Monday, December 1, 2008

Banjir di kelantan

Mangsa banjir di Kelantan meningkat Dec 1, 08 12:43pm
Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,513 orang pagi ini berikutan hujan lebat malam tadi - meningkat 660 orang berbanding semalam.
Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Bencana Banjir Kelantan berkata 819 orang ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Pasir Mas, Tanah Merah (305), Kuala Krai (291), Jeli (95) dan Kota Bharu tiga orang.

Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu masih ditutup kepada kenderaan ringan, katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurutnya, paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang melebihi paras bahaya mananaka tujuh lagi sungai utama di Kelantan berada pada tahap berjaga-jaga.
Sementara keadaan banjir di Terengganu semakin pulih, terutama di Hulu Terengganu di mana semua pusat pemindahan banjir di daerah itu ditutup hari ini.

No comments: