Thursday, December 11, 2008

5 tahanan ISA -bebas

Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hami Albar hari ini memaklumkan lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibebaskan pada 4 Disember 2008. Menurut beliau, daripada lima bekas tahanan itu, dua adalah warganegara Thailand dan tiga rakyat Malaysia yang terlibat dengan perisikan asing serta Jamaahtul Islamiah (JI). Dua rakyat asing itu ialah Mohd Faisal dan Ambalan. Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan sebab-sebab penahanan dua warga Thailand itu yang sudah pun dihantar pulang ke Thailand selepas dibebaskan. -Agendadaily

No comments: