Tuesday, December 30, 2008

Khalid akur perlantikan Pengurus Besar PKNS

Setelah mencetuskan kontroversi dalam soal perlantikan pemangku Pengurus Besar PKNS, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari Selasa, mengumumkan perlantikan Othman Omar sebagai Pengurus Besar PKNS menggantikan pemangku jawatan itu Low Siew Moi berkuatkuasa 1 Februari depan. Othman bekas pengurus besar sebuah syarikat pembinaan difahamkan adalah calon yang dinamakan oleh PAS negeri Selangor. Perlantikan Siew Moi sebagai pemangku Pengurus Besar mendapat bantahan daripada UMNO dan kalangan masyarakat. Komponen pakatan pembangkang, iaitu PAS turut mebantah tindakan Khalid tersebut. Dalam bantahannya, PAS mahukan Pengurus Besar PKNS dilantik daripada kalangan orang Melayu. -

No comments: