Friday, October 30, 2009

Spices berjaya

Kerana janji majlis nak mula
pederas kereta had laju dijaga
jauh diperdalaman, nun disana
sampai destinasi dituju tersua
lega, majlis resmi belum bermula.

Sungai Tawar tempat diberi
nak bertemu pembesar negeri
menerima amanah dan intipati
mentadbir, menjana, ilmuan negeri.

Sekolah SRA rakyat ,Tahfiz terbela
cetusan minda wakil mamanda
pemegang amanah terus melaksana
menjana ilmuan selangor beretika.

Syabas MB, exco dan speaker
turun padang ke ujung negeri
bertemu bermesra rakan seusaha
dalam majlis penuh suasana.

kerja usaha Pitas dan mamfis teruja
bersama melaksana Spices berjaya
hub ilmu pendidikan utama
Selangor berkebajikan manfaat bersama.

Wednesday, October 28, 2009

1 Malaysia Dua Perak bukan emas?

28 oktober 2009
Perak bersidang, dua nakhoda
satu halal dan satu haram katanya
warga marhein keliru belaka.

Sidang belalu penuh liku
Baget lulus sebulat suara
Tiga usul nampak bergaya
tanda muafakat tercetus jua

Lumrah didunia, bakal ketara
musykil idea bagaimana cara
Menentukan siapa sebenarnya nakhoda
bentara mula menunjuk muka
ketentuan Allah bakal tersua.

Saturday, October 24, 2009

Trapi percuma , Bajet bergema

12 kali rawat pun sudah
Healing proses jelas ketara
ITO alpha punya jenama
buat kalian kebanyakan pesara
jaga kesihatan maa.....
ceria, awet muda ; katanya.

Baha penyelia senior
Zieze, shida dan lia pembantu utama
sabtu ahad rehat cuma
hari2 rawat percuma.

Baget 2010 PM bentang
katanya berhemah pada warga tua
khusus memacu ekonomi Bio
penekanan pertanian , pelajaran tak alpa
nampak gaya 1Malaysia berjaya.