PUTRAJAYA – Harga minyak mungkin turun lagi ke paras RM2 sebelum penghujung tahun ini.
Bagaimanapun, kerajaan tidak bercadang meneruskan penurunan itu sehingga di bawah RM1.92 seliter.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad berkata, kerajaan mungkin menetapkan paras minimum bagi harga runcit petrol dan diesel walaupun harga di pasaran dunia terus merudum.
“Sama ada harga minyak akan turun sehingga RM1.92, itu terpulang kepada perbincangan kerana sekiranya ia turun mendadak, pemberian subsidi juga mungkin dikurangkan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Beretika di sini semalam.
Shahrir menambah, penetapan harga minyak, baik naik atau turun tidak akan dibuat secara mendadak. “Dulu kita guna kaedah penurunan dua kali sebulan supaya pengguna tidak rasa terkejut. Begitu juga sekiranya keputusan kenaikan harga minyak dilakukan.
“Kalau harga nak diturun mendadak, kaedah yang sama juga mungkin digunakan apabila harga naik semula,” tambahnya.
-Berita kosmo
Harga minyak patutnya RM1.62
KUALA LUMPUR – Harga minyak dunia yang terus merudum ke paras AS50 (RM175) setong semalam,sewajar nya mendorong penetapan harga baru di bawah RM1.92 sen untuk pasaran tempatan.
Malah, kepada Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Abdul Rahim Anuar, masanya kini sudah sesuai untuk ia diselaraskan kepada RM1.62 seliter.
“Pada saya, harga runcit petrol seharusnya diturunkan kepada RM1.62 seliter, namun apa sahaja harga di bawah RM1.92 sebenarnya sudah pasti menggembirakan rakyat,” ujarnya ketika dihubungi semalam.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad semalam bahawa harga petrol mungkin diturunkan kepada RM2 selain cadangan penetapan paras minimum.
Mengenai cadangan itu, Abdul Rahim lebih selesa membiarkan harga runcit petrol dan diesel ditentu kan oleh pasaran tanpa menetapkan paras minimum jika tidak mahu rakyat disekat daripada menikmati keselesaan ketika harga minyak dunia turun.
“Purata rakyat membelanjakan hampir 30 peratus pendapatan untuk membeli minyak dan jika kerajaan menurunkan lagi harga runcit petrol di bawah paras RM2, pendapatan boleh guna mereka akan meningkat,’’ jelasnya.
Thursday, November 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment