Selasa Januari 13, 2009
PULAU PINANG:Kerajaan Pulau Pinang telah memohon peruntukan sebanyak RM500 juta daripada kerajaan pusat untuk melaksanakan pelbagai program termasuk melatih semula pekerja dan membantu membuka peluang perniagaan kepada penduduk negeri ini bagi tempoh dua tahun.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyatakan persetujuan untuk menyalurkan bantuan kepada kerajaan negeri, bagaimanapun Menteri Kewangan itu tidak menyebut jumlah yang akan diberikan.
"Saya telah berjumpa dengan Datuk Seri Najib dan beliau sedia beri wang tetapi beliau tidak menyebut jumlahnya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Lim berkata permohonan itu sebagai persediaan kerajaan negeri menghadapi pelbagai masalah yang mungkin akan dihadapi oleh pekerja di negeri ini dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu pada masa ini.
Beliau berkata kerajaan negeri juga bertindak mengaktifkan semula Jawatankuasa Khas Pekerjaan dan Latihan Semula Pekerja bagi menangani impak negatif terhadap pekerja berikutan keadaan ekonomi dunia yang lembap itu.
Tuesday, January 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment