Friday, October 31, 2008

Malaysia Harini

SHAH ALAM 31 Okt.08

Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda Abdullah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu selepas dibicarakan selama 151 hari.

Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin memutuskan demikian di akhir kes pendakwaan setelah mendapati tiada kes prima facie terhadap Abdul Razak.

Abdul Razak, 48, menghadapi tuduhan bersubahat dengan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar 36, dalam pembunuhan itu pada pukul 9.54 malam, 18 Oktober 2006 dan 9.45 malam,
19 Oktober 2006 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Abdul Razak didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 kanun yang sama yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. -Utusan Malaysia

Hebat juga panel kita di Malaysia , kes berprofile tinggi boleh lepas.
Syabas, Malaysia boleh.
Adios....Ajikata

Thursday, October 30, 2008

Azazil bapak Jin

Bapak Jin nama Azazil
dari biru api ia dicipta
ribuan tahun punyalah degil
enggan hormat Tok Adam kita

Allah laknat turun ke bumi
Kedua Jin , Islam dan Syaitan
Jin Islam Soleh dan Aasi
Syaitan pula jahat kesemuanya

Jin suka asap yang busuk
Jangan mengasap kemenyan didapur
kawan baik kaki rokok
sungai,hutan,tandas tempat duduk

Jika membuang air di perjalanan
baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman
Alam ghaib Jin tak faham
Fil 'alamin , Jin takut Nabi Sulaiman

Jangan kencing di air tenang
rumah lama tidak berpenghuni
Kena baca surah Al-Baqarah
Jin lari selama tiga hari

Tak perlu bertepung tawar
Syaitan takut Khalifah bumi
Insan beriman lagi takwa


Jika budak menangis malam
azankan saja tujuh kali
jika tidak juga berhenti
bacakan ayat Kursi 9 kali henti (tekniknya)
Jin takut bagai nak mati

Jangan taklid pada khurafat
syaitan dan jin bakal mati
Ayat suci jadikan amalan
bagai benteng kawal diri

Sah Syahadah

Berikrar dengan lidah
tasdiq yakin dalam hati
amal pula dengan anggota

Sembilan kali ikrar dalam solat
syarat utama kalimah tayibah
Rukun iman diyakini sudah
Rukun Islam sempurna ibadah.

10 syarat sah syahadah
Cinta kasih kepada ALLAH
Kasih jua pada malaikat
Kasih nabi dan rasul Allah
Tak lupa wali Allah.

Beriman segala Kitab Allah
Rasa Benci pada seteru nya
Takut pula azab Allah
Dalam mengharap segala rahmat

Patuh taat dalam perintah
tinggal segala larangan nya .

Enam pesanan buat Aliah
awal waktu jaga Solat
didik anak cara sunnah
Jaga harta serta maruah

Amalan zikir tilawah harian
Galakan suami tambah korban
matlamat
dapat Redha Allah
Hidup sederhana tuntutan sunnah.


Wednesday, October 29, 2008

Komen rakan blogger

koosh nak komen sikit pasal laman blog sahabatku, AreGee The Bloggers! Sahabat aku ni mula berjinak dengan laman blog nie selepas dipaksa. Ini semua gara-gara setiap kali AreGee bersyarah, tak kira masa minum, makan atau ape-ape ajelah, setiap yang disyarah tu tak dapat nak dicatitkan. So, aku sound AreGee supaya setiap kali lepas bersyarah, masukkan dalam blog. Maka, bermulalah perjalanan kerja AreGee sementara menuju hari pencen dengan blog versi pertamanya ini. So, pada sahabat-sahabat aku sekalian, rajin-rajinlah menjenguk dan singgah ke laman blog beliau. Adios!!! http://martkoosh.blogspot.com

Bicara hati 2

Ilmu hikmah
bisa dituntut

ilham Irhas
maunah laduni

Iman amal menanti bicara
hati bersih sampai lah ia

Islam muslim
mukmin mokhsin
tahap dua bicara hati
Ehsan hati pilihan Empunya

40 tahun terpelihara bencana
50 tahun dikurang kira
60 tahun taufik taubat
70 tahun tanda kerahiman
80 tahun himpunan khairan
90 tahun Aminullah, Asirullah kurnian ia.......

Sunday, October 26, 2008

Ziarah dan Silaturrahim

10 Sebeb mengapa tidak bersilaturrahim dan bermaafan
Buruk sangka
Salah faham
Berlainan fahaman
Rasa cemburu
Sifat ego
Nostalgia
Rasa dianaktirikan
Rasa tidak bersalah
Rasa kita yang benar
Sakit hati

10 akibat tidak melakukan bersilarurrahim dan bermaafan
Rasa kecewa
Selalu Resah
Susah hati
Mudah kena sakit
Cepat tua
Suka berdendam
Luka lama berdarah kembali
Cepat marah

10 Kelebihan melakukan silaturrahim dan bermaafan
Panjang umur
Diberkati rezeki
Di jauhkan bala
Turun rahmat
Ujud kasih sayang
Ampun dosa
Ceria
Berseri wajah
Awet muda
Disayangi

Semuga Allah beri taufik untuk bersilaturrahim dan bermaafan
Amin .....

Friday, October 24, 2008

Kenangan menjelma

Juadah raya masih tersedia
makan ketupat rendang tak lupa
Rakan lama disitu bersua
panjang cerita kenangan lama

Selesai sudah santapan tersedia
bekal juadah jamuan bersama
sambutan besaran tahunan di ada
bagai adat dilupa tiada

Terima kasih disambut senyuman
tanda gembira undangan mesra
jemput lagi panjang usia
.

Thursday, October 23, 2008

Buaian mimpi

Malam bagaikan lesu
Tak bangun seperti selalu
Munajat tidak memadu

Bagai mimpi dibuai rindu
Solat subuh mengantuk selalu

Daku terlupa patut dicatu
terlebih ubat makan sesudu

aku tertidur semasa memandu
syukur bala tiada yang lalu
sampai juga tempat dituju
ketentuan Allah selalu

Wednesday, October 22, 2008

Buah Zaitun

Tengahari ni agak panas
petang hujan gamaknya

Boss ajak makan Jamuan Raya
Naik kereta baru...
oh! canggih nya

Semua menu sedap belaka
dari sate sampai ke Sphegetti
makan tak lah lahap selalu
rasa kenyang patutlah berhenti

Beramal dengan sunnah Nabi
dunia akhirat berjaya pasti

Umur meningkat berjaga jaga
dari amal maukan laba
jaga Iman sebulat ia
korban dipinta selalu sedia

Jaga kesihatan paling utama
makan minum sekadar perlu
Sentiasa redha pada Empunya
dapat berbakti pada semua

Dari KGPA ke Wan utama
Jumpa mak Jan berkereta kelabu
udah tinggal kenangan
Bisa juga mengusik rindu.......

Bicara Hati

Selesai solat duduk iktikaf
temu rakan nama Affendi

Itilat bakal haji perlu meredah
Dalam Sunah empat bicara
Dalam mesjid Taklim Ibadah
Dakwah dan khidmat lebih utama

Sifat Insan berbentuk tiga
Surah dipakai, Sirah di ikut
Sarirah dituntut

Masa tawaf berlari anak
tujuh pusingan mengejar maksud
dua perkara kejar mengejar
bawa diri pada Empunya

Duduk wukuf di padang Arafah
tiada amalan paling utama
bawa diri pada Empunya
syarat sah haji utama

Tuesday, October 21, 2008

Bicara mufti

Pagi udara sejuk
Hujan lebat malam tadi
masuk kamar bicara mufti

Wak Dee,
Nak minum cendul free ?
Tanya Sayuti.....
Jangan lupa khusairi

Lima butir rupa Ibadah
Puji Allah dan selawat
Silaturrahim dengan pesanan
Baca Bismillah paling kurang
Serta doa untuk umat