Thursday, November 6, 2008

Pancing Suami,hadiah Isteri

Dapat Email dari mart tune
suruh baca isteri tersayang
jadikan panduan bukan ajaran
kalau tak elok boleh buang

Sebagai isteri, apa yang diharapkan
oleh suami menjalin kemesraan
lagi hangat? dari sentuhan
di sebalik keinginan sifat kelelakian
amat di senangi sentuhan belaian
dari seorang isteri penyayang
pancing ghairah suami tersayang?

Jangan sekali tanpa pakaian
seurat benang di tubuh badan
bisa memakai pakaian malam
pakaian tipis ibarat telanjang
merangsang nafsu suami tersayang

Rambut terurai berjuntaian
menaikkan ghairah serta keinginan
bila suami terhidu keharuman
rambut sentiasa dalam perapian
membangkitkan hasrat seks kelelakian

buka baju perlahan-lahan
tanpa sepatahpun kata gurauan
iiringi senyuman manja jelingan
suami tidak sabar raih pelukan

Sentuhan bibir sehangat kuku
teransang suami di usap lembut
mainkan bibir di pipi kanan
Ghairah birahinya tidak terperi

Isteri meransang keinginan suami
melalui ‘hadiah’ yang dianugerahkan
gigitan manja dileher kiri
tinggalkan tanda tiada kesakitan

Bangun tidur biar sendirian
tanggalkan pakaian bersebelahan
bila sedar hangatkan badan
pegang peha sentuh mempersonakan
menaikkan semula sifat kelelakian

Zon Rasa:
Kulit bahagian dalam paha anda mampu meransang suami anda kerana ianya lembut dan mempesonakan
pancainderanya. Apatah lagi bila disentuhnya,anda kegelian. Ini akan menyebabkan suami anda
berasa lebih 'macho' perkasa.

Daerah Rangsangan:
Mudah sahaja caranya: mainkan hujung lidah anda dengan lembut di bahagian luar cuping telinga
suami. Gerakkan lidah turun naik di bahagian belakang telinga hingga terus ke leher. Lakukan
perlahan-lahan dengan penuh kemesraan.

Sentuhan Kasih Sayang:
Kelembutan sentuhan wanita menjadi impian setiap lelaki. Kucupan lembut dan usapan halus
menggunakan hujung jemari anda mampu menggoda suami dan menyebabkan dia terkulai manja di dalam dakapan anda.

Bangkitkan Suasana:
Selain pancaran sinar malap lampu tidur atau sebatang lilin dan juga alunan muzik yang lembut
mendayu, suasana romantis dapat dihidupkan dengan semburan wangian sekitar kamar tidur. Anda diminta mengenakan wangian kegemarannya, minyak aromaterapi, losyen atau kain sutera yang dibiarkan menyentuh lembut kulit suami.

Pesona Pandangan:
Tatapan mempesonakan yang penuh perasaan kasih juga sayang terhadap suami anda cukup untuk mempamerkan perasaan anda terhadapnya. Tidak perlu anda berkata-kata, renungan anda yang meruntun itu cukup untuk membuatkan dia terkesima.

Membelai Nyata:
Suami akan berasa lebih disayangi jika anda pandai mengusap rambutnya. Apabila duduk bersama, belailah mahkota lebatnya itu. Usaplah perlahan-lahan menyisir dengan jemari anda dari dahi hingga ke belakang lehernya.

Intipan Geram:
Perbuatan mengendap merupakan salah satu cara lelaki menaikkan ghairahnya sendiri. Tanpa disedari oleh wanita, dorongan seks lelaki mudah timbul oleh ransangan visual terutama pabila wanita mengenakan pakaian ataupun ketika mandi. Oleh demikian, usah menolak apabila si dia suami anda tiba-tiba mahu bersama anda sebaik sahaja anda melangkah keluar daripada kamar mandi.

Puputan Nafas:
Hembusan nafas anda yang hangat akan menaikkan ghairah suami anda. Sentuhlah perlahan bibir anda ke bibirnya. Nafas hangat anda akan menyebabkan dia tidak sabar-sabar lagi mahu mencumbui anda.

Planet G-Spot:
Suami juga mempunyai g-spotnya (hot-spot) yang tersendiri. Cari dan terokailah. Pancinglah si dia dengan memainkan peranan anda di zon sensasi miliknya itu .

Elak Sahaja Menyentuh Kelemahannya:
Jangan sentuh kelemahan yang ada di tubuh suami anda. Tumpukan pada bahagian yang menjadi kebanggaannya seperti dadanya yang bidang, bahu atau hujung lengannya.

Sepantas Kilat:
Bila mana anda mahu membuat suami anda lekas ghairah, ambillah tindakan yang agak agresif. Tarik dia ke sofa dan bertindak secepat kilat. Tetapi, sebelum itu pastikan keadaan sekitar ‘selamat.’

Kejutan Halwa Mata:
Suami akan mengagumi anda, andai anda senantiasa membuat kejutan dari masa ke semasa untuk disaksikannya. Ini termasuk, membuat perubahan daripada segi penampilan anda, seperti dandanan rambut fesyen terbaru atau mengenakan pakaian dalam yang terseksi yang baru anda temui di gedung atau butik pakaian kegemaran anda.


Di sadur dari untaian - martune Khamis, November 06, 2008

No comments: