Monday, December 15, 2008

Banjir - tanah rendah di Pahang dan Johor

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Jabatan Meteorologi hari ini memberi amaran tentang kemungkinan banjir di kawasan tebing sungai dan tanah rendah di beberapa daerah di Johor dan Pahang ekoran hujan lebat

Dalam kenyataan akhbar di sini hari ini, jabatan itu berkata, hujan sederhana kadang kala lebat dari semasa ke semasa yang turun di Johor dan Pahang dijangka berterusan sehingga Selasa ini.

Menurutnya, daerah-daerah di Johor yang terlibat ialah Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kluang dan Segamat manakala di Pahang pula ialah di Rompin, Bera dan Pekan.

Hujan sederhana kadang kala lebat juga dijangka turun di Terengganu iaitu di daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman manakala Pahang yang melibatkan Maran, Jerantut dan Kuantan dijangka berterusan sehingga Selasa ini.

''Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan tanah rendah dan tebing-tebing sungai,''

No comments: