22 Ajaran sesat yang Aktif di Selangor -SEPANG 2 Nov
Majlis Keselamatan Negeri Selangor mengesan sebanyak 22 kumpulan ajaran sesatmasih bergiat
aktif di sekitar negeri ini sepanjang tahun ini.Setiausahanya, Nasirrahman Saad Khiruddin
berkata, kumpulan tersebut bergiat secara senyap dan turut bertindak menukar nama kumpulan
mereka sehingga menyukarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mengambil tindakan.
'Antara kumpulan yang popular sekarang ialah kumpulan Gerakan Negara Islam Indonesia,Black Metal
dan pertubuhan Al-Arqam yang kini memakai nama lain.
'Mereka tidak ada pusat gerakan untuk menjalankan kegiatan dan bergerak dalam masyarakat, jadi
sukar bagi kita membuat serbuan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesra Kampung Aidilfitri
anjuran Majlis Keselamatan Negeri Selangor dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
Persekutuan di Pusat Aktiviti Homestay Banghuris di sini hari ini.
Menurut Nasirrahman, kumpulan ajaran sesat itu mampu mempengaruhi kepercayaan penduduk kampung
termasuk golongan profesional sehingga taksub dengan fahaman karut mereka.
Setakat ini kami masih mengumpul bukti dan membuat pemantauan bagi membolehkan tindakan diambil.
"Kami tidak mahu ajaran ini menular di kalangan umat Islam lain kerana apa yang dipraktikkan jelas
berbeza serta bercanggah dengan ajaran Islam,'' katanya.
Sementara itu, Nasirrahman turut mendedahkan terdapat seorang bomoh di sekitar Ampang, Selangor
yang disyaki memperdayakan pesakitnya dengan menghisap kemaluan mereka bagi membuang sial.
Pihak kami bersama JAIS kini sedang giat menyiasat kegiatan bomoh penipu ini. Kita serius menangani
kegiatan mereka ini dan sedang mengumpul bukti kukuh untuk mengambil tindakan, namun kita menasihati
masyarakat di sini agar tidak terpengaruh dengan bomoh yang tidak tahu latar belakangnya,katanya.
Dalam pada itu, Nasirrahman meminta orang ramai menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi
membantu membanteras kegiatan yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam.
Tuesday, November 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment