Tuesday, January 13, 2009

Anuar perlekeh Ezam

Ezam Mohd Nor yang akan mendedahkan "surat damai" Penasihat Parti Keadilan Rakyat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad pada 8 September 1998.Surat itu dakwa Ezam yang pernah jadi Setiausaha Politik kepada Anwar akan membuktikan bagaimana sikap hipokritnya kerana pada waktu yang sama mengutuk mantan Perdana Menteri selepas dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Anwar dengan stailnya yang bersahaja sebaliknya memperlekehkan kenyataan Ezam nak dedahkan surat itu menjelang pilihanraya kecil Kuala Terengganu Sabtu ini.Kalangan yang cukup arif dengan stail Anwar mendakwa beliau selalu mengambil taktik mengelak untuk melayan cabaran Ezam kerana sedar bekas orang kanannya itu ' tahu banyak'.Kata Anwar sejak pilihanraya umum tahun lalu, sebanyak 101 tuduhan dilemparkan oleh Ezam terhadapnya.“Tetapi satupun saya tidak layan.

Yang ini juga saya tidak mahu layan kerana jika saya berbuat begitu, ia seolah-olah saya memberikannya pengiktirafan," katanya menjawab soalan para wartawan mengenainya di bangunan Parlimen petang Isnin

No comments: