KOTA BHARU, 1 Jan (Hrkh) - Kebiasaannya sambutan tahun baru dihiasi dengan nyanyian artis dan letupan bunga api, namun lain pula apa yang berlaku di Kelantan malam tadi.
Sambutan tahun baru yang diadakan serentak bagi 1430 Hijriah dan 2009 Masihi dimulakan dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah di Dataran Stadium.
Dan selepas itu paluan gendang oleh pelbagai kaum dimulakan mewakili masyarakat Melayu, Cina dan India.
Agak menarik juga apabila tempat duduk penonton di dalam Stadium Sultan Mohammad Ke-IV diasingkan antara lelaki dan wanita serta keluarga.
Tema sambutan tahun ini iaitu 'Hijrah Dirai,Masehi Dinanti'.
Dan tepat jam 12 malam azan dilaungkan Akill Hayy dan diakhiri pertunjukkan bunga api.
Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Johor, Logeswaran a/l Rahman berkata, beliau bersama rakan-rakan dari Selangor, Pahang, Melaka, Perak dan Pulau Pinang menyambut tahun baru di Kelantan.
"Kami sanggup datang ke Kota Bharu bagi meraikan tahun baru kerana kami beranggapan sambutan tahun baru di sini berlainan berbanding di negeri-negeri lain.
"Di sini kerajaan negeri memberi peluang kaum lain berucap di hadapan ribuan rakyat bagi menyampaikan mesej tahun baru," katanya.-Harakah
Friday, January 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment