Friday, January 9, 2009

Karpal sudah faham hudud - Hadi

09/01/2009 2:51pm

KUALA TERENGGANU 9 Jan. — Pas berkata parti ini tidak perlu lagi memberi penjelasan mengenai pelaksanaan hukum hudud dan qisas kepada Pengerusi DAP Karpal Singh kerana anggota Parlimen Jelutong itu telah faham mengenainya.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata soal pelaksanaan hukum tersebut telah pun dijelaskan kepada para pemimpin Pakatan Rakyat (PR) termasuk pemimpin DAP.

“Kita dah pernah buat seminar dan berbincang pasal benda ini (hudud dan qisas) kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat. Saya rasa tak perlu lagi saya nak jelaskan kepada DAP kerana saya rasa Karpal Singh (Pengerusi DAP) dah faham.

“Sekarang ini persoalannya kenapa UMNO menolak untuk dilaksanakan hudud?

Saya bersedia untuk berbincang dan memberikan penjelasan kepada Umno mengenai hudud,” katanya kepada pemberita di kediamannya di Rusila, Marang.

Beliau diminta mengulas kenyataan Karpal Singh yang meminta parti itu menjelaskan mengenai pelaksanaan hukum hudud itu. - Bernama

No comments: