Wednesday, November 12, 2008

Kelantan bersih Rasuah

Antara berita yang menarik di HarakahDaily ialah mengenai kejayaan Kelantan mengekalkan rekod bersih apabila hampir tiada laporan rasuah dan salah laku di kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan negeri sepanjang tempoh 18 tahun.

Menteri Besar, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan berkata, tiada laporan salah laku atau
kegiatan rasuah di kalangan kakitangan pentadbiran awam sejak 1990 sehingga sekarang.

Nik Aziz juga berkata, "Kerajaan Malaysia sendiri sejak sekian lama telah memerangi rasuah,
tetapi sehingga sekarang tidak berakhir sama ada di peringkat kerajaan atau parti.

Semua yang berlaku kerana tiadanya rasa keikhlasan dalam jiwa apabila melaksanakan tanggungjawab "Apa yang menjadi keutamaan mereka ialah wang," ujarnya.

No comments: