Friday, December 19, 2008

Korban pertama demam Chikungunya

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki berusia 46 tahun dari Kampung Perak, Bukit Selambau dekat sini, dipercayai menjadi korban pertama deman Chikungunya yang merebak sejak seminggu lalu.

Ismail Md Noor, meninggal dunia di rumahnya awal pagi semalam, dua hari selepas dibenarkan keluar daripada Hospital Sik (HS).

Isterinya, Siti Azizah Nayan, 49, berkata Ismail dimasukkan ke HS pada Ahad lalu selepas seminggu demam serta mengalami sakit sendi dan lemah seluruh badan. Sebelum itu, suaminya mendapat rawatan di klinik kesihatan berdekatan. -Kosmo

No comments: