Thursday, December 18, 2008
Calun KT- Nama Mohamad Sabu tak masuk...
Nama Mohamad Sabu yang menjadi calon popular Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk dicalonkan bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, nampaknya tidak masuk dalam senarai yang dipertimbangkan. Sebaliknya, menurut sumber tertinggi PAS yang layak dipercayai, parti itu yang akan buat pengumuman calon Ahad ini kini mempertimbangkan empat nama bagi dijadikan calon parti itu pada pilihan raya berkenaan. Antara nama tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Wan Mutalib Embong, ADUN Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan muka baru Mohd Khazani Abdullah yang juga merupakan bekas pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM). Ditanya tidakkah PAS terikat dengan pandangan Nik Aziz yang mahukan Mohamad Sabu menjadi calon, sumber itu berkata, perkara itu adalah perkara biasa. "Ia cuma pandangan dan kita tidak terikat dengannya," ujar beliau. - 18/12/2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment