Thursday, January 8, 2009

Ungku Aziz letak jawatan YDP Angkasa

Jan 8, 09 11:43am
Prof Diraja Ungku Aziz meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua (YDP) Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) berkuatkuasa semalam setelah menerajui badan itu selama lebih 30 tahun.

Pengumuman mengenai peletakan jawatan itu dimaklumkan beliau melalui satu kenyataan ringkasnya di Kuala Lumpur hari ini.

ungku aziz universiti malayaDalam kenyataan itu, beliau turut menyatakan pendirian menolak pencalonan sebagai YDP dalam persidangan kebangsaan tahunan Angkasa yang akan berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) Sabtu ini, lapor Bernama.

Semalam, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi Datuk Yidris Abdullah meminta Ungku Aziz supaya meletak jawatannya sebagai YDP Angkasa berikutan perkembangan yang berlaku dalam badan koperasi itu sejak akhir-akhir ini.

Yidris dilaporkan berkata bahawa perkembangan yang berlaku itu menyebabkan anggota Angkasa berasa telah dikhianati kerana tidak dimaklumkan

mengenai pindaan yang dibuat ke atas Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang dikuatkuasakan mulai 1 Januari tahun lalu.

Angkasa ditubuhkan pada 1971, mewakili kira-kira 5,000 koperasi yang mempunyai keanggotaan berjumlah kira-kira enam juta orang dan aset bernilai kira-kira RM47 bilion.

No comments: