Tuesday, January 20, 2009

Selera pengundi PAS dan BN masih sama?

Walaupun PAS menawan semula kerusi Parlimen Kuala Terengganu, namun kemenangan calon parti itu serta kekalahan calon Barisan Nasional masih menunjukkan sokongan pengundi kepada PAS serta BN tidak banyak berubah. Sungguhpun Mohd. Abdul Wahid Endut menang dengan majoriti 2,631 undi, calon PAS itu hanya berjaya menarik pengundi baru sebanyak 949 orang. Ini kerana jumlah undi diperolehi dalam pilihan raya kecil tersebut adalah 32,883 manakala Mohamad Sabu yang bertanding ketika pilihan raya umum Mac tahun lalu mendapat 31,934 undi. Kekalahan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh pula menunjukkan kegagalan parti itu mengekalkan 32,562 undi yang diperolehi Allahyarham Datuk Razali Ismail pada Mac tahu lalu.

No comments: