Sunday, November 2, 2008

Serbia usir Duta

Draf Kosova: Serbia usiar duta M'sia

Kementerian Luar Serbia hari ini mengesahkan negara itu telah mengusirkan Duta Malaysia, Saw Ching Hong selepas Kuala Lumpur mengiktiraf kemerdekaan Kosovo.

AP memetik kenyataan kementerian tersebut sebagai berkata, duta Malaysia itu diberi tempoh 48 jam untuk meninggalkan negara ini.

Pagi tadi, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, Malaysia telah mengambil keputusan untuk mengiktiraf Kosovo sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Berikutan itu, katanya, Malaysia akan mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara berkenaan pada masa sesuai.

"Pengiktirafan Malaysia ke atas kemerdekaan Kosovo akan membantu memenuhi aspirasi rakyat Kosovo menikmati sebuah negara yang merdeka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kosovo mengisytiharkan kemerdekaannya dari Serbia pada 17 Februari lalu, langkah yang dibantah keras dan diisytihar tidak sah oleh Serbia.

Rusia, sekutu bersejarah Serbia, turut membantah kemerdekaan Kosovo.

Sehingga kini, 38 negara termasuk Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan banyak negara Eropah lain mengiktiraf Kosovo yang mempunyai 2.1 juta penduduk.

Sebelum ini, Serbia turut mengusir Duta Montenegro dan Macedonia atas alasan yang sama.

Serbia telah membawa kes tersebut ke mahkamah antarabangsa bagi mendapatkan pengesahan sama ada kemerdekaan Kosovo sah atau sebaliknya.

Dipetik dari berita Harakah.net Nov 1......Ajikata

No comments: