima semua kaum akan mengekori bila tiba masanya............
Thursday, November 6, 2008
Pancing Suami,hadiah Isteri
suruh baca isteri tersayang
jadikan panduan bukan ajaran
kalau tak elok boleh buang
Sebagai isteri, apa yang diharapkan
oleh suami menjalin kemesraan
lagi hangat? dari sentuhan
di sebalik keinginan sifat kelelakian
amat di senangi sentuhan belaian
dari seorang isteri penyayang
pancing ghairah suami tersayang?
Jangan sekali tanpa pakaian
seurat benang di tubuh badan
bisa memakai pakaian malam
pakaian tipis ibarat telanjang
merangsang nafsu suami tersayang
Rambut terurai berjuntaian
menaikkan ghairah serta keinginan
bila suami terhidu keharuman
rambut sentiasa dalam perapian
membangkitkan hasrat seks kelelakian
buka baju perlahan-lahan
tanpa sepatahpun kata gurauan
iiringi senyuman manja jelingan
suami tidak sabar raih pelukan
Sentuhan bibir sehangat kuku
teransang suami di usap lembut
mainkan bibir di pipi kanan
Ghairah birahinya tidak terperi
Isteri meransang keinginan suami
melalui ‘hadiah’ yang dianugerahkan
gigitan manja dileher kiri
tinggalkan tanda tiada kesakitan
Bangun tidur biar sendirian
tanggalkan pakaian bersebelahan
bila sedar hangatkan badan
pegang peha sentuh mempersonakan
menaikkan semula sifat kelelakian
Zon Rasa:
Kulit bahagian dalam paha anda mampu meransang suami anda kerana ianya lembut dan mempesonakan
pancainderanya. Apatah lagi bila disentuhnya,anda kegelian. Ini akan menyebabkan suami anda
berasa lebih 'macho' perkasa.
Daerah Rangsangan:
Mudah sahaja caranya: mainkan hujung lidah anda dengan lembut di bahagian luar cuping telinga
suami. Gerakkan lidah turun naik di bahagian belakang telinga hingga terus ke leher. Lakukan
perlahan-lahan dengan penuh kemesraan.
Sentuhan Kasih Sayang:
Kelembutan sentuhan wanita menjadi impian setiap lelaki. Kucupan lembut dan usapan halus
menggunakan hujung jemari anda mampu menggoda suami dan menyebabkan dia terkulai manja di dalam dakapan anda.
Bangkitkan Suasana:
Selain pancaran sinar malap lampu tidur atau sebatang lilin dan juga alunan muzik yang lembut
mendayu, suasana romantis dapat dihidupkan dengan semburan wangian sekitar kamar tidur. Anda diminta mengenakan wangian kegemarannya, minyak aromaterapi, losyen atau kain sutera yang dibiarkan menyentuh lembut kulit suami.
Pesona Pandangan:
Tatapan mempesonakan yang penuh perasaan kasih juga sayang terhadap suami anda cukup untuk mempamerkan perasaan anda terhadapnya. Tidak perlu anda berkata-kata, renungan anda yang meruntun itu cukup untuk membuatkan dia terkesima.
Membelai Nyata:
Suami akan berasa lebih disayangi jika anda pandai mengusap rambutnya. Apabila duduk bersama, belailah mahkota lebatnya itu. Usaplah perlahan-lahan menyisir dengan jemari anda dari dahi hingga ke belakang lehernya.
Intipan Geram:
Perbuatan mengendap merupakan salah satu cara lelaki menaikkan ghairahnya sendiri. Tanpa disedari oleh wanita, dorongan seks lelaki mudah timbul oleh ransangan visual terutama pabila wanita mengenakan pakaian ataupun ketika mandi. Oleh demikian, usah menolak apabila si dia suami anda tiba-tiba mahu bersama anda sebaik sahaja anda melangkah keluar daripada kamar mandi.
Puputan Nafas:
Hembusan nafas anda yang hangat akan menaikkan ghairah suami anda. Sentuhlah perlahan bibir anda ke bibirnya. Nafas hangat anda akan menyebabkan dia tidak sabar-sabar lagi mahu mencumbui anda.
Planet G-Spot:
Suami juga mempunyai g-spotnya (hot-spot) yang tersendiri. Cari dan terokailah. Pancinglah si dia dengan memainkan peranan anda di zon sensasi miliknya itu .
Elak Sahaja Menyentuh Kelemahannya:
Jangan sentuh kelemahan yang ada di tubuh suami anda. Tumpukan pada bahagian yang menjadi kebanggaannya seperti dadanya yang bidang, bahu atau hujung lengannya.
Sepantas Kilat:
Bila mana anda mahu membuat suami anda lekas ghairah, ambillah tindakan yang agak agresif. Tarik dia ke sofa dan bertindak secepat kilat. Tetapi, sebelum itu pastikan keadaan sekitar ‘selamat.’
Kejutan Halwa Mata:
Suami akan mengagumi anda, andai anda senantiasa membuat kejutan dari masa ke semasa untuk disaksikannya. Ini termasuk, membuat perubahan daripada segi penampilan anda, seperti dandanan rambut fesyen terbaru atau mengenakan pakaian dalam yang terseksi yang baru anda temui di gedung atau butik pakaian kegemaran anda.
Di sadur dari untaian - martune Khamis, November 06, 2008
Sama2 kaki ayam
Mohamad pula makan tom yam
mana lagi, kalau tak di kantin
Masjid At Takwa berdekatan
Habis makan azan dilaungkan
ambil wuduk masuk masjid
solat dhuzur selesai sudah
biasalah ......tazkirah ingatan
GM pencen pengerusi nya
Tengok jam 13:45
tutup korum balik opis
tengok kasut aii......dah lesap!
bukan satu , lima serangkai
Bilal kata, aku pun sama.......
Pencuri kasut dah pandai rupanya
ubah trend waktu operasi
hari jumaat lebih dosanya
takut pengawal
tertangkap nanti
balik Opis kaki ayam
nak sedekah, ikhlas ke?
macamana dah nak kena
ikhlaskan saja pengubat rasa
kalau dapat
pulas telinga
memang dah tertulis .......agaknya
Jangan lupa beli yang baru
esok pakai jaga selalu
simpan dalam kereta Abu
komesin, lebih pahala lah aku....
Wednesday, November 5, 2008
Sidang di tangguh?
Roy Rasul & Salmiyah Harun
Wed | Nov 05, 08 | 12:32:06 pm MYT
KUALA LUMPUR, 5 Nov
Setelah hampir satu jam desakan oleh lebih sepuluh orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang tidak berpuas hati dengan pembentangan belanjawan tambahan yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak semalam akhirnya Timbalan Speaker Dato Seri Wan Junaidi Jaafar menangguhkan sidang parlimen tengah hari tadi.
Penangguhan itu dibuat semasa sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2009, apabila Lim Kit Siang (Ipoh Timur-DAP) bangun mempersoalkan mengenai perkara itu.
Lim, mempersoalkan pendekatan-pendekatan yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak semalam untuk menangani kesan krisis ekonomi.
Penasihat DAP itu meminta penjelasan sebelum bermulanya sesi perbahasan ke atas rang undang-undang perbekalan 2009 mengenai peruntukan RM7 bilion yang diluluskan semalam.
Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim juga mempersoalkan sama ada ucapan penggulungan semalam merupakan bajet baru ataupun Bajet 2009 yang dibentangkan Ogos lalu.
Sementara itu, dalam satu sidang media Anwar berkata, Najib telah melanggar peraturan dan
undang-undang dalam isu belanjawan negara.
Malah katanya, apa yang dilakukan oleh Najib satu tindakan yang belum pernah berlaku dalam sejarah setiap belanjawan yang dibentangkan hendaklah dibahaskan kemudian dijawab semula oleh menteri terbabit.
Katanya, belanjawan baru yang dibentangkan akan melibatkan pindaan kepada unjuran, inflasi,
defisit, pendapatan dan perbelanjaan yang berbeza.
"Mengikut peraturan, apabila saya sebut dalam dewan dalam menambahkan usul yang dibangkitkan oleh Ipoh Timur, ahli BN cuba menolak tapi sebenarnya peraturan itu telah dilanggar," katanya.
Anwar menegaskan, jika hendak membuat pindaan dalam jawapan menteri hendaklah diberikan notis dua hari sebelum sebagaimana yang dijelaskan dalam Peraturan Mesyuarat Perkara 66 (15).
"Kita kena ikut peraturan, yang mana yang diluluskan semalam? Belanjawan Abdullah atau Najib, kemudian speaker umumkan yang diluluskan itu adalah belanjawan Najib.
"Kalau yang diluluskan itu belanjawan Najib, dia melanggar peraturan kerana yang diedarkan kepada kami adalah belanjawan Abdullah, belanjawan Najib belum diedar," katanya.
Katanya, peruntukan yang diberikan kepada Kementerian Pelajaran serta Pertanian oleh Najib semalam pastinya berbeza dengan belanjawan Abdullah.
"Apa yang hendak diluluskan? Ini sahajakah yang terpaksa kita bahaskan sehingga berjam-jam,"katanya.
Bagaimanapun beliau menyifatkan tindaka n menangguhkan dewan oleh Junaidi adalah satu tindakan yang bijak. Dalam pada itu, Dato'Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) yang turut berada dalam sidang media itu, berkata sikap Najib yang tidak memberi peluang kepada pembangkang mencelah dalam jawapan
penggulungan Kementerian Kewangan memberi petanda yang amat membimbangkan masa depan negara.
"Semalam Najib telah menunjukkan lagaknya kononnya sebagai Perdana Menteri walaupun belum
memegang jawatan itu kerana beliau langsung tidak beri laluan kepada pembangkang sehingga
selesai membentangkan bajet tambahan tersebut," katanya.
Menurutnya, persidangan parlimen tidak sama dengan persidangan Umno yang mana di parlimen
berlandaskan undang-undang dan peraturan serta tradisi Dewan Rakyat negara ini.
Merujuk kepada kertas 'order' yang diedarkan kepada setiap Ahli Parlimen pada 29 Ogos,
Kamarudin berkata belanjawan itu tidak sama sebagaimana yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan semalam.
"Jadi, inilah yang dibantah oleh kami kerana ia lain daripada apa yang dibentangkan Najib semalam "katanya.
Antara mereka yang turut mempersoalkan belanjawan yang dibentangkan Najib semalam ialah Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Khalid Abdul Samad (PAs-Shah Alam), Dr Siti Mariah Mahamud (PAS-Kota Raja , Dr Dzulkifli Ahmad (PAS-Kuala Selangor), Tian Chua (KeADILan-Batu), Sivarasa Rasiah (KeADILan-Subang), Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat), dan N.Gobalakrishnan (KeADILan-Padang Serai). -Harakah
Bicara mufti Negara?
Kerajaan belum berhasrat untuk mewujudkan jawatan Mufti Negara atau mufti bertaraf nasional ataupun kebangsaan buat masa ini, demikian persidangan Dewan Rakyat dimaklumkan Rabu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jawatan itu,
bagaimanapun, akan diwujudkan jika terdapat keperluan kepada negara satu hari nanti.
Saranan untuk mewujudkan Mufti Negara di peringkat kebangsaan memang pernah disarankan di dalam dewan serta dinyatakan di dalam beberapa media. Jika timbul keperluan satu hari nanti atau ada kerjasama daripada semua pihak dan diluluskan oleh Raja-Raja Melayu saya tidak nampak mengapa jawatan itu tidak boleh diwujudkan kalau ada kemunasabahannya," katanya menjawab soalan Nasharudin
Mat Isa (PAS-Bachok) di sini. Bernama
Tuesday, November 4, 2008
Sakit apo jang?
terpandang tanda JALAN RUMAH SAKIT
Depan Institut Kesihatan
Mana ada rumah sakit
klinik, pusat kesihatan kecil
hospital ada lah.....
Eh! rumah sakit ke?
Benggong
yang sakit kan orang
memandu dijalanraya
jammed pulak tu
sakit apo tu jang?
sakit hati agak nya....
Lempias rasa
Beli Eurocopter
Pengerusinya Datuk Seri Azmi Khalid berkata, PAC membuat kesimpulan itu setelah mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan.
PAC juga katanya, turut cadangkan agar kerajaan lebih telus dan menubuhkan panel bebas bagi pembelian perbekalan yang libatkan kos yang besar pada masa hadapan.
Berhubung dengan cadangan kerajaan menggantikan helkopter Nuri, PAC katanya berpendapat, kerajaan perlu meneruskan pembelian helikopter bagi menggantikan Nuri yang telah meragut 95 nyawa anggota TUDM. Selain itu katanya, pembelian itu perlu dilakukan kerana penangguhan boleh menyebakan kos pembelian meningkat.
Mesyuarat PAC itu turut dihadiri anggotanya daripada parti pembangkang iaitu Ahli Parlmen DAP Kepong, Dr Tan Seng Giaw, Ahli Parlimen PKR Tony Pua dan Willian Leong serta Ahli Parlimen PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar... agendoldaily
Email dari dblogger
| Dear Ajikata, Wouldn't it be good news when crime rates take a plunge? Regards, |
22 Ajaran Sesat
Majlis Keselamatan Negeri Selangor mengesan sebanyak 22 kumpulan ajaran sesatmasih bergiat
aktif di sekitar negeri ini sepanjang tahun ini.Setiausahanya, Nasirrahman Saad Khiruddin
berkata, kumpulan tersebut bergiat secara senyap dan turut bertindak menukar nama kumpulan
mereka sehingga menyukarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mengambil tindakan.
'Antara kumpulan yang popular sekarang ialah kumpulan Gerakan Negara Islam Indonesia,Black Metal
dan pertubuhan Al-Arqam yang kini memakai nama lain.
'Mereka tidak ada pusat gerakan untuk menjalankan kegiatan dan bergerak dalam masyarakat, jadi
sukar bagi kita membuat serbuan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesra Kampung Aidilfitri
anjuran Majlis Keselamatan Negeri Selangor dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
Persekutuan di Pusat Aktiviti Homestay Banghuris di sini hari ini.
Menurut Nasirrahman, kumpulan ajaran sesat itu mampu mempengaruhi kepercayaan penduduk kampung
termasuk golongan profesional sehingga taksub dengan fahaman karut mereka.
Setakat ini kami masih mengumpul bukti dan membuat pemantauan bagi membolehkan tindakan diambil.
"Kami tidak mahu ajaran ini menular di kalangan umat Islam lain kerana apa yang dipraktikkan jelas
berbeza serta bercanggah dengan ajaran Islam,'' katanya.
Sementara itu, Nasirrahman turut mendedahkan terdapat seorang bomoh di sekitar Ampang, Selangor
yang disyaki memperdayakan pesakitnya dengan menghisap kemaluan mereka bagi membuang sial.
Pihak kami bersama JAIS kini sedang giat menyiasat kegiatan bomoh penipu ini. Kita serius menangani
kegiatan mereka ini dan sedang mengumpul bukti kukuh untuk mengambil tindakan, namun kita menasihati
masyarakat di sini agar tidak terpengaruh dengan bomoh yang tidak tahu latar belakangnya,katanya.
Dalam pada itu, Nasirrahman meminta orang ramai menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi
membantu membanteras kegiatan yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam.
Monday, November 3, 2008
Bakal PM Syabas....
Timbalan Presiden UMNO,Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak'berjaya menutup peluang'Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding merebut kerusi Presiden UMNO selepas beliau berjaya mendapat 134 pencalonan daripada 191 bahagian UMNO. Ini bermakna kalau semua baki pencalonan diserahkan kepada Tengku Razaleigh sekali pun, Ahli Parlimen Gua Musang itu tidak akan layak bertanding sebab kuota kelayakan ialah 58 pencalonan. Maka dengan itu juga dah tentu la Najib layak diisytihar sebagai memenangi kerusi Presiden tanpa bertanding.
Beliau percaya pencalonan itu mencerminkan kehendak dan keyakinan akar umbi terhadap pelan peralihan kuasa yang telah dipersetujui bersama Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Saya berazam untuk menggalas amanah dan tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin bagi menangani segala cabaran yang sedang dihadapi oleh UMNO dan BN.
"Saya bersyukur dan terharu di atas kepercayaan yang telah diterjemahkan dalam bentuk pencalonan oleh 134 bahagian yang telah bersidang, sekali gus menandakan kemenangan tanpa bertanding bagi jawatan Presiden UMNO," kata beliau dalam laman blognya 1Malaysia.com.my. - BERNAMA
Sunday, November 2, 2008
Bicara mufti- Haji
cukupkan tidur rehatkan diri
Solat musafir usah dilupai
Titipan khas para Haji
Jejak kaki dibumi Madinah
Pohon doa pada Empunya
Sesuaikan diri dengan keadaan
Banyakkan sabar khidmat semua
Sampai Madinah dinihari
Terus iktikaf di Mesjid Nabawi
Di Roudhah ziarah makam Nabi
selawat salam junjungan Nabi
Amalan zahir mesjid Nabawi
Dakwah khidmat utama diberi
Taklim ibadah sunnah Nabi
Jadikan bekalan bila kembali
Solat taubat hajat di Roudhah
40 fardhu di mesjid nabawi
Walau tak dapat usah gundah
Bukan itu maksud Haji
Maksud ziarah makam Nabi
dapat safaat di akhirat nanti
Semua amalan sunnah nabi
Dunia akhirat Allah ridhai
Sampai di Haram nampak Kaabah
kiblat tumpuan semesta alam
Tawaf kudum maupun umrah
tujuh keliling sempurna rukun
Berlari anak mengejar maksud
Safar marwah saie dilaksana
rukun haji maupun umrah
amalan badaan sehat utama
Millah Ibrahim jadi syariat
Tahlul tanda isyarat korban
semuga amalan Allah terima
9 Zulhijjah wukuf di Arafah
rukun haji paling utama
tiada amalan khusus di sana
bawa diri pada Empunya
Wajib haji mabit di Muzalifah
tengah malam mula waktunya
Sampai Mina melontar Akabah
Tahlul awal pilihan utama
Tiga hari bermalam diMina
tunggu saat melontar jamrat
Jamrat Akabah selesai sudah
Nafar awal pilihan kita
Pilihan kedua nafar thani
tiga jamrat selesai semua
Terlaksana sudah Haji kini
Serbia usir Duta
Kementerian Luar Serbia hari ini mengesahkan negara itu telah mengusirkan Duta Malaysia, Saw Ching Hong selepas Kuala Lumpur mengiktiraf kemerdekaan Kosovo.
AP memetik kenyataan kementerian tersebut sebagai berkata, duta Malaysia itu diberi tempoh 48 jam untuk meninggalkan negara ini.
Pagi tadi, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, Malaysia telah mengambil keputusan untuk mengiktiraf Kosovo sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.
Berikutan itu, katanya, Malaysia akan mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara berkenaan pada masa sesuai.
"Pengiktirafan Malaysia ke atas kemerdekaan Kosovo akan membantu memenuhi aspirasi rakyat Kosovo menikmati sebuah negara yang merdeka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kosovo mengisytiharkan kemerdekaannya dari Serbia pada 17 Februari lalu, langkah yang dibantah keras dan diisytihar tidak sah oleh Serbia.
Rusia, sekutu bersejarah Serbia, turut membantah kemerdekaan Kosovo.
Sehingga kini, 38 negara termasuk Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan banyak negara Eropah lain mengiktiraf Kosovo yang mempunyai 2.1 juta penduduk.
Sebelum ini, Serbia turut mengusir Duta Montenegro dan Macedonia atas alasan yang sama.
Serbia telah membawa kes tersebut ke mahkamah antarabangsa bagi mendapatkan pengesahan sama ada kemerdekaan Kosovo sah atau sebaliknya.
Dipetik dari berita Harakah.net Nov 1......Ajikata
