Wednesday, January 14, 2009

Citigroup unjur KDNK 2009 M'sia kepada 0.5%

Jan 13, 09 3:49pm

Citigroup Global Market mengunjurkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 2009 Malaysia kepada 0.5 peratus daripada 3.1 peratus sebelum ini, di tengah-tengah aktiviti ekonomi yang perlahan.

Pertumbuhan KDNK suku tahun pertama 2009 dijangka -0.9 peratus, kata Ketua Penyelidikan Malaysia Citigroup Global Market, Choong Wai Kee di satu sidang media di ibunegara hari ini. Unjuran KDNK kerajaan ialah 3.5 peratus, lapor Bernama

"Bagi suku tahun kedua dan ketiga, akan berlaku pemulihan sederhana tetapi dijangka lebih rendah berbanding dengan suku tahun yang lain 2008.

"Ekonomi diharap melantun semula dengan kukuh di dalam suku keempat 2009," katanya.

Menurut Citigroup, GDP 2010 dianggarkan 4.2 peratus manakala imbangan fiskal diunjurkan -5 peratus pada 2009 dan -4.5 peratus pada 2010.

Choong berkata Malaysia kemungkinan terjerumus ke dalam kemelesetan teknikal pada suku keempat 2008 dan suku tahun pertama 2009.

No comments: