Thursday, November 6, 2008

Sama2 kaki ayam

Makan tengahari nasi goreng
Mohamad pula makan tom yam
mana lagi, kalau tak di kantin
Masjid At Takwa berdekatan

Habis makan azan dilaungkan
ambil wuduk masuk masjid
solat dhuzur selesai sudah
biasalah ......tazkirah ingatan
GM pencen pengerusi nya

Tengok jam 13:45
tutup korum balik opis
tengok kasut aii......dah lesap!
bukan satu , lima serangkai

Bilal kata, aku pun sama.......
Pencuri kasut dah pandai rupanya
ubah trend waktu operasi
hari jumaat lebih dosanya
takut pengawal
tertangkap nanti

balik Opis kaki ayam
nak sedekah, ikhlas ke?
macamana dah nak kena
ikhlaskan saja pengubat rasa
kalau dapat
pulas telinga
memang dah tertulis .......agaknya

Jangan lupa beli yang baru
esok pakai jaga selalu
simpan dalam kereta Abu
komesin, lebih pahala lah aku....

No comments: