Thursday, January 22, 2009

Saya tak marah dan tak kecewa-C soi Lek

Setelah menyepi hampir 10 bulan ekoran skandal video seks dengan teman wanitanya,
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, kembali ke arena politik apabila dia memenangi jawatan Timbalan Presiden MCA dalam pertandingan empat penjuru.

Chua memperoleh sebanyak 1,115 undi, mengalahkan Setiausaha Agung yang juga abang kepada Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan (1,001), Donald Lim (209) dan Lee Hack Teik (10).Dilahirkan di Batu Pahat, Chua mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Lim Poon, Sekolah Menengah Tinggi Batu Pahat dan Sekolah Tinggi Muar.

Beliau meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Malaya pada tahun 1968.Pada 1974, beliau bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Batu Pahat sebelum membuka kliniknya sendiri pada 1977. Pada 1986 beliau dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penggaram selama 18 tahun sehinggalah pada 2004 apabila dia memenangi kerusi parlimen Labis dan berikutan itu dilantik Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Menteri Kesihatan sehinggalah beliau meletak jawatan pada 2 Januari, 2008 berikutan skandal video seks.

Dalam temubual eksklusif dengan Agendadaily, Chua bercakap mengenai peranan barunya sebagai Timbalan Presiden MCA, aspirasi dan harapan serta perancangannya untuk parti, isu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan, serta politik wang.

No comments: