| 19 November, 2008 16:49 PM | |
Renungi Kata-kata Siew Sin Dan Sambathan - Kata Adun Kerdau
kerajaan negeri Pahang bagi tahun 2009 pada persidangan Dewan Undangan Negeri, membacakan
kenyataan yang pernah dibuat oleh bekas Presiden MCA Tun Tan Siew Sin dan bekas Presiden MIC
Tun Sambanthan.
Menurut beliau, kata-kata Tan pada 30 April 1969 berbunyi :"Orang Melayu menerusi Umno
bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan
dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi
warga negara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada
mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun
hidup di bawah pemerintahan penjajah.
"Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan
dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa
yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".
"Sebelum itu, Tun Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata...pada tahun 1955, kita telah memenangi
pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.
Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita
bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai
isu kewarganegaraan?.
"Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan
Ceylon (Sri Lanka) dan juga tidak diterima di Burma (Myanmar).
Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan
di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua
wilayah tersebut?
"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka
tidak diberikan taraf warga negara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu.
Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata...kita akan
menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan
kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warga negara.

No comments:
Post a Comment