Monday, November 3, 2008

Bakal PM Syabas....

NAJIB DAH MENANG! 03 November 2008
Timbalan Presiden UMNO,Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak'berjaya menutup peluang'Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding merebut kerusi Presiden UMNO selepas beliau berjaya mendapat 134 pencalonan daripada 191 bahagian UMNO. Ini bermakna kalau semua baki pencalonan diserahkan kepada Tengku Razaleigh sekali pun, Ahli Parlimen Gua Musang itu tidak akan layak bertanding sebab kuota kelayakan ialah 58 pencalonan. Maka dengan itu juga dah tentu la Najib layak diisytihar sebagai memenangi kerusi Presiden tanpa bertanding.

Beliau percaya pencalonan itu mencerminkan kehendak dan keyakinan akar umbi terhadap pelan peralihan kuasa yang telah dipersetujui bersama Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Saya berazam untuk menggalas amanah dan tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin bagi menangani segala cabaran yang sedang dihadapi oleh UMNO dan BN.
"Saya bersyukur dan terharu di atas kepercayaan yang telah diterjemahkan dalam bentuk pencalonan oleh 134 bahagian yang telah bersidang, sekali gus menandakan kemenangan tanpa bertanding bagi jawatan Presiden UMNO," kata beliau dalam laman blognya 1Malaysia.com.my. - BERNAMA

No comments: