Tuesday, December 2, 2008

Skuad berani bogel?

Skuad M’sia- Berani bogel ?

Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) menubuhkan skuad berani bogel
bagi meneruskan hasrat untuk mengadakan demonstrasi tanpa seurat benang
setelah permohonan permitnya tidak dilayan polis.

Presidennya,Ramlan Abu Bakar berkata,anggota skuad itu nekad berbogel
di khalayak ramai di majlis-majlis yang dihadiri Menteri Besar Selangor,
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya,ia akan dilakukan sekiranya tuntutan supaya kadar kenaikan sewa
kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) dikaji semula, tidak dipenuhi kerajaan negeri.

Beliau berkata, pihaknya memberi tempoh sehingga 12 Disember ini untuk Abdul Khalid memberi jawapan dan jika tiada maklum balas, demonstrasi itu akan diteruskan.

"Reformis pada 13 November lalu memberi tempoh sebulan kepada Menteri Besar untuk nyatakan bentuk tindakan yang akan dilakukan bagi mengatasi masalah sewa PPR di Selangor.

"Kalau tiada sebarang jawapan daripada Menteri Besar sendiri pada 12 Disember ini, kita akan isytihar perang bogel terhadapnya mulai tarikh itu," katanya ketika ditemui pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini hari ini.

No comments: