Jan 7, 09 11:29am
MCA hari ini menggesa kerajaan supaya mengkaji semula penswastaan semua lebuhraya di negara ini bagi memastikan ia benar-benar menguntungkan rakyat.
Merujuk kepada langkah kerajaan mengklasifikasikan semula 22 perjanjian konsesi tol, jurucakap MCA, Lee Wei Kiat berkata, berdasarkan kajian awal Pemuda MCA, parti itu ingin mengemukakan dua syor seperti berikut:
"Pertama, kerajaan perlu mengkaji semula secara keseluruhan penswastaan lebuhraya di negara ini bagi memastikan ia benar-benar merupakan sebuah badan pengswastaan yang bertujuan untuk menguntungkan rakyat dan bukan sebaliknya," kata Wei Kiat dalam satu kenyataan.
Menurutnya lagi, tunjuan kesemua projek penswastaan ialah syarikat-syarikat terbabit mestilah bersedia untuk berdepan dengan risiko dan menanggung liabiliti yang mungkin dihadapi.
"Bagaimanapun, apa yang kita dapat dari dokumen perjanjian tol yang telah diklasifikasikan semula itu, tujuan utamanya ialah untuk menjana keuntungan dan kepentingan kerajaan dan rakyat diabaikan.
"Kedua, Kementerian Kerjaraya sepatutnya membantu menyelesaikan semua masalah teknikal yang mungkin berbangkit secepat mungkin dengan mendedahkan kepada umum perjanjian-perjanjian yang berkaitan, tanpa melengah-lengahnya, untuk memberi peluang kepada semua pihak untuk membaca dan mengkaji kandungan perjanjian, yang merupakan amat penting sekali," tegas Wei Kiat.-Malaysiakini
Wednesday, January 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment