Wednesday, December 17, 2008

Tak campurtangan selepas Mac

PUTRAJAYA 16 Dis. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berjanji tidak akan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan sebaik sahaja beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mac depan.

''Saya tidak akan jadi macam itu," tegas Abdullah dalam pertemuan dengan Agendanews di kediamannya di sini hari ini ketika ditanya kemungkinan beliau akan memantau kerajaan selepas bersara nanti.

Pada masa sama, Presiden UMNO itu yang tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti Mac ini dan akan diisi Najib yang diisytiharkan menang tanpa bertanding, tidak terfikir mengenai jawatan Menteri Kanan.

Ia tidak seperti mana Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong yang menyandang jawatan itu selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri Singapura.-Utusan

No comments: