ISLAMABAD 14 Dis. - Pakistan mendakwa jet-jet pejuang India "dengan tidak sengaja" mencerobohi ruang udaranya semalam, ketika hubungan antara kedua-dua negara bersenjata nuklear itu tegang berikutan serangan militan di Mumbai.
Islamabad berkata, pihaknya telah mengesahkan insiden itu.
Islamabad mendakwa tentera India mengakui telah memasuki ruang udara Pakistan secara tidak sengaja.
''Kami telah menghubungi tentera udara India dan mereka mengakui pencerobohan itu tidak disengajakan.
"Kami tidak mahu memburukkan lagi keadaan," kata Menteri Penerangan, Sherry Rehman.
Pihak berkuasa India, bagaimanapun menafikan pesawatnya telah menceroboh ruang udara Pakistan.
"Tidak berlaku sebarang pencerobohan ruang udara seperti yang didakwa," kata jurucakap Tentera Udara India, Komander Udara Mahesh Upasani.
Tentera udara Pakistan mendakwa jet-jet pejuang India memasuki ruang udaranya di wilayah Kashmir dan bandar Lahore semalam dan diusir keluar oleh pasukan pertahanan udara Pakistan.
Dua lokasi tersebut merupakan kubu kuat puak militan yang dituduh oleh India mendalangi serangan di Mumbai.
Insiden tersebut berlaku semasa lawatan Perdana Menteri Britain, Gordon Brown ke India dalam usaha terbaru kuasa besar dunia untuk meredakan ketegangan antara New Delhi dengan Islamabad.-AFP
Monday, December 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment