JOHOR BAHARU, 8 Dis (Bernama) -- Seramai 222 penduduk di Kluang dan Batu Pahat dipindahkan ke tujuh buah pusat pemindahan di kedua-dua daerah berkenaan malam ini selepas rumah mereka dinaiki air berikutan hujan tanpa henti sejak pagi semalam.
Jurucakap Bahagian Keselamatan Negara (BKN) Johor berkata 193 daripada mereka adalah penduduk di enam buah kampung di Kluang, manakala selebihnya dari tiga buah kampung di Batu Pahat.
Kampung-kampung di Kluang yang dinaiki air adalah Kampung Muhibbah, Kampung Rahman Dalam, Batu Enam Sri Lalang, Kampung Bentong Dalam, Kampung Mengkibol dan Kampung Sri Lukut, Kahang.
Tiga kampung di Batu Pahat pula adalah Kampung Batu 7, Parit Yusof dan Peladang, kesemuanya di dalam kawasan Tongkang Pecah.
Katanya semua mangsa banjir di Kluang itu kini ditempatkan di empat buah pusat pemindahan yang dibuka, manakala mangsa-mangsa banjir di Batu Pahat pula ditempatkan di tiga buah pusat pemindahan.
-- BERNAMA
Tuesday, December 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment