Friday, October 30, 2009

Spices berjaya

Kerana janji majlis nak mula
pederas kereta had laju dijaga
jauh diperdalaman, nun disana
sampai destinasi dituju tersua
lega, majlis resmi belum bermula.

Sungai Tawar tempat diberi
nak bertemu pembesar negeri
menerima amanah dan intipati
mentadbir, menjana, ilmuan negeri.

Sekolah SRA rakyat ,Tahfiz terbela
cetusan minda wakil mamanda
pemegang amanah terus melaksana
menjana ilmuan selangor beretika.

Syabas MB, exco dan speaker
turun padang ke ujung negeri
bertemu bermesra rakan seusaha
dalam majlis penuh suasana.

kerja usaha Pitas dan mamfis teruja
bersama melaksana Spices berjaya
hub ilmu pendidikan utama
Selangor berkebajikan manfaat bersama.

No comments: