KUALA LUMPUR 30 Jan. - Jualan hujung minggu Malaysia Airlines (MAS) kembali dengan penawaran 150,000 tiket, berharga mulai RM39 dan ke atas.
Tiket-tiket berkenaan bagaimanapun hanya boleh dibeli menerusi tempahan dalam talian selama dua hari — esok dan Ahad.
Penerbangan di seluruh Semenanjung Malaysia berharga RM39 manakala penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak dan Johor Baharu ke Kuching mulai RM69.
“Kami sudah memansuhkan surcaj bahan api domestik dan pelanggan akan dapat menikmati tambang rendah sebenar tanpa caj tersembunyi.
“Ia adalah tambahan kepada perkhidmatan premium yang ditawarkan, termasuk minuman dalam penerbangan, jadual yang lebih mudah, pelepasan mengikut masa yang ditetapkan serta peruntukan bagasi 20kg,” kata Dr. Amin Khan, Pengurus Besar Kanan Pengurusan dan Perolehan Rangkaian MAS. - Bernama
Friday, January 30, 2009
Bantah idea bubarkan sayap utama Umno
Ketua Pemuda Umno Johor, Datuk Razali Ibrahim berkata, tindakan membubarkan sayap-sayap penting tidak akan menyelesaikan masalah politik wang dalam parti itu.
Sebaliknya, kata ahli parlimen Muar, parti perlu melihat lebih luas punca-punca yang menimbulkan politik wang dalam Umno.
Semalam pengerusi lembaga disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Ritahuddeen Ismail menyarankan sayap-sayap Pemuda, Wanita dan Puteri wajar dipertimbangkan untuk dimansuhkan bagi mengawal gejala buruk tersebut.
"Saya terkejut, kenyataan Tengku itu bunyinya macam nak bubarkan Umno sahaja.
"Tidak wajar (dimansuhkan) kerana politik wang, kita hendak membubarkan Umno, kerana kita perlu lihat lebih luas punca berlakunya perkara tersebut," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Sementara bendahari Umno Melaka, Latipah Omar berkata, kenyataan Tengku Ahmad Ritauddeen itu boleh diumpamakan seperti "marahkan nyamuk, kelambu dibakar."
Katanya, ahli-ahli Wanita Umno tidak terlibat dengan politik wang, jadi ia tidak perlu membabitkan pergerakan itu.

Dr Mariah desak Mykmu.net mohon maaf secara terbuka
KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh) - Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood mengutuk keras sikap dan perbuatan penulis Jamilisa yang menyebarkan fitnah dalam laman web Mykmu.net terhadap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali yang kononnya ditangkap berkhalwat.
Beliau menegaskan perbuatan Jamilisa yang tersebar dalam ruangan forum politik Malaysia pada 25 Januari lalu telah menjatuhkan maruah pimpinan wanita Islam.
Katanya, itu perbuatan itu tidak bertanggungjawab dan penulis tersebut wajar meminta maaf kepada Dr Halimah, suami, keluarga dan pihak PAS.
"Bagi kami pimpinan wanita PAS ini merupakan satu perkara yang sukar untuk dimaafkan kerana melibatkan maruah diri, keluarga dan perjuangan PAS," tegasnya.
Katanya, walaupun Jamilisa telah meminta maaf seperti yang disiarkan dalam laman web Mykmu.net tetapi itu tidak memadai kerana fitnah tersebut melibatkan maruah seorang isteri, ibu dan wakil rakyat.
Beliau mendesak laman web tersebut meminta maaf secara terbuka dan berjumpa sendiri dengan Dr Halimah, suami serta wakil PAS.
"Tuduhan ini bukan satu perkara yang main-main kerana ia melibatkan kredibiliti di mana selama ini akhlak Dr Halimah tidak pernah tercalar walaupun sedikit," tegas beliau.
Beliau memetik maksud surah An-Nur ayat 4 di mana Allah melarang menuduh wanita yang baik berzina.
Ayat itu bermaksud; "Dan orang-orang yang menuduh wanita yang baik berbuat zina dan tidak mendatangkan empat orang saksi maka deralah mereka yang menuduh itu dengan 80 kali deraan dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang yang fasik."

Friday, January 23, 2009
Khir Toyo: BN harus contohi langkah Tun Razak
Jimadie Shah Othman | Jan 22, 09 6:55pm
Kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan Umno disarankan supaya mencontohi langkah Tun Abdul Razak Hussein yang melakukan perubahan politik selepas peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
Ketika membuat saranan tersebut, bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berkata, Tun Razak melakukan perubahan besar dengan menukar nama Perikatan kepada BN, yang melibatkan penambahan parti komponen dan perubahan logo - daripada kapal layar kepada dacing.
Dalam hubungan itu, Dr Mohd Khir menyarankan supaya Dasar Ekonomi Baru (DEB) mestilah diperbaharui supaya kerajaan BN mendapat semula kepercayaan rakyat setelah kekalahan calon mereka di Kuala Terengganu 17 Januari lalu.
Menurut beliau, usaha memperbaharui dasar yang diperkenalkan lebih 30 tahun lalu itu mesti difokuskan ke arah merapatkan jurang pendapatan dan kualiti hidup rakyat pelbagai kaum.
"DEB hari ini tidak digemari oleh orang Melayu, tidak disukai oleh orang Cina, dibenci oleh orang India. Sebab itu, dasar polisi baru perlu dibuat. Dan, ianya mesti berlandaskan kepada dua perkara.
"Pertama, polisi ekonomi baru itu mestilah merapat jurang ekonomi antara rakyat semua kaum. Kedua, ia mesti merapatkan jurang kualiti hidup antara rakyat, daripada aspek infrastruktur dan sebagainya," kata Dr Mohd Khir dalam sebuah sidang media di pejabat Umno Selangor di Shah Alam pagi ini.

Thursday, January 22, 2009
Saya tak marah dan tak kecewa-C soi Lek
Setelah menyepi hampir 10 bulan ekoran skandal video seks dengan teman wanitanya,
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, kembali ke arena politik apabila dia memenangi jawatan Timbalan Presiden MCA dalam pertandingan empat penjuru.
Chua memperoleh sebanyak 1,115 undi, mengalahkan Setiausaha Agung yang juga abang kepada Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan (1,001), Donald Lim (209) dan Lee Hack Teik (10).Dilahirkan di Batu Pahat, Chua mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Lim Poon, Sekolah Menengah Tinggi Batu Pahat dan Sekolah Tinggi Muar.
Beliau meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Malaya pada tahun 1968.Pada 1974, beliau bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Batu Pahat sebelum membuka kliniknya sendiri pada 1977. Pada 1986 beliau dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penggaram selama 18 tahun sehinggalah pada 2004 apabila dia memenangi kerusi parlimen Labis dan berikutan itu dilantik Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Menteri Kesihatan sehinggalah beliau meletak jawatan pada 2 Januari, 2008 berikutan skandal video seks.
Dalam temubual eksklusif dengan Agendadaily, Chua bercakap mengenai peranan barunya sebagai Timbalan Presiden MCA, aspirasi dan harapan serta perancangannya untuk parti, isu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan, serta politik wang.

Tuesday, January 20, 2009
Muhyiddin: Umno sudah hilang faktor 'penarik'
Calon timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara terus terang mengakui bahawa Umno telah kehilangan faktor "penarik" untuk menarik rakyat kepada parti tunjang komponen BN itu.
Beliau yang juga naib presiden Umno berkata, faktor itu perlu dibawa kembali kerana dengan memiliki faktor penarik itu, bermakna rakyat akan tertarik dan memberikan perhatian terhadap perkara baru dan menarik yang disampaikan oleh parti itu.
"Sekarang ini dalam Umno, apakah faktor penarik itu. Tidak ada faktor penarik, kita telah kehilangan faktor penarik yang akan membuatkan rakyat benar-benar mahu mendengar apa yang dikatakan oleh pemimpin," katanya.
muhyiddin yasin muhyiddin yassinMuhyiddin yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu memberitahu wartawan Malaysia di Manama (Bahrain) ketika diminta mengulas kekalahan BN dalam pilihanraya kecil Terengganu Sabtu lalu di mana calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut menewaskan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan majoriti 2,631 undi, lapor Bernama.
Mohd Abdul Wahid mendapat 32,883 undi manakala calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi.
Oleh itu, kata Muhyiddin, Umno dan BN perlu merekayasa bagi memenuhi aspirasi rakyat tanpa mengorbankan prinsip dan perjuangan Umno.
"Presiden parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bakal penggantinya Datuk Seri Najib Tun Razak perlu melakukan perubahan radikal, pembedahan politik, jika terpaksa," katanya.

Selera pengundi PAS dan BN masih sama?
Walaupun PAS menawan semula kerusi Parlimen Kuala Terengganu, namun kemenangan calon parti itu serta kekalahan calon Barisan Nasional masih menunjukkan sokongan pengundi kepada PAS serta BN tidak banyak berubah. Sungguhpun Mohd. Abdul Wahid Endut menang dengan majoriti 2,631 undi, calon PAS itu hanya berjaya menarik pengundi baru sebanyak 949 orang. Ini kerana jumlah undi diperolehi dalam pilihan raya kecil tersebut adalah 32,883 manakala Mohamad Sabu yang bertanding ketika pilihan raya umum Mac tahun lalu mendapat 31,934 undi. Kekalahan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh pula menunjukkan kegagalan parti itu mengekalkan 32,562 undi yang diperolehi Allahyarham Datuk Razali Ismail pada Mac tahu lalu.
Jangan politikkan isu LCCT
Cadangan Air Asia untuk membina sebuah lagi Terminal Lapangan Terbang Kos Rendah (LCCT)di Labu, Negeri Sembilan tidak harus dipolitikkan kerana ia bertujuan semata-mata untuk meningkatkan ekonomi negara dan memberi keselesaan kepada rakyat.Apa yang nak kecoh? Kami bukannya guna duit kerajaan, kami hanya mahukan kebenaran membina satu lagi kemudahan pengangkutan, kata pengerusi Air Asia, Datuk Aziz Bakar apabila diajukan pendapatnya mengenai cadangan syarikat itu dipersoalkan beberapa pihak -Agendadaily
Friday, January 16, 2009
Kepala babi diletak dalam surau Akademi Pengajian Islam UM
Abdul Rahim Sabri | Jan 16, 09 10:28am
Pelajar Universiti Malaya (UM) gempar awal pagi ini apabila dua kepala babi ditemui di letakkan di atas bendera parti politik pembangkang, di dalam surau Akademi Pengajian Islam, UM di ibu negara.
Malaysiakini difahamkan bahawa kepala babi itu ditemui oleh seorang petugas pro-Mahasiswa yang ditugaskan untuk menjaga poster dan kain rentang kumpulan itu di kawasan tersebut, pada kira-kira jam 5 pagi tadi.
pig head in UMMantan exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM sesi yang lalu, Mohd Hilman Nordin memberitahu Malaysiakini,kepala babi itu diletakkan di atas bendera parti PAS.
Katanya, pada kira-kira jam 7.30 pagi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UM, Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin, datang ke surau tersebut, selepas dimaklum mengenai kejadian tersebut.
Mohd Hilman berkata, Dr Mohd Amin kemudiannya menasihatkan para pelajar supaya bersurau dan ke kuliah masing-masing.
Sementara itu, Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) akan mengadakan satu sidang akhbar pada jam 2.30 petang untuk mengecam perbuatan tersebut. -Malaysiakini

Pelajar DPLI kini terdesak -tajaan ditarik balik
PETALING JAYA - Ada antara mereka sanggup berhenti kerja bergaji besar semata-mata mahu mengejar impian menjadi guru setelah menerima tawaran Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).
Bagaimanapun, selepas dua minggu mengikuti kelas, 280 pelajar DPLI sesi kemasukan Januari 2009 itu kecewa apabila dimaklumkan Kementerian Pelajaran membatalkan tajaan berjumlah hampir RM21,000 seorang secara tiba-tiba.
Lebih membuatkan pelajar pelbagai pengkhususan sesi Januari 2009 itu berang ialah surat pemberitahuan pembatalan itu dimaklumkan hanya menerusi satu kiriman e-mel.
"E-mel daripada Kementerian Pelajaran diterima oleh pihak fakulti pada 13 Januari lalu dan kami jadi panik sebab ramai bergantung pada wang tajaan itu untuk belajar,'' kata jurucakap kumpulan pelajar itu, Muhammad Nizam Che Hasan pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurut Muhammad Nizam, mereka yang terlibat bukan datang dari sebuah universiti sahaja tetapi melibatkan hampir keseluruhan institut pengajian tinggi awam (IPTA).
Antara IPTA yang terbabit ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM).
Kata Muhammad Nizam, kemarahan mereka ada asasnya kerana kesemuanya telah menjalani proses kelayakan termasuk temu duga malah surat tawaran penajaan program khas DPLI diterima pada 15 Disember lalu.

Dr Khir vs Khalid isu Toyota Camry, Mercedes dan Lexus
Kritikan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo terhadap kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dianggap membazir berhubung isu pembelian 15 buah Toyota Camry untuk kegunaan rasmi mencetuskan babak cerita baru apabila Khalid pula menuduh Dr Khir membazir.Melalui Setiausaha Politiknya, Nik Mohd Nazmi Nik Ahmad, Menteri Besar itu menuduh Dr Mohamad Khir ketika menteri besar membenarkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) membeli sebuah mercedes S350L beharga lebih RM900 ribu.Nazmi juga mendakwa Dr Mohd Khir menggunakan kenderaan itu bagi kegunaan peribadi.
-Di petik dari Agendadaily
-Di petik dari Agendadaily
Nazri beri ingatan kepada MP BN seksis
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberi ingatan kepada Anggota Parlimen (MP) Barisan Nasional (BN) yang suka mengeluarkan kenyataan berbaur seksis di dalam Dewan Rakyat bahawa mereka mungkin tidak dicalon semula untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.Kerajaan memandang serius perkara ini dan tindakan tegas diperlukan untuk mengelak ia daripada berulang -Agendadaily
Pengurus Pilihanraya tarik diri..?
Datuk Bandar, Datuk Mat Razali Kassim telah menarik diri sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu berkuat kuasa hari ini bagi memastikan kredibiliti Suruhanjaya Pilihanraya tidak terjejas.Ini berikutan dakwaan PAS beliau membantu kempen untuk calon Barisan Nasional.Mat Razali telah menafikan dakwaan itu.Pihak SPR telah melantik Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Wan Mustafa Wan Hassan sebagai Pegawai Pengurus pilihan raya yang baru.
- 15/1/2009 Agendadaily
- 15/1/2009 Agendadaily
Thursday, January 15, 2009
Bakal pesara- count down dah bermula..
Saat menjelma kian terasa
masa berlalu tahun bertambah
30 tahun sudah selesa
kini tersa kian berubah
menghitung hari bakal bersara
gundah tiada betapa gembira.
tugasan biasa tidak berubah
tambah tugasan lansung tiada
cukup masa punch lah ia......
menanti suasana bakal berubah
khidmat dan mentelaah tidak dilupa.
masa berlalu tahun bertambah
30 tahun sudah selesa
kini tersa kian berubah
menghitung hari bakal bersara
gundah tiada betapa gembira.
tugasan biasa tidak berubah
tambah tugasan lansung tiada
cukup masa punch lah ia......
menanti suasana bakal berubah
khidmat dan mentelaah tidak dilupa.
Wednesday, January 14, 2009
Jangan derma kepada kumpulan tidak berjuang di Palestin' Azamin Amin
'
Wed | Jan 14, 09 | 11:20:25 am MYT
KUALA TERNGGANU, 14 Jan (Hrkh) - Naib Presiden PAS Mohammad Sabu mengingatkan orang ramai supaya tidak menderma dan menyumbang dana kepada kumpulan yang tidak berjuang di Palestin malah dikatakan bersekongkol dengan Yahudi.
Kita bimbang, ada yang membuat kutipan d masjid-masjid untuk derma Palestin tetapi kemudiannya menyalurkan dana tersebut kepada kumpulan yang tidak berjuang seperti Fatah yang yang tidak diiktiraf rakyat Palestin tetapi kerajaan yang bersekongkol dengan Yahudi," katanya.
"Saya menyeru orang ramai khususnya masarakat Malaysia yang prihatin untuk menderma kepada rakyat Palestin yang sebenarnya dan pejuang-pejuang yang berlawan dengan rejim zionis Israel," katanya yang akan berangkat ke Palestin pada 15 Januari ini.

Ahmadinejad Cabar Negara Islam..!
Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad mencabar negara-negara Islam supaya bersatu bagi menamatkan pembunuhan kaum yang giat dilakukan oleh Israel ke atas penduduk Palestin di Genting Gaza.
Beliau membuat cabaran itu selepas rundingan dengan Presiden Algeria, Abdelaziz Bouteflika, di sini semalam.
Mahmoud memberi amaran, jika langkah-langkah global tidak diambil segera oleh negara-negara bebas dan merdeka untuk menghentikan pengeboman Israel ke atas Gaza, “rantau ini, dunia Islam dan umat manusia seluruhnya akan berdepan dengan malapetaka kemanusiaan terbesar dalam sejarah.”
Beliau menggesa sekatan politik dan ekonomi dikenakan secara bersepadu ke atas Israel.
Menurut Presiden itu, Iran akan memberikan “segala bentuk sokongan” untuk memerangi keganasan Israel dan mencegah “peringkat genosid baru” dalam kempen rejim Zionis itu ke atas rakyat Palestin.
Sambil memberi amaran dunia Islam serta para pemimpinnya memikul “tanggungjawab terbesar dalam sejarah” untuk bertindak, Mahmoud berkata, rakyat dan kerajaan negara Islam “mampu memarakkan intifada Palestin.”
Beliau merujuk kepada dua pemberontakan Palestin menentang pendudukan Israel pada 1987 dan 2000.
Israel mula mengerahkan askar simpanannya memasuki Genting Gaza semalam ketika pertempuran sengit terus meletus sekalipun Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menuntut agar gencatan senjata dilaksanakan di wilayah Palestin itu.-Sabahdaily

Citigroup unjur KDNK 2009 M'sia kepada 0.5%
Jan 13, 09 3:49pm
Citigroup Global Market mengunjurkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 2009 Malaysia kepada 0.5 peratus daripada 3.1 peratus sebelum ini, di tengah-tengah aktiviti ekonomi yang perlahan.
Pertumbuhan KDNK suku tahun pertama 2009 dijangka -0.9 peratus, kata Ketua Penyelidikan Malaysia Citigroup Global Market, Choong Wai Kee di satu sidang media di ibunegara hari ini. Unjuran KDNK kerajaan ialah 3.5 peratus, lapor Bernama
"Bagi suku tahun kedua dan ketiga, akan berlaku pemulihan sederhana tetapi dijangka lebih rendah berbanding dengan suku tahun yang lain 2008.
"Ekonomi diharap melantun semula dengan kukuh di dalam suku keempat 2009," katanya.
Menurut Citigroup, GDP 2010 dianggarkan 4.2 peratus manakala imbangan fiskal diunjurkan -5 peratus pada 2009 dan -4.5 peratus pada 2010.
Choong berkata Malaysia kemungkinan terjerumus ke dalam kemelesetan teknikal pada suku keempat 2008 dan suku tahun pertama 2009.

Janji Najib jika pengundi pilih BN 17 Jan
13 Jan 2009 2:08PM
KT: Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji kerajaan akan membuat perubahan besar di Kuala Terengganu jika rakyat memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen kawasan itu 17 Januari ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan BN merupakan sebuah kerajaan yang mampu membuat perubahan untuk kesejahteraan rakyat berbanding PAS yang hanya tahu berjanji tetapi tidak mampu melakukannya.
“Insya-Allah jika bagi kita mandat ini, saya berjanji kita akan membuat perubahan yang besar di Kuala Terengganu,” katanya ketika berucap pada majlis sarapan pagi di rumah setiausaha peti undi Paloh Zaki Mohd Yusof di Sungai Kiat, Kubang Bakung di sini hari ini. / Bernama

Tuesday, January 13, 2009
BN dah laksana negara kebajikan-kata Najib
DARI KECIL... Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegaskan Barisan Nasional (BN) tidak perlu menggunakan label negara kebajikan kerana telah melaksanakannya sejak memerintah negara. Di Malaysia daripada lahir sampai masuk ke liang lahad boleh dikatakan setiap detik dalam kehidupan kita banyak pertolongan dan bantuan yang diberi kerajaan, katanya- Malaysiakini
Anuar perlekeh Ezam
Ezam Mohd Nor yang akan mendedahkan "surat damai" Penasihat Parti Keadilan Rakyat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad pada 8 September 1998.Surat itu dakwa Ezam yang pernah jadi Setiausaha Politik kepada Anwar akan membuktikan bagaimana sikap hipokritnya kerana pada waktu yang sama mengutuk mantan Perdana Menteri selepas dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Anwar dengan stailnya yang bersahaja sebaliknya memperlekehkan kenyataan Ezam nak dedahkan surat itu menjelang pilihanraya kecil Kuala Terengganu Sabtu ini.Kalangan yang cukup arif dengan stail Anwar mendakwa beliau selalu mengambil taktik mengelak untuk melayan cabaran Ezam kerana sedar bekas orang kanannya itu ' tahu banyak'.Kata Anwar sejak pilihanraya umum tahun lalu, sebanyak 101 tuduhan dilemparkan oleh Ezam terhadapnya.“Tetapi satupun saya tidak layan.
Yang ini juga saya tidak mahu layan kerana jika saya berbuat begitu, ia seolah-olah saya memberikannya pengiktirafan," katanya menjawab soalan para wartawan mengenainya di bangunan Parlimen petang Isnin

Kes saman malu Eric Chia 14 April
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 14 April ini untuk sebutan semula kes saman malu bekas pengarah urusan Perwaja Terengganu Sdn Bhd mendiang Tan Sri Eric Chia terhadap setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.
Hakim Datuk Abdul Wahab Patail menetapkan tarikh itu bagi membolehkan peguamcara plaintif mendapatkan arahan lanjut sama ada untuk meneruskan kes itu atau sebaliknya, memandangkan Chia, 75, telah meninggal dunia pada 24 Jun tahun lepas kerana sesak nafas.
Saman itu berhubung laporan polis oleh Lim, 48, bertajuk "First Report On Financial Malpractices, Abuse Of Power, Corruption And Fraud In Perwaja Terengganu Sdn Bhd (Perwaja)".
Pada 2 Jan, 2002, Chia mengemukakan saman dengan mendakwa laporan Lim, yang sekarang Ketua Menteri Pulau Pinang, di Balai Polis Daerah Sentul pada 11 April 1996 menggambarkan beliau sebagai seorang yang rasuah dan tidak layak berkhidmat untuk syarikat berkenaan.
Chia mendakwa laporan itu telah menyebabkan reputasinya selaku seorang ahli perniagaan terkemuka di negara ini rosak teruk dan dengan itu memohon ganti rugi am, ganti rugi teruk dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Anwar perlu guna kelebihan desak Israel hentikan serangan
Selasa Januari 13, 2009
KUALA TERENGGANU: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menggunakan kelebihan hubungan rapatnya dengan Amerika Syarikat (AS) untuk mempengaruhi kuasa besar itu mengarahkan Israel menghentikan serangan di Gaza, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini.
Beliau berkata isu Palestin bukanlah satu isu kepartian tetapi lebih kepada isu sejagat dan kemanusiaan yang memerlukan semua pihak bersatu dalam menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan AS mengambil tindakan segera dalam menangani isu terbabit.
"Saya tengok dia menyokong kita, itu penting bahawa dia mula memahami intipati dan inspirasi rakyat Malaysia yang menentang kezaliman dan rejim Israel yang melakukan jenayah antarabangsa.
"Diorang (Anwar) pun ada pengaruh sebab diorang pun rapat dengan Amerika. Jadi mereka patut guna pengaruh, guna rakan-rakan Amerika, jadi sama-sama bertindak," katanya selepas majlis pelancaran program Masyarakat Wanita Anti Dadah (Mawadah) peringkat kebangsaan di sini.
Katanya, 10 usul dikeluarkan pada Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai kekejaman rejim Zionis di Gaza, yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam adalah pendirian dan intipati naluri rakyat Malaysia.

P.Pinang pohon RM500 juta daripada kerajaan pusat
Selasa Januari 13, 2009
PULAU PINANG:Kerajaan Pulau Pinang telah memohon peruntukan sebanyak RM500 juta daripada kerajaan pusat untuk melaksanakan pelbagai program termasuk melatih semula pekerja dan membantu membuka peluang perniagaan kepada penduduk negeri ini bagi tempoh dua tahun.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyatakan persetujuan untuk menyalurkan bantuan kepada kerajaan negeri, bagaimanapun Menteri Kewangan itu tidak menyebut jumlah yang akan diberikan.
"Saya telah berjumpa dengan Datuk Seri Najib dan beliau sedia beri wang tetapi beliau tidak menyebut jumlahnya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Lim berkata permohonan itu sebagai persediaan kerajaan negeri menghadapi pelbagai masalah yang mungkin akan dihadapi oleh pekerja di negeri ini dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu pada masa ini.
Beliau berkata kerajaan negeri juga bertindak mengaktifkan semula Jawatankuasa Khas Pekerjaan dan Latihan Semula Pekerja bagi menangani impak negatif terhadap pekerja berikutan keadaan ekonomi dunia yang lembap itu.

Monday, January 12, 2009
Karpal letak syarat pada PAS dan PKR
KUALA LUMPUR:12 Jan 09- Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, parti itu sanggup bekerjasama dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), sekiranya PAS dan PKR tidak meneruskan usaha untuk melaksanakan undang-undang hudud.
"Dalam politik telah dikatakan bahawa tiada musuh atau rakan yang kekal, tetapi prinsip yang kekal perlu dimiliki oleh setiap parti politik," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Karpal berkata, PAS dan PKR perlu menerima hakikat bahawa hudud tidak pernah termaktub dalam perundangan negara.
"Keamanan dan keharmonian di kalangan rakyat pelbagai anutan di negara ini tidak boleh digugat dengan percubaan untuk mengubah Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Semalan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penganut Kristian tidak perlu merasa gusar sekiranya masyarakat Islam mahukan undang-undang Islam.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berkata hukum hudud adalah untuk orang Islam sahaja sementara bukan Islam boleh memilih untuk dibicarakan di bawah undang-undang sivil.
Karpal berkata hujah tersebut tidak logik.
"Apa akan terjadi sekiranya seorang Islam dan bukan Islam menghadapi tuduhan bersama. Yang Muslim memilih untuk dibicarakan menerusi hudud sementara yang bukan Islam memilih undang-undang sivil. Bagaimana mahkamah akan mengatasi dilema ini." katanya.
Beliau berkata Perlembagaan Persekutuan hanya menetapkan satu bentuk undang-undang sahaja iaitu undang-undang sivil bagi orang Islam dan bukan Islam. BERNAMA

Karpal yang keliru, bukan Anwar
Anwar Ibrahim buat pertama kalinya menyentuh isu hudud lewat ceramahnya di Kuala Terengganu. Katanya jelas: “Hudud yang akan dilaksanakan oleh PAS hanya meliputi kepada orang-orang Islam; bukan Islam tidak.” Cukup, terang dan jelas!
Bagaimana seorang tua yang matang seperti Karpal Singh masih terkeliru dengan kenyataan sedemikian. Karpal menjadikan hujah oleh MB Kelantan bahawa “tiada sebab orang-orang bukan Islam untuk menolak hudud kerana bila dilaksanakan, samalah seperti mana mereka boleh terima undang-undang Barat.”
Apa yang pelik dengan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz di atas? Saya nampak tiada yang pelik, bahkan terang dan jelas. MB Kelantan tidak pun memasukkan bahawa: “Orang-orang bukan Islam PATUT TERIMA HUDUD untuk dilaksanakan ke atas mereka, seperti mana mereka terima undang-undang Barat, tiada yang berbeza pun…”
Saya fikir, Karpal perlu meneliti banyak ucapan dan penegasan oleh pimpinan kanan daripada PAS. Hj Hadi sendiri selaku presiden parti, acap kali menegaskan bahawa hudud jika dilaksanakan, ia hanya untuk orang-orang Islam. Hujah yang sama apabila Tuan Guru Nik Aziz menyatakan, orang Islam wajib solat maka kewajipan yang sama juga kepada hudud bahkan qisas. Semuanya arahan Allah SWT- Sabahdaily

Friday, January 9, 2009
Hizbullah bantu Hamas
Rakyat Palestin melihat keadaan sebuah masjid di Gaza, Palestin yang musnah dibedil jet pejuang Israel, semalam.
MUSNAH... Keangkuhan dan kekejaman rejim Zionis di bumi Palestin semakin melampau apabila sebuah masjid di Gaza musnah dalam satu malam sahaja selepas dibedil jet pejuang Israel.
Turut menjadi sasaran peluru berpandu rejim kejam itu ialah kawasan penempatan di Beit Lahiya, Utara Tebing Gaza yang mengorbankan lima jiwa.
Tiga roket Katyusha dilancarkan ke utara Israel dari selatan Lebanon semalam, disusuli dengan tentera rejim Zionis membalas dengan tembakan mortar ke seberang sempadan.
Jet-jet pejuang Israel terus membedil Genting Gaza semalam dan kereta kebal negara Yahudi terus melepaskan tembakan ke arah pejuang Palestin, serangan yang disifatkan terburuk dalam tempoh 13 hari.
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa menuduh tentera Israel gagal dan enggan membantu penduduk Palestin yang cedera terkena serangan mortar di sebuah penempatan awam di Gaza.
Puluhan ribu penduduk Palestin menghadapi risiko lemas dalam banjir najis kerana sistem kumbahan di Gaza yang terdedah kepada serangan udara Israel serta ketidakmampuan penduduk untuk mengoperasikan pam.

PBB lulus resolusi gencatan senjata di Gaza
09/01/2009 10:57am
NEW YORK 9 Jan. _ Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi untuk mengadakan gencatan senjata “yang segera dan berpanjangan” di Genting Gaza, seterusnya membawa kepada “pengunduran seluruh” askar Israel dari wilayah Palestin itu.
Amerika Syarikat (AS) mengambil pendirian berkecuali pada pengundian malam tadi.
Sejumlah 14 daripada 15 anggota Majlis mengundi untuk menyokong resolusi berkenaan yang dihasilkan daripada rundingan sengit selama tiga hari melibatkan Menteri-Menteri Luar Arab; Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice, Setiausaha Luar Britain; David Miliband dan Menteri Luar Perancis, Bernard Kouchner. _ AFP

Karpal sudah faham hudud - Hadi
09/01/2009 2:51pm
KUALA TERENGGANU 9 Jan. — Pas berkata parti ini tidak perlu lagi memberi penjelasan mengenai pelaksanaan hukum hudud dan qisas kepada Pengerusi DAP Karpal Singh kerana anggota Parlimen Jelutong itu telah faham mengenainya.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata soal pelaksanaan hukum tersebut telah pun dijelaskan kepada para pemimpin Pakatan Rakyat (PR) termasuk pemimpin DAP.
“Kita dah pernah buat seminar dan berbincang pasal benda ini (hudud dan qisas) kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat. Saya rasa tak perlu lagi saya nak jelaskan kepada DAP kerana saya rasa Karpal Singh (Pengerusi DAP) dah faham.
“Sekarang ini persoalannya kenapa UMNO menolak untuk dilaksanakan hudud?
Saya bersedia untuk berbincang dan memberikan penjelasan kepada Umno mengenai hudud,” katanya kepada pemberita di kediamannya di Rusila, Marang.
Beliau diminta mengulas kenyataan Karpal Singh yang meminta parti itu menjelaskan mengenai pelaksanaan hukum hudud itu. - Bernama

Polis kumpul petunjuk baru?
KUALA LUMPUR: Polis tidak berputus asa untuk menyelesaikan kes Sharlinie Mohd Nashar, 6, walaupun usaha itu mungkin berdepan pelbagai kesukaran kerana sudah berlarutan sehingga setahun.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya masih terus mencari dan mengumpul petunjuk baru bagi menyelesaikan kes itu, malah sedia mendapatkan kepakaran dari luar negara jika diperlukan.
"Selain mencari Sharlinie, kita bimbang penjenayah sama mengulangi perbuatannya. Kita sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan," katanya di sini, semalam.
Hari ini genap setahun Sharlinie dilaporkan hilang ketika pulang ke rumah bersama kakaknya di Jalan PJS 2C/11N, Taman Medan selepas bermain di taman permainan berdekatan, pada jam 11.30 pagi.
Usaha polis dan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat dan pengamal ilmu perubatan tradisional untuk mencari kanak-kanak itu menemui jalan buntu.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Zinin turut mengesahkan pihaknya bersedia mendapatkan bantuan daripada pakar luar negara bagi menyelesaikan kes ini.
"Perbincangan sudah dilakukan beberapa kali untuk mencari pakar bagi membantu siasatan kes terbabit," katanya yang turut meminta kerjasama orang awam menyalurkan maklumat kepada polis.

Wan Mohd Farid-Jangan nilai buku melalui kulitnya
Selepas tiga minggu diumum sebagai calon Barisan Nasional (BN) cakap-cakap mengenai Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang didakwa sesetengah pihak sebagai pemimpin yang tidak mudah mesra rakyat dan berketerampilan elit, terus jadi bualan dan isu menarik kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.Walaupun Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu dan bekas timbalan Menteri Dalam Negeri itu sudah menjawab segala tohmahan itu, tetapi hal itu belum nampak noktah bahkan Menteri Besar Terengganu yang juga Pengerusi BN negeri, Datuk Ahmad Said masih digasak wartawan soalan sama.Barangkali sudah bosan dengan soalan sebegitu, Ahmad berkata, "Kalau anda hendak kita berpuas hati semua sekali, anda buat robot (sebagai calon) pun tidak menjadi. Mana ada seseorang yang sempurna?
Karpal tak terima jalan tengah-Hudud Anuar
Usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meredakan ketegangan antara PAS dan DAP mengenai isu Hudud menjelang pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu tidak sampai ke mana.Dalam ceramahnya di Kuala Terengganu Selasa malam yang turut dihadiri oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan orang kuat DAP,Lim Kit Siang... Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata DAP dan pemimpin bukan Islam dalam PKR bukan pertikai hukum itu tetapi mahu penjelasan daripada PAS.Beliau sebaliknya lanyak media putar belit kenyataannya malam ini manakala UMNO didakwanya akan terus pukul canang dengan menggambarkan ada permusuhan DAP dengan PAS mengenai hal itu.Khamis Pengerusi DAP Karpal Singh yang pernah tegaskan langkah mayatnya dulu jika PAS mahu laksanakan Hudud mengeluarkan satu kenyataan bahawa apa yang dikata oleh Anwar hukum hudud hanya terpakai kepada orang Islam dan bukannya di seluruh negara adalah mengelirukan.Beliau tetap berpendirian Malaysia bukan sebuah negara Islam dan kelulusan serta pelaksanaan hukum hudud adalah melanggar Perlembagaan.-Agendadaily
Thursday, January 8, 2009
Ungku Aziz letak jawatan YDP Angkasa
Jan 8, 09 11:43am
Prof Diraja Ungku Aziz meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua (YDP) Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) berkuatkuasa semalam setelah menerajui badan itu selama lebih 30 tahun.
Pengumuman mengenai peletakan jawatan itu dimaklumkan beliau melalui satu kenyataan ringkasnya di Kuala Lumpur hari ini.
ungku aziz universiti malayaDalam kenyataan itu, beliau turut menyatakan pendirian menolak pencalonan sebagai YDP dalam persidangan kebangsaan tahunan Angkasa yang akan berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) Sabtu ini, lapor Bernama.
Semalam, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi Datuk Yidris Abdullah meminta Ungku Aziz supaya meletak jawatannya sebagai YDP Angkasa berikutan perkembangan yang berlaku dalam badan koperasi itu sejak akhir-akhir ini.
Yidris dilaporkan berkata bahawa perkembangan yang berlaku itu menyebabkan anggota Angkasa berasa telah dikhianati kerana tidak dimaklumkan
mengenai pindaan yang dibuat ke atas Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang dikuatkuasakan mulai 1 Januari tahun lalu.
Angkasa ditubuhkan pada 1971, mewakili kira-kira 5,000 koperasi yang mempunyai keanggotaan berjumlah kira-kira enam juta orang dan aset bernilai kira-kira RM47 bilion.

K'jaan S'gor hantar misi bantuan ke Gaza
Jan 8, 09 3:05pm
Kerajaan negeri Selangor akan menghantar misi bantuan kemanusiaan yang akan berpangkalan di sempadan Mesir untuk memberi bantuan perubatan dan sosial kepada penduduk Gaza.
Keputusan tersebut diputuskan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri Selangor semalam.
"Misi ini akan diterajui oleh Yayasan Amal yang merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) yang berpengalaman luas dalam melaksanakan misi bantuan ke seluruh dunia.
"Segala bantuan yang diberikan dalam misi ini akan dibiayai oleh kerajaan negeri," kata kenyataan pejabat menteri besar Selangor.
Menurutnya, kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat turut melahirkan rasa sedih di atas penderitaan rakyat Palestin di Gaza akibat serangan oleh rejim Israel.-Malaysiakini

Wednesday, January 7, 2009
K'jaan digesa kaji semula penswastaan semua lebuhraya
Jan 7, 09 11:29am
MCA hari ini menggesa kerajaan supaya mengkaji semula penswastaan semua lebuhraya di negara ini bagi memastikan ia benar-benar menguntungkan rakyat.
Merujuk kepada langkah kerajaan mengklasifikasikan semula 22 perjanjian konsesi tol, jurucakap MCA, Lee Wei Kiat berkata, berdasarkan kajian awal Pemuda MCA, parti itu ingin mengemukakan dua syor seperti berikut:
"Pertama, kerajaan perlu mengkaji semula secara keseluruhan penswastaan lebuhraya di negara ini bagi memastikan ia benar-benar merupakan sebuah badan pengswastaan yang bertujuan untuk menguntungkan rakyat dan bukan sebaliknya," kata Wei Kiat dalam satu kenyataan.
Menurutnya lagi, tunjuan kesemua projek penswastaan ialah syarikat-syarikat terbabit mestilah bersedia untuk berdepan dengan risiko dan menanggung liabiliti yang mungkin dihadapi.
"Bagaimanapun, apa yang kita dapat dari dokumen perjanjian tol yang telah diklasifikasikan semula itu, tujuan utamanya ialah untuk menjana keuntungan dan kepentingan kerajaan dan rakyat diabaikan.
"Kedua, Kementerian Kerjaraya sepatutnya membantu menyelesaikan semua masalah teknikal yang mungkin berbangkit secepat mungkin dengan mendedahkan kepada umum perjanjian-perjanjian yang berkaitan, tanpa melengah-lengahnya, untuk memberi peluang kepada semua pihak untuk membaca dan mengkaji kandungan perjanjian, yang merupakan amat penting sekali," tegas Wei Kiat.-Malaysiakini

Pengundi muda Cina cenderung sokong pembangkang...
Jan 7, 09 2:41pm
Barisan Nasional (BN) perlu memberikan perhatian yang lebih kepada pengundi muda kaum Cina bagi memastikan golongan itu menyokong calon BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini, kata Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Berdasarkan maklum balas yang diterima, golongan berkenaan berkecenderungan menyokong pembangkang berbanding pengundi matang berusia 35 tahun ke atas, yang mampu menilai jasa dan sumbangan kerajaan BN terhadap kehidupan mereka, lapor Bernama.
Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan dialog dengan pemimpin pertubuhan Tionghua dan Dewan Perniagaan Cina Kuala Terengganu di Kuala Terengganu malam tadi, beliau berkata rasa penghargaan golongan matang bagaimanapun mungkin tidak dikongsi oleh golongan muda di kawasan parlimen berkenaan.
Ditanya punca kepada kecenderungan golongan muda memilih pembangkang itu, Koh berkata ia merupakan satu fenomena biasa.
"Secara amnya ia memang begitu, tetapi apabila mereka jadi lebih matang, mereka akan sertai BN," katanya.

Kerajaan Perak di gesa saman pemimpin BN
IPOH, 5 Jan: Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU PERAK) menggesa pemimpin kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa orang pemimpin UMNO yang melemparkan fitnah dan tuduhan liar terhadap kerajaan negeri berhubung isu penutupan tadika kemas di Perak baru-baru ini.
Presidennya, Mohd Hafez Sabri menjelaskan isu ini sebenarnya tidak berlaku sebaliknya sengaja dicipta dan direka oleh pihak yang terdesak semata-mata mahu meraih undi dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang akan menjelang.
"Saya sendiri telah bertanya kepada YAB Menteri Besar dan beliau menjelaskan kerajaan negeri tidak pernah pun menutup atau mengarahkan mana-mana pihak untuk menutup mana-mana premis tadika kemas di negeri ini, sebaliknya mengalu-alukan kewujudan sekolah tersebut sebagai salah satu medium terpenting dalam usaha mendidik anak bangsa kita," katanya.-Siasah

Tuesday, January 6, 2009
Tiga calon bertanding di KT
Malaysiakini | Jan 6, 09
Tiga calon akan bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang akan diadakan pada 17 Januari depan.
Calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid, calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut menyerahkan borang pencalonan masing-masing. Seorang lagi ialah calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam.
Pengurus pilihanraya, Datuk Mat Razali Kassim mengumumkan nama-nama calon yang akan bertanding selepas proses bantahan selesai pada jam 11 pagi.
Selepas sesi penyerahan borang tamat, empat bantahan telah dikemukakan tetapi kesemua bantahan itu ditolak, kata Mat Razali.
Wan Ahmad Farid tiba sebaik sahaja pusat penamaan calon dibuka pada jam 9 pagi. Beliau diikuti oleh Mohd Abdul Wahid Endut pada kira-kira jam 9.10 pagi.
Manakala Azharudin, seorang ahli perniagaan, pula menyerahkan borang pencalonan pada saat-saat akhir pada jam 9.58 pagi. Tempoh penamaan calon berakhir jam 10 pagi.
Beliau tiba awal di pusat penamaan calon tetapi menghadapi beberapa masalah dengan borang pencalonannya, yang perlu diperbetulkan.
Naib presiden parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia, Harun Mohamad - yang sebelum ini menyatakan hasratnya untuk turut bertanding - memutuskan menarik diri daripada bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut. Seramai 80,229 calun pemilih layak mengundi.

Friday, January 2, 2009
Bersih cabar Rashid seret ke mahkamah
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) mengalu-alukan tindakan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengambil tindakan saman terhadap pihak yang menfitnahnya secara peribadi sepanjang beliau mengetuai badan tersebut.
"Kita alu-alukan supaya dakwaan tidak berjawab akan didedahkan dalam mahkamah," kata setiausaha sekretariatnya Faisal Mustaffa kepada Malaysiakini.
"Bawa ke mahkamah, kita berpeluang untuk dapat jawapan (daripada dakwaan) yang tidak dijawab."
Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman hari ini dilaporkan sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan tersebut dan sedang mengumpulkan dokumen berkaitan untuk diteliti oleh peguamnya sebelum mengambil sebarang tindakan perundangan termasuk kepada anggota parlimen pembangkang.

Azan dilaung tepat detik 12 malam di Kelantan
KOTA BHARU, 1 Jan (Hrkh) - Kebiasaannya sambutan tahun baru dihiasi dengan nyanyian artis dan letupan bunga api, namun lain pula apa yang berlaku di Kelantan malam tadi.
Sambutan tahun baru yang diadakan serentak bagi 1430 Hijriah dan 2009 Masihi dimulakan dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah di Dataran Stadium.
Dan selepas itu paluan gendang oleh pelbagai kaum dimulakan mewakili masyarakat Melayu, Cina dan India.
Agak menarik juga apabila tempat duduk penonton di dalam Stadium Sultan Mohammad Ke-IV diasingkan antara lelaki dan wanita serta keluarga.
Tema sambutan tahun ini iaitu 'Hijrah Dirai,Masehi Dinanti'.
Dan tepat jam 12 malam azan dilaungkan Akill Hayy dan diakhiri pertunjukkan bunga api.
Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Johor, Logeswaran a/l Rahman berkata, beliau bersama rakan-rakan dari Selangor, Pahang, Melaka, Perak dan Pulau Pinang menyambut tahun baru di Kelantan.
"Kami sanggup datang ke Kota Bharu bagi meraikan tahun baru kerana kami beranggapan sambutan tahun baru di sini berlainan berbanding di negeri-negeri lain.
"Di sini kerajaan negeri memberi peluang kaum lain berucap di hadapan ribuan rakyat bagi menyampaikan mesej tahun baru," katanya.-Harakah

Abdul Wahid Endut calon PAS untuk PRK Kuala Terengganu
KUALA TERENGGANU, 1 Jan 2009 (Hrkh) - Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam Abdul Wahid Endut diumumkan sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari nanti.
Wahid dianggap sebagai anak didik Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali kerana kerusi Wakaf Mempelam yang beliau wakili kini adalah kerusi yang dimenangi oleh Mustafa ketika PAS melakukan 'comeback' di Terengganu pada tahun 1982.
Parlimen Kuala Terengganu mempunyai 4 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana 3 daripadanya dimenangi oleh PAS manakala 1 DUN dimenangni BN (MCA)
Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P036 berikutan kematian mengejut penyandangnya, Dato Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Oktober lalu.

Kerajaan Pusat salur RM10 juta bantu mangsa banjir Kedah
Kerajaan Pusat memperuntukkan RM10 juta bagi membantu mangsa banjir di negeri Kedah. Bantuan berkenaan akan disalurkan melalui agensi kerajaan persekutuan memandangkan kerajaan negeri tidak mempunyai tabung bencana, demikian menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Johari Baharom, hari Rabu. –Agendadaily
Gempak Manikavasagam macam cerita pelan 16 Sept Anwar
Seperti sudah menjadi satu trade mark , politik gempak adalah cara Parti Keadilan Rakyat (PKR). Dalam banyak peristiwa politik parti itu, tidak dapat tidak, pasti ada gembar gembur yang dilakukan. Terbaru, seperti boss beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beria-ria kononnya dapat bentuk kerajaan baru pada 16 September lalu setelah 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat sertai pembangkang, budaya itu kini diikuti oleh pengikutnya yang juga Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam. Sebelum ini beliau berkata hendak keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang disertai dan mahu menjadi Ahli Parlimen Bebas tetapi semua itu hanya gempak politik Manikavasagam. Agendadaily
Subscribe to:
Posts (Atom)