Tuesday, December 23, 2008

Umum calon lambat: Masalah atau taktik PAS?

PAS membatalkan niatnya untuk mengumumkan calonnya pada Ahad lalu, 21 Januari. Tarikh baru yang dicari ialah pada 1 Januari. Mungkin 21 bukan hari kemenangan bagi Pas sebaliknya 1 Januari tarikh baik. Tak mengapa angka satu masih ada.

Kalau Pas juga bermain dengan numerologi (angka), nampaknya satu angka satu sudah diperolehi Umno iaitu Umno menjadi parti nombor 1 mengumumkan calon. Umno dah umum calonnya seperti mana yang diramalkan saya sejak awal iaitu, Senator Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Menurut Abdul Hadi Awang seperti mana dipetik dalam sidang akhbar, Pas akan mengumumkan calonnya di Stadium Negeri di Kuala Terengganu. Pas sedang memohon untuk menggunakan stadium berkenaan. Pemilihan tempat itu pun ada muslihatnya, ia mungkin untuk menampung kehadiran yang ramai.

Atau pun mungkin juga Pas sudah pasang perangkap. Bila stadium itu tidak dibenarkan Pas akan menjadikan sebagai isu tambahan dalam pilihan raya berkenaan. Pas akan tuduh Umno mengamalkan politik tertutup atau araggont of power kata si baju petak-petak merah.-Klpost

No comments: