Jimadie Shah Othman | Dec 15, 08 1:03pm
Krisis dalaman Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) - terkenal dengan "skuad berani bogelnya" dan lantang mengkritik kerajaan Selangor - makin tegang apabila kedua-dua pihak terus bertelagah berhubung bidang kuasa masing-masing.
Setiausaha penajanya Zairi Jantan - seorang yang didakwa dipecat oleh presidennya Ramlan Abu Bakar - kini mempertikaikan tindakan ketuanya itu.
"Beliau (Ramlan) tidak ada hantar surat (pemecatan) pun. Lagi pun dua pertiga exco bersama kita. Hanya seorang (exco) sahaja bersama," katanya hari ini.
reformis president ramlan abu bakar 121208 05Selain Zairi, enam daripada 12 exco Reformis termasuk timbalan presiden Badrul Hisham Mohd Hanafiah digugurkan kerana mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada presiden awal bulan ini.
Ramlan (foto) dikenakan tindakan tersebut dengan alasan "menyerang secara peribadi" Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan tidak merujuk pandangan barisan exco Reformis.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Zairi mendakwa, sepuluh daripada 12 exco Reformis tidak bersetuju dengan tindakan Ramlan.
Malah, tambahnya, mereka kini meminta Ramlan "meletakkan jawatan dengan baik".
"Berdasarkan maklum balas daripada 2,000 ahli di seluruh negara, kami mahu beliau meletakkan jawatan dengan baik.
"Jika tidak, ia akan memburukkan nama Reformis," katanya.
Reformis - dipercayai mempunyai hubungan dengan penyokong Gerakan Reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim - didaftarkan pada Julai tahun lalu tetapi hingga kini Pendaftar Pertubuhan belum meluluskan NGO itu.-Malaysiakini
Tuesday, December 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment