Tuesday, November 4, 2008

Beli Eurocopter

Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) tegaskan tiada sebarang penyelewengan dalam urusan tender pembelian helikopter Eurocopter.

Pengerusinya Datuk Seri Azmi Khalid berkata, PAC membuat kesimpulan itu setelah mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan.
PAC juga katanya, turut cadangkan agar kerajaan lebih telus dan menubuhkan panel bebas bagi pembelian perbekalan yang libatkan kos yang besar pada masa hadapan.

Berhubung dengan cadangan kerajaan menggantikan helkopter Nuri, PAC katanya berpendapat, kerajaan perlu meneruskan pembelian helikopter bagi menggantikan Nuri yang telah meragut 95 nyawa anggota TUDM. Selain itu katanya, pembelian itu perlu dilakukan kerana penangguhan boleh menyebakan kos pembelian meningkat.

Mesyuarat PAC itu turut dihadiri anggotanya daripada parti pembangkang iaitu Ahli Parlmen DAP Kepong, Dr Tan Seng Giaw, Ahli Parlimen PKR Tony Pua dan Willian Leong serta Ahli Parlimen PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar... agendoldaily

No comments: