Thursday, November 13, 2008

60% Melayu 1000 aje?

Statistik pendapatan dibentangkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk
S.K. Devamany semasa menjawab soalan ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Micheal Jeyakumar Devraj(PKR) di Dewan Rakyat cukup menyentuh hati.

Angka itu menyebut terdapat 495,500 isi rumah yang berpendapatan di bawah RM1,000 sebulan dan 301,000 atau kira-kira 60.7% daripadanya adalah Melayu.

Bagi 235,300 isi rumah yang berpendapatan antara RM10,001 hingga RM20,000 sebulan pula,hanya 85,700 Melayu, manakala Cina pula 118,700 dan India 23,400

Bagi 49,500 yang berpendapatan lebih RM20,000 sebulan, Melayu 16,500, Cina 27,900, manakala India 3,600. Melayu menguasai golongan yang berpendapatan antara RM1,001 - RM10,000.

No comments: