Calon timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara terus terang mengakui bahawa Umno telah kehilangan faktor "penarik" untuk menarik rakyat kepada parti tunjang komponen BN itu.
Beliau yang juga naib presiden Umno berkata, faktor itu perlu dibawa kembali kerana dengan memiliki faktor penarik itu, bermakna rakyat akan tertarik dan memberikan perhatian terhadap perkara baru dan menarik yang disampaikan oleh parti itu.
"Sekarang ini dalam Umno, apakah faktor penarik itu. Tidak ada faktor penarik, kita telah kehilangan faktor penarik yang akan membuatkan rakyat benar-benar mahu mendengar apa yang dikatakan oleh pemimpin," katanya.
muhyiddin yasin muhyiddin yassinMuhyiddin yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu memberitahu wartawan Malaysia di Manama (Bahrain) ketika diminta mengulas kekalahan BN dalam pilihanraya kecil Terengganu Sabtu lalu di mana calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut menewaskan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan majoriti 2,631 undi, lapor Bernama.
Mohd Abdul Wahid mendapat 32,883 undi manakala calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi.
Oleh itu, kata Muhyiddin, Umno dan BN perlu merekayasa bagi memenuhi aspirasi rakyat tanpa mengorbankan prinsip dan perjuangan Umno.
"Presiden parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bakal penggantinya Datuk Seri Najib Tun Razak perlu melakukan perubahan radikal, pembedahan politik, jika terpaksa," katanya.
Tuesday, January 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment