13 Jan 2009 2:08PM
KT: Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji kerajaan akan membuat perubahan besar di Kuala Terengganu jika rakyat memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen kawasan itu 17 Januari ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan BN merupakan sebuah kerajaan yang mampu membuat perubahan untuk kesejahteraan rakyat berbanding PAS yang hanya tahu berjanji tetapi tidak mampu melakukannya.
“Insya-Allah jika bagi kita mandat ini, saya berjanji kita akan membuat perubahan yang besar di Kuala Terengganu,” katanya ketika berucap pada majlis sarapan pagi di rumah setiausaha peti undi Paloh Zaki Mohd Yusof di Sungai Kiat, Kubang Bakung di sini hari ini. / Bernama
Wednesday, January 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment