Monday, December 15, 2008
Datuk Bandar KL yang baru
Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ahmad Fuad Ismail, diumumkan sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baru. Perlantikan beliau diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan petang Jumaat. Beliau menggantikan Datuk Ab. Hakim Borhan yang tamatnya kontraknya bulan ini. Ab. Borhan dilantik ke jawatan itu pada 14 Disember 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment