Jan 8, 09 3:05pm
Kerajaan negeri Selangor akan menghantar misi bantuan kemanusiaan yang akan berpangkalan di sempadan Mesir untuk memberi bantuan perubatan dan sosial kepada penduduk Gaza.
Keputusan tersebut diputuskan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri Selangor semalam.
"Misi ini akan diterajui oleh Yayasan Amal yang merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) yang berpengalaman luas dalam melaksanakan misi bantuan ke seluruh dunia.
"Segala bantuan yang diberikan dalam misi ini akan dibiayai oleh kerajaan negeri," kata kenyataan pejabat menteri besar Selangor.
Menurutnya, kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat turut melahirkan rasa sedih di atas penderitaan rakyat Palestin di Gaza akibat serangan oleh rejim Israel.-Malaysiakini
Thursday, January 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment