KUALA TERENGGANU 14 Dis. - Kerajaan Terengganu akan berusaha menuntut semula wang royalti minyak sebanyak RM1.5 bilion yang digunakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk pelaksanaan beberapa projek pembangunan di negeri lain.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said (gambar) berkata, pihaknya akan berbuat demikian kerana wang berkenaan adalah milik kerajaan negeri.
Menurutnya, jumlah itu adalah baki daripada keseluruhan RM6.218 bilion yang akan diperoleh kerajaan negeri hasil royalti yang sepatutnya diterima antara tahun 2000 hingga 2008.
''Tuntutan akan dibuat selepas kerajaan negeri memperoleh maklumat penuh mengenai perbelanjaan yang digunakan oleh Kerajaan Persekutuan hasil royalti minyak Terengganu," katanya menjawab soalan bertulis Mohd. Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam) pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Menurut Ahmad, daripada jumlah RM1.5 bilion itu sebanyak RM800 juta difahamkan digunakan oleh sebuah kerajaan negeri dan bakinya turut digunakan sebuah syarikat milik Kerajaan Pusat.
Mengenai isu pembayaran cukai taksiran tahunan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada Majlis Daerah Hulu Terengganu yang dibangkitkan oleh Mohd. Zawawi Ismail (BN-Kuala Berang), Ahmad berkata, kerajaan negeri akan berusaha menuntut semula baki tertunggak jika ia belum dijelaskan.
Menurutnya, segala usaha akan dibuat bagi memastikan baki yang belum dibayar akan dijelaskan.
Monday, December 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment