Friday, January 9, 2009

Karpal tak terima jalan tengah-Hudud Anuar

Usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meredakan ketegangan antara PAS dan DAP mengenai isu Hudud menjelang pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu tidak sampai ke mana.Dalam ceramahnya di Kuala Terengganu Selasa malam yang turut dihadiri oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan orang kuat DAP,Lim Kit Siang... Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata DAP dan pemimpin bukan Islam dalam PKR bukan pertikai hukum itu tetapi mahu penjelasan daripada PAS.Beliau sebaliknya lanyak media putar belit kenyataannya malam ini manakala UMNO didakwanya akan terus pukul canang dengan menggambarkan ada permusuhan DAP dengan PAS mengenai hal itu.Khamis Pengerusi DAP Karpal Singh yang pernah tegaskan langkah mayatnya dulu jika PAS mahu laksanakan Hudud mengeluarkan satu kenyataan bahawa apa yang dikata oleh Anwar hukum hudud hanya terpakai kepada orang Islam dan bukannya di seluruh negara adalah mengelirukan.Beliau tetap berpendirian Malaysia bukan sebuah negara Islam dan kelulusan serta pelaksanaan hukum hudud adalah melanggar Perlembagaan.-Agendadaily

No comments: