Friday, January 2, 2009

Gempak Manikavasagam macam cerita pelan 16 Sept Anwar

Seperti sudah menjadi satu trade mark , politik gempak adalah cara Parti Keadilan Rakyat (PKR). Dalam banyak peristiwa politik parti itu, tidak dapat tidak, pasti ada gembar gembur yang dilakukan. Terbaru, seperti boss beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beria-ria kononnya dapat bentuk kerajaan baru pada 16 September lalu setelah 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat sertai pembangkang, budaya itu kini diikuti oleh pengikutnya yang juga Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam. Sebelum ini beliau berkata hendak keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang disertai dan mahu menjadi Ahli Parlimen Bebas tetapi semua itu hanya gempak politik Manikavasagam. Agendadaily

No comments: