kini, isu tersebut merebak ke Kedah pula bila kerajaan negeri yang diterajui PAS telah bersetuju untuk meneruskan projek ternakan babi tersebut di Bukit Selambau, Sungai Petani Kedah.
Mengikut rekod, projek ternakan babi secara bersepadu di Selangor dan Kedah merupakan projek yang diluluskan oleh kerajaan terdahulu iaitu kerajaan Barisan Nasional.
Mungkin disebabkan projek ini tidak ada papan tanda “Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional” seperti projek-projek yang lain, maka ianya tidak disedari oleh rakyat.
Pertikaian mula timbul bila kerajaan Pakatan Rakyat yang mengambil-alih kepimpinan negeri Selangor dan Kedah telah mengambil keputusan untuk meneruskan projek ternakan babi tersebut. Maka, isu ini pun disensasikan dengan tujuan untuk memperlekehkan kewibawaan kerajaan Pakatan Rakyat.
Jika difikirkan, ada buruk dan baiknya isu ini diketengahkan.
Apa kebaikannya?
Bila isu ini dibangkitkan, secara tidak langsung penternak babi di negara ini akan lebih berwaspada dengan aktiviti penternakan mereka. Jika sebelum ini aspek kebersihan dan penjagaan alam sekitar tidak menjadi keutamaan bagi mereka, mungkin selepas ini, para penternak babi terpaksa memberi keutamaan kepada aspek kebersihan dan penjagaan alam sekitar.
Ini dapat dibuktikan apabila kebanyakan penternak babi mula mengubah kaedah ternakan mereka ke arah kaedah yang lebih moden, bersih dan tidak mencemarkan alam sekitar.
Apa pula keburukannya?
Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum perlu menghormati tradisi dan cara hidup kaum-kaum yang lain. Sebagai contoh, orang bukan Islam di negara ini mesti menghormati pandangan orang Islam di negara ini tentang pengharaman babi.
Dan orang Islam juga harus menghormati cara hidup bukan Islam di negara ini yang masih menjadikan babi sebagai sumber makanan mereka.
Bila isu ternakan babi ini dijadikan isu di sebelah pihak sahaja, ianya akan dipandang sebagai penindasan kaum tertentu kepada kaum tertentu. Keadaan ini boleh menyebabkan jurang perpaduan antara kaum di negara ini akan menjadi semakin melebar dan bukannya bertambah baik. -di petik dari sabahdaily

No comments:
Post a Comment